Resepi Mee Bandung


Assalam. hai semua. Harini zati nak share resepi Mee Bandung yang paling mudah. Campak campak je siap uols. hihi. Macam biasa, sebelum masak zati akan call abah dekat kampung macam mana nak masak mee bandung yang sedap? rupanya senang aje. hihi.

Teringin nak masak mee bandung sebab dekat rumah stock daging tak luak. Dari raya Haji simpan. Kemain lama kan. So zati apa lagi, rebus daging dan beberapa tulang lembu yang ada. Rebus sampai daging tu lembut. Okay now zati nak share bahan bahan untuk masak Mee bandung.


Bahan Bahan Mee Bandung ( 3- 4 orang makan )

1. Perencah Mee Bandung Adabi 3 paket
2. Air rebusan daging
3. Mee Kuning
4. Bawang merah 5 ulas ( dikisar)
5. Bawang Putih 3 ulas ( dikisar)
6. Cili kering 2 sudu besar ( dikisar)
7. Udang
8. Air
9. Serbuk Perasa
10. Telur
11. Sayur sawi

Cara Memasak Mee Bandung.

Panaskan minyak dan masukkan bawang merah, bawang putih dan cili kering yang sudak dikisar tadi. Tumis sehingga garing. Kemudian masukkan perencah Mee Bandung Adabi. Tumis sehingga garing lagi kemudian masukkan air rebusan daging tadi.

Bila dah mendidih masukkan udang dan bahan perasa. Bila air rebusan tu mendidih sampai berbuih tu masukkan telur cepat cepat then masukkan sayur. Bila air menggelegak macam tu, baru telur jadi cantik, tak pecah. Api besar pon tak apa. Biarkan dalam 5 minit macam tu then boleh tutup api.

Haaa. Dah siap. Tapi nak bagitahu yang mee kuning tu rebus dengan air panas dulu yer. Tauhu tu optional. Nak letak boleh. Tak nak letak pon boleh. Tapi letak la sebab sedap. hihi.

Lagi satu nak pesan. Zati memang tak bubuh garam gula taw. Sebab serbuk perasa tu dah complete. Zati bubuh jenama Inni. Kalau uols guna pati ayam kiub pon boleh. Letak 1 pon dah cukup. Incase kalau tawar, boleh jer uols letak garam gula. ikut tekak masing masing.

Nah belanja video. Ni suara en suami yer. Yang zati punya video ntah kemana.. hihi. selamat mencuba.




Doa Sembuhkan Penyakit

Assalam. Bismillah.

Minggu ni anak zati si Jasmeen tak sihat. Demam dan batuk. Bila pergi klinik rupanya tonsil anak bengkak. Sebab tu dia demam. Kesian dia. Balik rumah zati terus masak kan air barli. Kenapa zati masak kan air balir untuk jasmeen? haa. sila baca article ni AIR BARLI UNTUK KURANGKAN BATUK DAN SAKIT TEKAK

Ubat dah makan, air barli dah kasi. Tapi belum baik lagi anak. Anak batuk sampi muntah mana boleh tahan, kesian tengok dia. Jadi zati fikir ni mungkin Allah nak uji dari segi kesihatan. Sebagai ibu, zati buat la cara zati.

Sedikit tips dan doa untuk sembuhkan penyakit. Mula mula zati buat solat taubat, kemudian istighfar. Then zati ambil sebotol air masak, bukak penutup. Zati mulakan dengan Al Fatihah, selawat 3x dan bacakan ayat ini. Niat dalam hati sembuhkan penyakit jasmeen. Disebabkan dalam tekak so zati buat air la. Kalau sakit luaran boleh sapu luaran.


Sebenarnya zati dah buat macam ni untuk suami. Kaki dia kena gilis dengan kereta. sikit jer tapi sakit tu ada kan. terhincut jalan. kesian pulak. Jadi zati gosok perlahan lahan, zati bacakan ayat ni. Niat dalam hati, Ya Allah sembuhkanla kaki suamiku ini. Alhamdulillah. suami zati tanya, baca ayat apa sebab kaki dia memang kurang sakit dah.

Allah bantu dalam perkara ini. Alhamdulillah. zati memang jenis cuba pelbagai cara. Insyaa Allah.
Yang mana baca article ni zati nak mintak tolong boleh? tolong share article ni agar ramai lagi dapat manfaat. Biar ramai tahu. Biar kita sembuh dari pelbagai penyakit. Insyaa Allah dengan izin Allah. Kita cuba semua. Ubat doktor jangan lupa makan juga.

Resepi Mudah Pencicah Mangga

Assalam.. hai semua.

Harini nak share satu resepi mudah iaitu cara buat pencicah mangga. Sangat mudah guyss. Hanya memerlukan gula, kicap masin, belacan dan juga cili.

Sukatan? alaaa. korang bubuh je gula dalam mangkuk kecik, kicap pulak jangan banyak sangat, just boleh gaul gula tu sudah. lepas tu letak belacan, dalam  separuh 1 sudu kecik ke, lepas tu gunting sebiji cili.

Buat simple dah. rasa pon sedap. Buat ni kena cepat sebab tak tahan kecur tengok mangga tu. Mangga ni rasa lemak sikit. masam masam sikit. Memang sedap la kisahnya. Laki koi yang tak makan sangat pon beria dia makan. hihi.

Buah mangga dan pencicah

SELAMAT MENCUBA

Kedai Makan Sedap Di Klang : Restoran Sisik Ikan Bakar

Assalam. Bismillah.

Hai semua. siapa yang kenal zati mesti tahu kan zati ni sejenis yang suka makan. Bukan apa, zati suka mencuba pelbagai jenis makanan. Bila kita jumpa dengan selera, apa lagi, kita share la bagi orang lebih tahu kan? So harini zati nak share satu kedai ikan bakar di Klang. Actually ianya berhadapan dengan GM Klang iaitu Restoran Sisik Ikan Bakar. So lepas shopping boleh terus makan disini.
restoran sisik ikan bakar
restoran sisik ikan bakar
restoran sisik ikan bakar

Sebelum ni zati dah usha dekat fb. Ya allah. terliur betul tengok menu dia. Tengok pulak masa lapar, semangat nak makan di  Restoran Sisik Ikan Bakar makin berkobar la cerita dia. Katanya hasil makanan laut disini fresh. Bila kawan kawan cakap nak makan di sini apa lagi, terus setuju la. Dalam kepala dah fikir nak makan macam macam.

restoran sisik ikan bakar
restoran sisik ikan bakar
restoran sisik ikan bakar
restoran sisik ikan bakar

Maaf la, intro je dah 2 perenggan. Hihi. Okay zati cerita la makanan apa yang paling sedap zati cuba dekat sini. Zati suka pais tempoyak ikan nih. Rasanya ikan yang zati makan ni ikan lampam kot. Seyes sedap. Kalau nak tahu, zati amat memilih untuk makan ikan sebab zati tak suka ikan yang hanyir. Waktu zati cuba pais tempoyak nih. ikan dia tak hanyir so lulus di tekak zati. lagi satu dia punya sambal pais tu memikat selera betul. Gabungan tempoyak, daun kunyit, bungan kantan semua tu memang membangkitkan selera.

restoran sisik ikan bakar
restoran sisik ikan bakar
restoran sisik ikan bakar
restoran sisik ikan bakar

Ada banyak lagi menu berasaskan ikan yang boleh dapat di  Restoran Sisik Ikan Bakar. Lagi satu zati suka adalah makanan laut seperti, lala, kupang, pepahat, ketam, udang dan sotong. Bila makan tu pon dah tahu ianya segar sebab isinya pejal. Menu yang zati cuba ialah, udang goreng berempah, pepahat masak sambal, mix seafood masak singgang dan sotong bakar madu.

restoran sisik ikan bakar
restoran sisik ikan bakar
restoran sisik ikan bakar
restoran sisik ikan bakar
restoran sisik ikan bakar

Tak lengkap rasanya kalau makan tak ada sayur kan? Haa, di Restoran Sisik Ikan Bakar ada menyediakan pelbagai jenis ulam dan juga sayuran. Zati cuba sayur campur haritu. sedap weh. hihi.

restoran sisik ikan bakar
restoran sisik ikan bakar
restoran sisik ikan bakar

Selain itu, salah satu menu menarik juga di Restoran Sisik Ikan Bakar, ialah Nasi Lemak Buluh Perindu. Uniknya ialah, warna nasi bewarna hijau dan diletakkan di dalam buluh. Lauk sampingan pula disediakan seperti udang galah, rendang ayam dan macam macam lagi.

restoran sisik ikan bakar
restoran sisik ikan bakar

Awak yang baca ni dah terliur ker? hihi. Kalau rasa dah penat shopping di GM Klang, apa kata kita lanjutkan lagi dengan makan di Restoran Sisik Ikan Bakar. Details zati letak di bawah ini.

restoran sisik ikan bakar



Instagram : @restoransisik

Alamat : Restoran Sisik Ikan Bakar 
No 32 Jalan Kasuarina 1/ks7 Bandar Botanic
41200 Klang Selangor

Contact : 019-2263004 / 016-2240474

Eh coppp. Kalau awak nak tengok video zati di Restorant Sisik Ikan Bakar ni pon boleh. 



SELAMAT MENJAMU SELERA


Footlink Shah Alam : Kedai Kasut Kesihatan Bagus Untuk Wanita Dan Lelaki

Assalam. Bismillah.

Hai semua.. harini zati nak kongsikan keterujaan zati mencuba kasut di kedai Footlink Shah Alam. Kenapa zati kata teruja? Sebabnya kasut jenama Footlink ini sangat selesa dan bagus untuk penjagaan kesihatan kita. Sebelum ni zati tak tahu pon kewujudan kedai kasut Footlink ni. Tapi bila tahu, rasanya memang wajib beli la. Terutamanya untuk mak ayah kita.

footlink seksyen 13 shah alam

Sebenarnya kasut jenama Footlink ini dah lama berada di pasaran. Footlink di Seksyen 13 Shah Alam ni adalah outlet yang ke 31. Tapi kenapa zati tekankan Footlink di Shah Alam ni? Haaa. sila baca sampai habis yer. Ada berita menarik di hujung cerita. hihi.

footlink seksyen 13 shah alam

footlink seksyen 13 shah alam

footlink seksyen 13 shah alam

Okay, zati ceritakan sedikit kenapa korang perlu menggunakan kasut jenama footlink sebagai kasut pelengkap hari korang. Sebenarnya, reka bentuk kasut footlink ini memberikan keselesaan kepada mereka yang mempunyai masalah seperti Plantar Faciitis,  sakit lutut, sakit belakang, sakit tapak kaki, bunion, flat feet, callous & corn, heel spur dan postur badan yang lemah. Biasanya masalah ini sering dihadapi oleh ibu ayah kita kan? Jadi tak kan la kita nak biarkan mak ayah kita pakai kasut yang tak selesa. Bila pakai kasut ni, insyaa Allah. sakit lutut atau sakit tapak kaki mereka akan berkurangan.


Selain itu, kasut jenama footlink ini juga terdiri daripada kasut lelaki, kasut perempuan, kasut sukan, kasut diabetic, kasut orthotics, kasut keselamatan (safety shoes) dan kasut unit beruniform. Adik ipar zati seorang nurse. Dia pon cakap, kasut footlink ni memang best. Dah 3 tahun dia guna. Tahan lagi sampai sekarang. Tapak dia lembut jer. Kita faham macam mana kerja nurse kan? Busy sana sini nak memastikan pesakit dalam keadaan okay. Ini kalau kaki nurse pon nak jalan sakit, macam mana nak rawat orang?

footlink seksyen 13 shah alam

footlink seksyen 13 shah alam

footlink seksyen 13 shah alam

Selain kasut, di kedai footlink ini juga terdapat sarung kaki yang membantu memberikan keselesaan kepada si pemakai. Antara kelebihannya ialah Non Binding, Moisture Control (cotton), cushion Padding dan Seamless Toe Closure. Okay, kita ni kena pakai sarung kaki sebab tempat kita ni lembap. Kepam nanti kalau pakai kasut bertutup tapi tak pakai sarung kaki atau memakai yang salah jenis. Kalau yang ni memang mengawal kelembapan. Lagi satu, sarung kaki ini tidak memerut. jadi mudah pengaliran darah mengalir. Contoh korang pakai stokin ketat, lepas tu terikat kemas dekat betis tu. Rasa tak selesa kan? bila bukak ada kesan  bekas. haa. sebab tu kena pakai  sarung kaki yang sesuai.



Lagi satu, kelebihan Footlink ini juga adalah untuk pesakit yang mempunyai masalah seperti kaki bengkak. Contoh yang mempunyai masalah gout/ Diabetis. Kaki dia membengkak kan? macam mana nak pakai kasut kalau kaki bengkak? last last pakai selipar jer. Lepastu nak keluar berjalan rasa tak yakin je. Yer la, nanti orang tengok kaki macam mana? Haaa. Footlink adalah penyelamatnya. Terdapat design kasut footlink yang membantu si pemakai untuk adjust mengikut kondisi kaki kita. 


footlink seksyen 13 shah alam

Bagi yang nak bergaya jangan risau. Ada juga koleksi yang intrend dan up to date. Sebab itu ianya sesuai untuk penggunaan semua.. Awak nak pakai heels boleh je tapi kaki kita ni hanya mampu bertahan 2 jam sahaja.. Tak pon awak cuba la koleksi ini. Nampak cantik dan kemas kan? Kasut ini selesa sebab di tengah nya adalah getah. Sesuai juga untuk pergi bekerja. Ada juga design yang lain. Haaa. lagi satu nak cerita. Better korang datang sendiri ke kedai. Nanti mereka akan memilih kasut yang sesuai dengan jenis kaki kita. 


Okay last sekali nak bagitahu, bagi sesiapa yang shopping kasut di Footlink Seksyen 13 Shah Alam. Anda semua berpeluang untuk mendapat FREE GIFT daripada pihak Footlink. Caranya mudah sahaja, sebelum membayar di kaunter sila gunakan kod BLOG MUMMYJASMEEN atau tunjukkan sahaja article ini. Sah sehingga hujung bulan December 2019.


So kalau nak dapatkan kasut yang cantik dan sangat selesa boleh datang disini. Semua details ada di bahagian bawah ini.

footlink seksyen 13 shah alam

Alamat :
No. 86, Jalan Badminton 13/29, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. 

Hotline : +6011-1869 6172 

Waktu Operasi : 10am - 7pm (Setiap hari) 

InstagramFootlink13Shah Alam

Tips Hilangkan Batuk

Assalam. Bismillah

Sekarang bulan Syawal. Macam macam kita makan kan? jadi kesihatan perlu dijaga. Jangan jadi macam zati. Dari sebelum raya dah batuk. Dia punya batuk tahap kritikal la sebab susah nak solat. Jenis batuk terkucil tu. Siapa yang pernah alami jer tahu betapa azabnya bila gatal tekak tu datang.

Balik kampung suami pulak kena. Bila malam jer batuk makin menjadi. Kiranya waktu malam kami berduet la lawan batuk. huhu. seksa weh nak tidur.

Actually zati ada 2 petua macam mana  hilangkan batuk dan sakit tekak. Petua yang pertama ialah dengan menggunakan sireh. Petua hilangkan batuk ni di ajar oleh abah zati. Tak tahu la dia dapat mana. Tapi suami kata berhasil.

Caranya ambil sehelai sireh, kemudian letakkan satu sudu kecil gula.Lepas tu lipat dan makan. Tapi sebelum tu selawat 3x. Lagi bagus buat 3x sehari. Suami kata lepas makan dia rasa macam lega. Zati tak makan sireh sebab tahu dia tak sedap. Tak sanggup nak makan. huhu.

gambar google

Petua kedua untuk hilangkan batuk dan sakit tekak adalah minum air barli suam. Zati buat ni 2 hari sahaja. Tapi zati minum tanpa gula. Kalau korang nak buh gula sedikit pon okay. Zati dapat tips ni  masa kena tonsel dulu. Kawan  suruh amalkan air nasi. Masa nasi tengah menggelegak mendidih tu, ambil air dia dan minum. Bila minum rasa macam air barli. 

Rasa macam payah sangat air nasi tu, zati buat la air barli.. Berhasil dengan zati. Alhamdulillah.
Kita mencuba sahaja. Ubat juga kena makan. Zati cuba ni sebab ubat batuk dah 2 botol, strepsil dah makan, gula gula hacks dah makan. Tetap tak jalan.. Asbab air barli batuk zati kurang. Alhamdulillah.

So far zati rasakan tips hilangkan batuk dengan barli suam ini sangat menjadi. Zati harap korang juga berhasil. Insyaa Allah.. kita cuba.. Allah yang menyembuhkan.


Bye semua.. selamat hari raya =) 

Tragedi 29 March 2019 : Gigi Pertama Jasmeen Tercabut

Assalam.

Hai uolss.. sory la lama tak update blog. hihi.. harini nak cerita berkenaan keluarga jer. Esok lusa cerita pasal makan pulak . hmm. nak buat macam mana. dah memang hobi kita makan. hihi.


Sengaja nak tulis cerita pasal jasmeen.. Kiranya ini pengalaman pertama kami sebagai ibu bapa melihat perkembangan anak. Nanti kalau anak tanya tak adalah kita lupa bila tarikh dia cabut gigi. Rasanya kali pertama cukup lah.. jenuh ea setiap kali cabut gigi update entry.

Hari Jumaat 29 March 2018, 10 malam,gigi  pertama jasmeen tanggal.. ahaha.. yang bestnya gigi ni dia cabut sendiri. sebabnya dia selalu tengok cerita upin ipin yang pasal cabut gigi tu.. so dia berani la. sekarang gigi sebelah dia pulak longgar.

okay.. done cerita pasal jasmeen =)

Resepi Mudah Triffle Longan

Assalam.Bismillah.

Harini zati nak share resepi mudah macam mana nak masak trifle. Kali ni zati cuba buah longan sahaja sebab geram tengok besar besar.. hihi. Haritu dapat dekat Segi Fresh. 


Zaman ekonomi ni kita kena pandai dekat mana nak cari tempat yang murah dan berkualiti. So sekarang dah jumpa la. Dekat Segi Fresh memang berbaloi.


Okay sekarang zati nak share resepi mudah Trifle Longan.

Bahan bahan
1. Kek pandan
2. Tepung kastard 3 sudu
3. Susu cair 2 tin
4. Jeli 1 packet
5. Buah longan 1 tin
6. Gula 1 sudu



Cara masak.

Panaskan susu cair yang dicampur dengan tepung kastard, dan gula.. Masak dengan api  sangat perlahan.. dalam 25 minit.. masak sampai pekat.

Then kek pandan tadi potong dan susun dalam bekas.. air gula longan tadi letak sikit sikit bagi kek lembab.

Bila susu dah siap, tuang perlahan ke atas kek yang disusun tadi.. letak dalam peti sekejap.

Then jeli tadi tu campurkan dengan 400ml air panas.. kacau sampai larut. Then tuang perlahan lahan.. dah siap letak buah longan.. dah siap 😊


Selamat mencuba semua 😍


NCIG : Alat Peranti Terbaik Untuk Berhenti Merokok



Assalam semua. Bismillah.. harini zati nak share salah satu cara terbaik untuk berhenti merokok. Haa. yang mana tengah ada azam nak berhenti hisap rokok, inilah masa yang sesuai.


Baru baru ni kawan zati ajak pergi majlis pelancaran pembukaan NCIG cawangan pertama di Desa Seri Hartamas. Rupannya baru zati tahu NCIG ni adalah satu alat peranti untuk menggantikan rokok.. Yerla orang perempuan, mana tahu bab bab rokok ni..


Masa zati pergi perlancaran NCIG ni zati tengok ramai yang beratur panjang.. Kawan cakap la sebenarnya NCIG ni dah ada bulan Februari lalu. Dan hampir 60 ribu orang sudah mencuba.  Kiranya dah ramai la yang berjaya berhenti hisap rokok. Diorang dah tukar kepada NCIG. Sebab tu masa pelancaran dah dapat banyak sambutan.


Kalau ikutkan fokus pelanggan mereka adalah yang berusia 20 hingga 30 tahun, tapi sekarang mereka fokus umur 35 hingga 40 tahun sebab mereka nak jadikan golongan ini berhenti merokok dan jalani hidup yang lebih sihat. Zati ada tengok dekat FB mereka yang ada testimoni tu, umur agak berusia baru berjaya berhenti merokok. Bukan senang kan nak berhenti merokok nih. Tapi bagi zati, tak kisah la umur korang berapa pon, berhenti merokok adalah perkara baik.


Pengasas NCIG ini iaitu Sharifudin Bujang atau lebih mesra dengan panggilan Pak Din ini beritahu,  pembukaan NCIG cawangan pertama di Desa Hartamas ini kerana ianya lokasi yang strategik dan mudah diakses yang boleh memberi kemudahan kepada pengguna. Selain itu, ianya juga memberi maklumat atau promosi selain tuntutan waranti yang sangat mudah dan tidak perlu menunggu selama 5 hari bekerja.


Untuk pengetahuan korang, NCIG ni ada beberapa perasa iaiti Red Vanila, Lush Mango, Coolmint dan Fine Tabacco. Yang terbaru adalah  Buttery Toffe (Buterscoth) dan juga Grape Noir. Lagi satu design mereka sangat exclusive sebab ianya kecil sahaja dan warna yang cantik.. Warna merah helok jer zati tengok. No wonder pergi jalan jalan, zati tengok ramai yang gantung something dekat leher mereka.. Rupanya tu NCIG.. So ianya senang di bawa dan produk ini memang menyediakan sekali NCIG holder.. Bila kita sentiasa gantung kat leher tu, nak hilang tu susah la.


So yang mana plan nak berhenti merokok tu boleh cuba NCIG. Boleh dapatkan di details di bawah ini atau boleh dapatkan dengan agent agent yang berdekatan.