Dewita Bikini Body Goals Membantu Mengurangkan Berat Badan

Assalam. Bismillah..

Lately bila zati bukak IG jer, mesti nampak transformasi orang yang dahulu nya dia gemok , tapi sekarang body dia cantik gila.. Adakah ini satu petanda yang Zati perlu kuruskan diri? ahahaha.. Actually dah selalu sakit kaki la.. So rasa nya memang perlu zati kuruskan badan. Nak exercise macam tak berapa nak rajin sangat so zati amalkan supplement untuk kuruskan badan. So dalam banyak banyak produk zati pilih Dewita Bikini Body Goals.


Ya ampuunn.. Tak sabar okay nak melaram pakai bikini dekat rumah.. hahaha.. just joking. nanti laki aku kata buang tebiat pulak.. Dewita bikini body goals ni zati rasa memang membantu untuk mengurangkan berat badan. Sebab daripada segi bahan bahan dia, zati sangat berpuas hati sebab semuanya kita tahu. Antara bahan yang terkandung ialah Mango Africa, Green Coffe, Garcinia Cambogia, White Kidney Bean, Yougurt, Mix Berries, Lemon Extract, Cranbery Extract dan last sekali Raspberry Extract.


Nak tahu rasa Dewita Bikini Body Goals nih macam mana? Kali pertama zati cuba, memang rasanya unik. Rasa macam jamu jamu skit. Tapi tak kuat sangat. Lepas tu dia rasa masam masam sikit. 1st day minum tu memang rasa payah sikit la nak telan. Masuk hari kedua laju jer minum. hihi.


Cara buat air Dewita bikini body goals ini adalah dengan memasukkan 150ml air sejuk dalam cawan, kemudian shake.. Atau cara yang kedua mix kan dengan jus kesukaan anda. Maybe boleh campurkan dengan Epal, Nenas atau tembikai. Alaa.. ikut atas tekak korang la. Tapi zati tak suka shake.. Zati kacau dalam cawan biasa sampai semuanya larut kemudian terus minum. Kena minum cepat2 taw.


Kesan Dewita Bikini body goals ni boleh tahan jugak taw. Kita minum hanya sekali sehari sebelum tidur. Bangun 6pagi esok membuang dengan jayanya.. Fuuhh. lega perut. So far zati dah cuba seminggu.. Turun sekilo wehhh.. Kalau sebulan? Harus 4 kilo. hihi. Tapi zati jaga makan dan juga minum air masak dengan banyak. Untuk badan zati atleast 3L air harus diminum.. Makanya selalu pergi toilet la.


So untuk mengurangkan berat badan, zati rasa dah jumpa supplement yang sesuai dengan diri. Dan secara jujurnya zati minum disebabkan semua bahan bahan yang disediakan adalah selamat. Harapan zati semoga raya tahun nih boleh pakai bikini merah.. Ehhh.. silap silap.. Kebaya merah.. hihi. Nak tahu pengalaman orang lain yang amalkan Dewita, boleh KLIK DISINI .Yang mana nak tahu macam mana nak dapatkan Dewita Bikini Body Goals, boleh dapatkan details di bawah ini.

Harga : RM120 (SM) / RM130 (SS)
Contact : 014 330 8448

*Note :Dalam proses penurunan berat badan, makan perlulah dijaga, lakukan exercise, minum air secukupnya dan jika mengambil supplement dan ada komplikasi, hentikan pengambilan dan rujuk kepada pakar. Kesan supplement berbeza mengikut individu.




Aunise Membantu Merawat Kulit Wajah

Assalam. Bismillah.

Hai semua.. Siapa sini nak cantik? Meh sini nak story mory. Zati tahu sekarang berlambak lambak product nak cantikkan muka, nak putihkan kulit nak itu nak ini.. Macam macam kan? Tapi zati tahu mesti korang kompius nak amalkan yang mana satu kan? So zati nak suggest korang amalkan Aunise tablet kunyah blackcurrant.


First time zati rasa supplement nih. Sedap.. Masam masam manis.. Ni kalau tak terkawal boleh kunyah sambil buat kerja. Sebotol sehari la jawabnya. hihi. Tapi kita bukan nak fokus kepada rasa sahaja, tapi kita fokus kepada kelebihannya.

Antara kelebihan Aunise tablet kunyah ini ialah untuk hilangkan jerawat dan parut, anti kusam, anti aging dan juga untuk memutihkan wajah. Tapi zati nak pesan nih setiap kesan adalah berbeza mengikut individu. Bagi yang dah lama mengamalkan supplement lain, jangan campurkan. Better stop dulu pengambilan dalam sebulan. Then cuba pula produk Aunise.


Bagi zati, kalau korang nak cantik, mudah sahaja. Amalkan supplement yang sesuai dengan tubuh badan, gunakan skincare yang sesuai, jaga diet seimbang dan sebulan sekali lakukan facial di spa yang bertauliah. Insyaa Allah.. Barulah menjadi nak betul betul cantik. Product Aunise juga membantu jugak. Nak cantik bukan dengan satu cara sahaja.

Mesti korang jeles tengok artis kat luar sana tu cantik cantik kan? Diorang buat apa yang zati cakap tadi la. So, kalau nak konsisten dengan Aunise, konsisten sahaja. Jangan campur produk lain. Lagi satu nak tambah yang  Aunise ni adalah dibuat daripada   Sukrosa, isomalt, serbuk jus blackcurrant, vit c, vit e,  acai bery, lactoferin, ekstark yis dan acesulfame-K.


Bila boleh nampak kesan Aunise kepada pengguna? Bergantung kepada tubuh badan seseorang. Tapi kebiasaanya dalam 2 hingga ke 3 minggu. Jangan yang pilih kesan terhadap 1 hari. Magical namanya tu. hihi. Nak tahu lebih lanjut, refer details di bawah ini yer.

Facebook : www.facebook.Aunise

Harga : RM 69 Promo ( RM 60 )
KKM no : 060617/05/168 ( under makanan)


Disclaimer : Setiap orang berbeza keputusannya. Ada yang cepat ada yang lambat mengikut tubuh badan masing-masing. Jika ada sebarang masalah sila merujuk kepada doktor, hentikan pengambilan dan rujuk balik kepada penjual. Jika tiada apa apa kesan boleh teruskan pengambilan.

Lulur Scrub Asianic Memang Best

Assaalam.. Bismillah.

Hai semua.. Lately asyik cerita pasal makanan jer kan. So harini nak share tips kecantikan dengan menggunakan produk daripada Asianic. Baru baru ni Asianic ada keluarkan scrub yang terbaru iaitu Lulur Scrub Asianic. Terdapat 4 jenis iaitu Seri 7 Bunga, Betik, Susu Beras, dan Delima.



Zati start amalkan scrub masa waktu belajar dulu. Kawan yang suggest sebab kulit lembut jer lepas scrub. Makanya dulu stock scrub memang sentiasa ada.. 2 minggu sekali wajib ber sental dengan scrub. Zati suka letak di tangan. Nampak la cerah sikit.. hihi.


Dalam banyak banyak jenis scrub, kenapa zati memilih lulur scrub daripada Asianic? Salah satu sebabnya, scrub daripada Asianic ni boleh digunakan di bahagian muka. Biasa kita pakai scrub, teksturnya kasar kan? Ini tak, ianya halus.. Sebab tu en suami pon pakai.. hihi.. Cuba baca Blog Afzalsukasuki.



Zati tak tahu la nak pilih  Lulur Scrub Asianic yang paling best sebab semuanya memang best.  Tapi zati cerita la satu satu ea.. Bagi yang suka wangian bunga, korang boleh cuba Lulur Scrub Asianic Seri 7 Bunga.. Ni kalau siapa nak kahwin tu, guna yang ini, orang kata makin naikla seri pengantin.. hihi. Lepas tu kalau nak lembutkan kulit badan, boleh gunakan lulur Scrub Asianic yang jenis Betik.


Kalau ikutkan dari dulu lagi zati suka lulur scrub susu beras. Bagi zati proses nak putih tu cepat. hihi. Macam biasa zati akan letakkan di tapak tangan dan juga kaki. Ataupon kalau korang nak gunakan yang delima pon boleh. Yang pasti semuanya membantu untuk mencerahkan dan melembutkan kulit.


Zati suggest, pada siapa yang mempunyai masalah tumit kaki merekah, strech mark, kulit kering, gelap di celahan peha, siku ataupon dimana sahaja korang nak cantik, korang boleh cuba gunakan lulur scrub daripada Asianic. Ni nak share satu tips untuk elakkan tumit kaki merekah. Selain buat lulur scrub dengan Asianic, korang pakai stokin. Yes.. ianya sangat membantu. Selain menutup aurat, ianya boleh mencantikkan. hihi.


Lulur Scrub Asianic berharga RM 16.90 setiap satu.  Boleh didapati di pasaraya besar, Farmasi, KK Mart. Ataupon korang boleh order secara online di AladdinStreet.com, Lazada, 11Street, Coopmall.my dan Cmasa.my. Kalau nak tahu lebih info, boleh juga lihat di media sosial mereka.












Cloves Restaurant & Cafe Menyajikan Makanan Yang Lazat

Assalam.. Bismillah.. Hai semua.

Harini zati nak cerita tentang satu restaurant yang menyediakan makanan yang sedap mengikut selera dan tekak kami sekeluarga.. hihi.. Zati jenis jujur.. Biasa akan tanya husband bila lepas makan. Agak agak kedai ni boleh repeat lagi tak? Jawapan nya boleh... means makanan disini lulus dengan jayanya mengikut citarasa zati yang sangat mementingkan kesedapan makanan.. hihi. Kedai yang zati maksudkan adalah Cloves Restaurant & Cafe.


Cloves Restaurant & Cafe ini terletak di Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur. Zati boleh katakan bahawa restaurant ini adalah salah satu lokasi makanan sedap di Kuala Lumpur. Lokasinya agak strategik dimana kawasannya berhampiran dengan Setapak Mall dan juga Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (UniTAR). Kalau korang nak pergi sini, sila waze yer.. Sebab zati pon husband yang bawak.. ahahaha.

Haritu share la dekat FB pasal salah satu menu di Cloves Restaurant & Cafe nih, kawan zati rupanya memang suka jugak pergi situ. Menu paling digemari adalah Rib Eye Steak rasanya. Kalau korang nak tahu macam mana rasa Rib Eye Steak di Cloves Restaurant & Cafe, korang boleh baca article ini Selera Western Terbaik Cloves Restaurant & Cafe.

Rib Eye Steak Cloves Restaurant & Cafe

So antara menu yang zati cuba makan haritu ialah Nasi Goreng Kari atau dalam menu di Cloves Restaurant & Cafe ni dia tulis Curry Leaf Fried Rice. Zati memang penggemar lauk kari tapi so far tak pernah lagi makan nasi goreng kari.. So far zati rasa sedap. Rasa pedas sedikit dan rasa la rempah kari tu. Lepas tu ada juga disediakan telur mata, keropok keping dan juga sotong celup tepung. Adoi.. tengah tulis nih rasa lapar.. hihi. Selain nasi goreng kari ni, nasi goreng kampung pon ada. Boleh baca article di sini Tempat Makan Best Di Kuala Lumpur

Curry Leaf Fried Rice Cloves Restaurant & Cafe

Menu ke dua yang zati cuba di Cloves Restaurant & Cafe ini ialah Marinara Spaghetti. Rasa dia sama macam kita makan spaghetti la.. Rasa masam masam sikit kan. Yang menariknya dia punya seafood.. Mak aih banyak kemain.. Lala ada, kupang ada, udang ada, sotong ada.. Hmm.. Nasib la tak allergic so bedal jer semua.. hihi. 

Marinara Spagetti Cloves Restaurant & Cafe 

Kalau korang nak order makanan yang simple atau orang kata makanan yang ringan ringan ke, korang boleh cuba burger ataupon salad yang terdapat di  Cloves Restaurant & Cafe. Sebab sometimes kita just nak lepak lepak jer kan. Takpon macam tak suka makanan yang terlalu berat, so boleh la cuba salad diorang. Macam kawan zati ni unik sikit. Dia jenis tak makan nasi. So dia order la burger.. Korang baca Blog Neyra.. 

Triple B Burger Cloves Restaurant & Cafe

Garden Salad  Cloves Restaurant & Cafe

Apa lagi yang zati makan dekat Cloves Restaurant & Cafe? zati rasa rasa je uols.. Tolong la percaya.. Zati rasa Nanchos dia.. Sedap gila weh.. Ini kalau cheese tu ada di semua tempat zati rasa memang dok makan tu jerla.. hihi.. Untuk dessert zati cuba  Chocolate brownies. Yang ni dia ada ais krim dekat atas dia.. Zati kalau makan brownies memang kena makan dengan aiskrim.. 

Nanchos Cloves Restaurant & Cafe

Chocolate Brownies Cloves Restaurant & Cafe

Hmm.. lapar balik la.. Rasa macam nak pergi semula dekat  Cloves Restaurant & Cafe. Ada sesiapa nak bawak tak? hihi. So bagi siapa nak cuba boleh la datang ke sini yer.. Details restaurant nih zati buh kat bawah nih. Sebelum terlupa. Korang boleh celebrate special day dekat sini. Tak kisah la birthday ke, anniversary ke, nak tempah catering pon boleh. Kalau tak silap majlis dalam 200 pax kot.. Nanti korang usha la yer. 




                                                  
Cloves Restaurant & Cafe
1.16 PV128 
Jalan Genting Klang 
Kuala Lumpur
Cloves Restaurant & Cafe 

Contact 03-  4141 8585







Promosi Cool Blog Buy 1 Free One

Assalam semua..


Yeayyy.. Promosi Cool Blog Buy 1 Free 1.. Ya ampuunnn.. Gila best.. Sebab kami sekeluarga memang penggemar cool blog.. Nanti mintak less sugar.. huhu. Yang terbaru perisa nenas.. Padahal tadi baru jer beli air nenas depan rumah.. Lepas ni memang serbu Metro Kajang la beli Cool Blog


Yang zati faham, korang beli apa apa menu di Cool Blog, nanti korang akan dapat free air berperisa 
" Nenas Mint atau Nenas Passionfruit'.. Nak lagi senang korang pergi jer kiosk Cool Blog. Ni semua outlet ada.. Ini atas info yang zati dapat la.. Okay.. malam ni nak carila sebab dia dari 13 March- 15 March jer.. Sampai hari khamis ni jer.




Tisu Lembap Anti Bakteria Aiken Bagus Untuk Seisi Keluarga

Hai semua. Perasan tak sekarang nih anak anak kita mudah sangat dijangkiti penyakit. Contoh macam Jasmeen la. Dia sangat sensitif. Kalau pergi tempat main ker, mesti berjangkit lepas tu. Zati rasa memang faktor kebersihan juga kita kena ambil berat. Bukan cuaca semata.

So baru baru ni zati dapat tahu yang Aiken mengeluarkan product terbaru iaitu Tisu Lembap Anti Bakteria Aiken. Zati rasa ianya memang sangat membantu. Macam selepas dia main ker, kita lap la tangan tu. Sometimes kita tak sedar yang ada bakteria dekat mainan tu.


Bukan setakat budak, kita orang dewasa pon kena jaga diri. Penyakit berjangkit nih mudah jer nak kena. So kalau bersin ke batuk ke, kita tutup mulut guna tangan kan? Ha, standby la Tisu Lembap Anti Bakteri Aiken nih. Barulah tak merebak kepada orang lain. Sebab tisu nih kecik jer, boleh sangat nak menyelit di dalam beg. Jangan bubuh mekap jer, Tisu lembap pon bawak sekali.

Untuk Tisu Lembap Antibakteria Aiken ni dia ada dua jenis. Yang pertama adalah Tisu Lembap Antibakteria Aiken Perlindungan Ekstra. Yang ni daripada Minyak Tea Tree. Fungsinya adalah untuk membersih secara semulajadi dan memberikan perlindungan dariada bakteria. Bagi yang ragu ragu nak guna, jangan risau, produk ini selamat digunakan kerana telah diuji secara dermatologi dan selamat digunakan seisi keluarga.


Yang kedua ialah Tisu Lembap Antibakteria Aiken, Pelembapan Ektra. Yang ini dirumus khas daripada daun Aloe vera dimana kita tahu fungsinya adalah untuk memberi kelembapan kulit dan menyahkan bakteria di tangan. Kedua jenis tisu lembap anti bakteria aiken ini 100% bebas alcohol dan memang sesuai digunakan oleh semua.



Dalam ni ada 20 helaian di setiap pek dan ianya berharga RM 6.50 ( Semenanjung) RM 6.80  ( Sabah/Sarawak) untuk pek berkembar. Boleh dapat di pasaraya dan farmasi seluruh negara. 


Kami dah cuba.. Korang bila lagi? Nak tahu lebih lanjut boleh pergi ke fb dan website mereka.