Nikmati Kelazatan Ketam di Sri Lanka Seafood Festival Berjaya Times Square

Assalam.. Bismillah.

Hai semua.. siapa disini peminat seafood especially ketam? Siapa minat, kita geng. hihi. Zati dan anak memang feveret gila dengan ketam. Beberapa minggu lepas dapat jemputan untuk Sri Lanka Seafood Festival di Big Apple Restaurant Level 14 Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur. Tapi menu utama yang diorang berikan adalah ketam nipah yang fresh. Haritu memang kenyang dengan ketam sahaja.. huhu.. best.


Bukan ketam sahaja, tapi pelbagai menu lain lagi yang disediakan. Antaranya ialah Pol Sambol, Seeni Sambol, Lunu Miris, Gotukola Sambol, Thebu Colo Sambol, Mukunuwenna Mallum, Fism Ambul Thiyal with Gravy, Prawn Mellum, Chicken Kalupol Curry, Brijal Moju, King Crab Claw, Prawns, Crabstick, Mussels, Tuna, Smoked Salmon, Curd & Treacle, Laddu Kesari dan macam macam lagi.


Jangan ditanya kenapa nama menu ni unik sangat, dah nama Sri Lanka Seafood Festival, so makanannya berasal dari Sri Lanka la.. huhu. Jangan risau yer semua. Menu ini dimasak dan diketuai oleh chef yang berpengalaman.


Korang jangan ragu ragu. Makan jer menu ni semua sebab semuanya sedap tapi agak pedas la.. hihi. Dah memang makanan diorang pedas dan berempah. Tapi yang pasti sedap. Ketam memang terbaik weh. Masak kari. Pijor pijor mulut makannya, tapi menambah lagi. hihi. Nak tau kenapa sedap? Sebab chef nya kita import khas dari Berjaya Times Square Colombi iaitu Chef J.M.D.K Jayawardhana dan Chef HLM Hettiarachchi.


Bila Sri Lanka Seafood Festival? Lupa pulak nak cerita.. Haa. Bermula 2 April sehingga 30April 2018. Masih sempat guys. Booking sekarang kalau nak menikmati makanan laut yang segar dan sedap. Macam mana nak tahu harga dia? Korang tengok details di bawah ini.


  • Tempahan 38 orang pertama - RM 38 nett
  • Orang ke 39 hingga 58 - RM 58
  • Harga biasa untuk dewasa - RM 98 nett
  • Harga biasa untuk kanak kanak - RM 41
  • Harga biasa untuk warga emas- RM 61
  • Beli 3 voucher dewasa, PERCUMA 2 voucher
  • 30% potongan untuk voucher dewasa sekiranya menggunakan kad kredit Maybank.

Di  Sri Lanka Seafood Festival di Big Apple Restaurant Level 14 Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur ini, ada menyediakan beberapa masa yang berikut. 


  • Pukul 12 tengah hari hingga pukul 2.30 petang. ( Hari biasa)
  • Pukul 12.30 tengah hari hingga 4.00 petang (minum petang Sabtu & Ahad)
  • Pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam( makan malam setiap hari)

Untuk sebarang maklumat dan tempahan, boleh refer details di bawah ini.



Contact : 03 21178000






Kedai Makan Sedap Di Cheras : Blue Cafe

Assalam. Bismillah.

Weekend lepas en suami bercuti dengan kawan kawan dia di pulau kapas. Zati pon nak keluar jugak dengan kawan kawan. So apa lagi beranikan diri bawak Jasmeen pergi makan dengan kawan kawan bloger yang lain. Kali ni kitorang cuba makanan di Restaurant Blue Cafe Bandar Makhota Cheras.
Seafood Platter

Dah keluar ramai ramai tu memang paham paham la.. Menu banyak so rasa la sikit sorang. Tapi sebelum ni memang dah aim, tekak nak makan Chicken pizza rendang di Blue Cafe nih.. Nasib la dekat area Cheras jer, kalau KL haru juga. Lepas makan rasa macam lepas hajat di hati.. Hihi. Chicken Pizza ni nipis. Tak la crunchy sangat tapi dia tak muak. So boleh la makan 2 3 slice.. hihi. Korang juga boleh cuba Smoked Duck Pizza.. Nak cerita lebih tak reti tapi sedap. Hihi.


Antara menu lain yang boleh cuba di Blue Cafe ialah Cheese Chicken Chop dan juga Chicken Grill. Ni seperti menu di restorant yang lain. Kalau korang nak cuba rasa yang baru, boleh cuba di sini.. Cheese chicken chop nampak sungguh menyelerakan.


Kalau korang jenis yang suka makanan berat sedikit, zati boleh suggest korang cuba Seafood platter. Sebab menu ni ada macam macam. 3 orang cukup kot untuk makanan nih. Ataupon korang boleh order Smoked duck Aglio Oglio ataupon Spaghetti Vongole.. Yang ni makan kompem kenyang. Feveret zati yang aglio oglio tu. Memang secukup rasa.. 


Then kalau korang nak makan makanan yang simple, boleh juga makan Beef Oblong ataupon Lamb Shoulder. Beef oblong pon not bad. Tapi zati bukan jenis yang suka makan burger. So ikut tekak nih, kalau roti tu lembut sikit, maybe makin sedap kot. Maaf la uols. Zati ni jarang makan burger. Tu komen zati. hihi.orang lain tak tahu la.


Kalau blur lagi tak tahu nak order apa, boleh cuba Mixed Grill. Yang ni ada ikan ape ntah, lepas tu ada udang, ada ayam, ada bacon kalau tak silap. Yang ni sempat rasa ayam jer. hihi. Tak pon boleh cuba Fish and Chips.


Dari segi minuman pula, boleh cuba macam macam air soda. Ada pelbagai jenis so pilih la yang mana. Zati haritu minum perisa Strawberi. Dah alang alang makan western, dessert jangan lupa. Yang kami cuba Tiramisu dan juga Brownies. Feveret zati Brownies la. Ada ice cream pulak tu. memang sedap sangat. Brownies tu pon ada kacang di bawahnya. Tak tahu kacang apa tapi yang pasti sedap. hihi.


Macam mana uolss? Terliur tak? Memang sengaja letak gambar makanan jer. Bagi korang tak sabar nak rasa menu yang menarik di area Cheras. Eh tapi bukan orang Cheras saja, orang dari Bangi, Kajang pon meh la datang sini. Tak jauh mana pon.


Blue Cafe
No 7, Jalan Temenggung 25/9
Seksyen 9, Bandar Makhota Cheras
43200 Cheras, Selangor



Contact : 03- 9011 3891
Waktu Operasi  : Selasa - Ahad
Isnin Tutup
12 tengah hari - 12 tengah malam