Cloves Restaurant & Cafe Menyajikan Makanan Yang Lazat

Assalam.. Bismillah.. Hai semua.

Harini zati nak cerita tentang satu restaurant yang menyediakan makanan yang sedap mengikut selera dan tekak kami sekeluarga.. hihi.. Zati jenis jujur.. Biasa akan tanya husband bila lepas makan. Agak agak kedai ni boleh repeat lagi tak? Jawapan nya boleh... means makanan disini lulus dengan jayanya mengikut citarasa zati yang sangat mementingkan kesedapan makanan.. hihi. Kedai yang zati maksudkan adalah Cloves Restaurant & Cafe.


Cloves Restaurant & Cafe ini terletak di Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur. Zati boleh katakan bahawa restaurant ini adalah salah satu lokasi makanan sedap di Kuala Lumpur. Lokasinya agak strategik dimana kawasannya berhampiran dengan Setapak Mall dan juga Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (UniTAR). Kalau korang nak pergi sini, sila waze yer.. Sebab zati pon husband yang bawak.. ahahaha.

Haritu share la dekat FB pasal salah satu menu di Cloves Restaurant & Cafe nih, kawan zati rupanya memang suka jugak pergi situ. Menu paling digemari adalah Rib Eye Steak rasanya. Kalau korang nak tahu macam mana rasa Rib Eye Steak di Cloves Restaurant & Cafe, korang boleh baca article ini Selera Western Terbaik Cloves Restaurant & Cafe.

Rib Eye Steak Cloves Restaurant & Cafe

So antara menu yang zati cuba makan haritu ialah Nasi Goreng Kari atau dalam menu di Cloves Restaurant & Cafe ni dia tulis Curry Leaf Fried Rice. Zati memang penggemar lauk kari tapi so far tak pernah lagi makan nasi goreng kari.. So far zati rasa sedap. Rasa pedas sedikit dan rasa la rempah kari tu. Lepas tu ada juga disediakan telur mata, keropok keping dan juga sotong celup tepung. Adoi.. tengah tulis nih rasa lapar.. hihi. Selain nasi goreng kari ni, nasi goreng kampung pon ada. Boleh baca article di sini Tempat Makan Best Di Kuala Lumpur

Curry Leaf Fried Rice Cloves Restaurant & Cafe

Menu ke dua yang zati cuba di Cloves Restaurant & Cafe ini ialah Marinara Spaghetti. Rasa dia sama macam kita makan spaghetti la.. Rasa masam masam sikit kan. Yang menariknya dia punya seafood.. Mak aih banyak kemain.. Lala ada, kupang ada, udang ada, sotong ada.. Hmm.. Nasib la tak allergic so bedal jer semua.. hihi. 

Marinara Spagetti Cloves Restaurant & Cafe 

Kalau korang nak order makanan yang simple atau orang kata makanan yang ringan ringan ke, korang boleh cuba burger ataupon salad yang terdapat di  Cloves Restaurant & Cafe. Sebab sometimes kita just nak lepak lepak jer kan. Takpon macam tak suka makanan yang terlalu berat, so boleh la cuba salad diorang. Macam kawan zati ni unik sikit. Dia jenis tak makan nasi. So dia order la burger.. Korang baca Blog Neyra.. 

Triple B Burger Cloves Restaurant & Cafe

Garden Salad  Cloves Restaurant & Cafe

Apa lagi yang zati makan dekat Cloves Restaurant & Cafe? zati rasa rasa je uols.. Tolong la percaya.. Zati rasa Nanchos dia.. Sedap gila weh.. Ini kalau cheese tu ada di semua tempat zati rasa memang dok makan tu jerla.. hihi.. Untuk dessert zati cuba  Chocolate brownies. Yang ni dia ada ais krim dekat atas dia.. Zati kalau makan brownies memang kena makan dengan aiskrim.. 

Nanchos Cloves Restaurant & Cafe

Chocolate Brownies Cloves Restaurant & Cafe

Hmm.. lapar balik la.. Rasa macam nak pergi semula dekat  Cloves Restaurant & Cafe. Ada sesiapa nak bawak tak? hihi. So bagi siapa nak cuba boleh la datang ke sini yer.. Details restaurant nih zati buh kat bawah nih. Sebelum terlupa. Korang boleh celebrate special day dekat sini. Tak kisah la birthday ke, anniversary ke, nak tempah catering pon boleh. Kalau tak silap majlis dalam 200 pax kot.. Nanti korang usha la yer. 




                                                  
Cloves Restaurant & Cafe
1.16 PV128 
Jalan Genting Klang 
Kuala Lumpur
Cloves Restaurant & Cafe 

Contact 03-  4141 8585







Post a Comment

5 Comments

  1. Marinara Spaghetti dengan Brownies tu sangat menggoda

    ReplyDelete
  2. Menarik ni...boleh sambut birthday cik abg akak kat sini...semua makanan nampak menarik

    ReplyDelete
  3. Nampak menarik menu dia semua! Brownies diaaa siap eskem lagi...wahhhh!

    ReplyDelete
  4. These histamines disturb your natural chemistry causing anxiety, bothering and mindlessness amid the day and sleep deprivation around evening time. loving hut robinson

    ReplyDelete
  5. nak try la.. sbb selalu tak tahu nak mkn dkt mn kan..so Cloves ni dekat dgn rumah..

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)