Sabun Mandian Carrie Junior Kesukaan Anak Anak

Assalam Bismillah..

Hai semua.. Haritu Zati upload cerita pasal sabun Carrie Junior di FB. Tak sangka rupanya ramai jer kawan kawan zati yang guna untuk anak mereka. Salah satu sebab Carrie Junior menjadi pilihan anak anak sebab sabun ni wangi. Ibu dan babah pon suka.. Lepas anak mandi tak puas rasanya nak cium.


Si Jasmeen memang suka mandian Carrier Junior sebab selain sabun ni wangi, dia jugak akan dapat mainan. hihi. Bila nampak je sabun nih cepat cepat jasmeen cakap, ibuu ada mainan la dekat belakang sticker tu.. Cepatla bukak. huhu.. Tak menyabor betul.

Zati nih tak tahu pon, tapi dia pulak boeh tahu. Dasyat betul budak budak zaman sekarang . Haritu zati ada pergi tesco , tengah pilih mandian untuk jasmeen la.. Masa belek mandian carrie junior nih, tengok ada botol lain dah berlubang belakang dia.. Adeh.. Terlebih pulak budak budak nih.


Sebenarnya Carrie Junior letakkaa mainan sebab dia nak budak zaman sekarang bermain mainan berbanding dengan gadjet. Biar sel sel otak berhubung, biar diorang seronok tengok pelbagai mainan. Kali ni carrie junior bagi 6 koleksi mainan. 

Antara mainan yang ada dalam mandian Carrie Junior ialah si gajah yang gemar main bola sepak, Speedy Tommy atau kura kura yang terpantas di trek larian, Tuffy Teddy atau beruang yang paling kuat, Dribbly Minky atau si racoon yang mahir dalam hoki, Smashy Macky si monyet yang suka main ping pong dan ada juga trofi kejohanan. Nanti kalau anak tanya korang boleh la jawab yer.. hihi


Mainan ni comel comel jer tau. Kalau ada baby tu harap korang tengok elok elok. Takut masuk mulut nanti. Kalau nak beli mandian ni boleh dapatkan di Tesco, Aeon, Giant atau pasaraya besar yang lain. Korang yang mak mak nih jangan lupa bukak mainan dekat belakang botol ni yer.. sebab ada jer yang tak tahu.. hihi


Allah Masih Sayang

Assalam.. Bismillah..


Waktu zohor tadi dikejutkan dengan satu berita yang di post oleh rakan kami. Actually mereka adalah doktor yang sering merawat kami. Yang terlibat dalam kemalangan tersebut adalah Doktor Azira yang membantu kami untuk mendapatkan zuriat yang kedua.. Suaminya pula adalah doktor di Poliklinik Dr Azhar dan rakan rakan cawangan Jalan Reko.


Zati lebih rapat dengan mereka sebab selalu buat facial treatment milik mereka. Di Dr Medispa &Wellness Jalan Reko Kajang.. Anak anak dia pon rapat dengan Jasmeen.


Nak dijadikan cerita, kereta mereka mengalami masalah dan menyebabkan kenderaan mereka terbakar. Baru tadi dr hakim beritahu yang video kereta terbakar tular di media sosial. Waktu dapat berita tadi, macam macam perasaan ada. Seriusly sangat terkejut sebab hari ahad lepas still message dengan dr azira seperti biasa.. Macam tak ada apa yang berlaku.. Kalau zati confirm satu kerja pon tak boleh buat.


Apa yang zati nak kata adalah, terima kasih syukur Ya Allah sebab mereka semuanya selamat tanpa sebarang kecedaraan. Mungkin anak mereka agak terkejut dengan keadaan itu. Terima kasih jugak kepada uncle berbangsa india dan orang bangladesh kerana berhenti dan menolong mereka. Buat pengetahuan semua, dr azira sedang mengandung dan ketika kejadian suaminya tidak ada atas urusan kerja. Hanya Dr Azira bersama 2 orang anaknya.. Terima kasih kepada yang menolong.

Allah masih sayangkan nyawa mereka semua. Apa yang zati nak share adalah sikap dr azira yang sentiasa tenang ketika mengalami masalah dan sempat memikirkan keadaan orang lain. Korang boleh baca disini.

ALLAH YANG MAHA ESA.
Pada hari sabtu baru-baru ini, keluarga kami telah diuji dengan sebuah dugaan yg tidak pernah disangka. Sewaktu itu saya tidak bersama keluarga disebabkan tanggungjawab kerja. Semasa isteri saya Azirawaty Tadzri sedang memandu bersama 2 orang anak-anak kami dikawasan kuala lumpur, beliau tiba-tiba terperasan keluar asap dari lubang aircond kereta kami. Sewaktu itu jalan sedang jam teruk. Sejurus lepas itu beliau melihat percikkan bunga api keluar dari kawasan lubang aircond. Namun, alhamdulillah, beliau dengan keadaan tenang dapat menurunkan kesemua tingkap kereta dan memandu secara perlahan untuk menghentikan kereta dikawasan tepi jalan untuk mengelakkan sebarang kecederaan kepada orang lain sekiranya kereta meletup. itu kata isteri saya. MasyaAllah, dalam keadaan nyawa mereka yang sedang dalam bahaya, sempat beliau berfikir mengenai nasib orang lain. begitu murni hati beliau. Dalam beberapa saat selepas menghentikan kereta ditepi sebuah stesen MRT berhampiran, sudah kelihatan api dikawasan steering kereta. Beliau bergegas mengeluarkan anak-anak dan juga barangan penting yang dapat dicapai. Setelah membawa anak-anak ke tepi dan jauh dari kawasan merbahaya, beliau berpatah balik kerana tertinggal Hamster peliharaan anak-anak dalam kereta. Sempat lagi isteri saya berfikir mengenai kebajikan hamster anak-anak.... Setelah berjaya mengeluarkan kandang hamster, beberapa saat kemudian, api menjadi semakin besar. Dalam waktu yang singkat tersebut, isteri saya memohon pertolongan dari orang disekeliling untuk memanggil bomba. Yang kami terkilan, ramai yang hanya mampu melihat isteri saya yg mengandung memanggil bantuan namun akhirnya hanya 2 orang yg datang untuk menghulurkan bantuan. Seorang berbangsa cina dan seorang pendatang asing dari bangladesh hadir utk memberi bantuan untuk memadamkan api menggunakan alat Pemadam api. Namun ia sudah terlambat. Api semakin marak dan membakar hangus kenderaan kami. Setelah saya sampai ke tempat kejadian dalam 30min kerana tersangkut dalam jem teruk, kereta kami sudah menjadi rentung. Pihak bomba yg hadir dengan pantas pun tak dapat selamatkan kenderaan kami. Bagi saya, kereta itu hanyalah harta dunia. Tidak bernilai dan tidak bermakna. Saya amat bersyukur kerana isteri dan anak-anak saya selamat dan tidak tercedera. Saya sungguh terkilan kerana tidak bersama mereka semasa mereka terpaksa menempuh pengalaman yang sangat menakutkan itu. Im sorry honey for not being there when you needed me most. But your bravery and courage as well as your pure heart towards the safety of others beyond your own need and safety astounds and amazes me. I love you guys. You guys are the only biggest treasure in my entire life.
Lepas zati dapat tau terus wassap kepada dr..korang nak tahu dr cakap apa?



Memang ini kot sifat doktor.. Di saat genting masih memikirkan tentang keadaan orang lain. Siap cakap nasib berlaku dekat diri dia.. Allahu.. Kalau zati tak tahu la jadi macam mana. Dan still masuk kerja harini.. 

Syukur Allah masih sayang mereka semua.. Sekali lagi terima kasih yang membantu.. Zati ada rakaman video mereka. Kalau mereka izinkan baru zati edit semula.

Keep strong doktor.. We love you. Allah uji kepada mereka yang mampu.


Masalah Intim Wanita : Punca Miss V Gatal, SIS Perapat Penyelesaianya

Assalam. Bismillah.

Topik yang zati akan kongsikan ini agak sensitif tapi jangan tidak tahu, masalah miss v gatal ini sering berlaku kepada kaum wanita. Perkara ini tidak diceritakan terlalu detail kerana ianya melibatkan bahagian intim wanita. Tapi zati percaya, bagi mereka yang mempunyai masalah kegatalan di Miss V, ianya akan membuat seseorang itu stress dan juga tidak selesa. 

sis perapat

Korang nak tahu tak punca Miss V gatal? Salah satu punca ialah disebabkan oleh jangkitan kuman.
Jangkitan kuman boleh berlaku apabila bahagian intim kita sentiasa lembab. Selain daripada itu, seluar dalam yang ketat dan juga penggunaan jenis kain yang salah juga punca miss v menjadi gatal. Masalah keputihan juga tidak terkecuali.

Zati tak nak cerita bab bab kuman yang menyerang sebab zati bukan tahu sangat tentang ni. Nak explain pon macam susah. So kita relate dengan cara kehidupan kita. Apa yang zati tahu, Miss v gatal juga berpunca daripada cara kita membersihkan bahagian intim. Salah satu nya ialah tidak mengeringkan bahagian miss v dengan betul. Sebab tu dekat tandas ada tisu kan? Fungsi tisu itu adalah untuk lap miss v korang tu. Bukan setakat orang dewasa, kanak kanak pon sama.. Lepas ni standby sokmo tissue dalam handbag.. Bukan apa kekadang tisu habis.. hihi.


Ketika haid juga, miss v kita akan menjadi gatal. Sebab itu, wanita disarankan agar menukar pad setiap 6 jam sekali. Ataupon, selepas korang membuang air, korang juga perlu menukar pad sebab ianya sudah terdedah dengan udara luar. Takut bakteria sudah melekat pada pad tersebut. Lagi satu, sebelum period pon tiba tiba miss v gatal. Itu sebenarnya lebih kepada hint atau amaran, menandakan tak lama lagi korang nak period. hihi.


Dah alang alang kita cerita pasal kenapa miss v gatal, kita cari penyelesaian la pulak.. Tips nak elakkan miss v gatal ni biasa dibuat oleh tok nenek kita. Mudah je caranya, cuma rajin tak rajin jer la. hihi. Zati nak berikan beberapa tips bagaimana nak hilangkan kegatalan di miss v

Yang pertama adalah dengan menggunakan daun sireh. Rebus beberapa helai daun sireh. Biarkan sedikit suam dan dijadikan sebagai pencuci. Cara ke dua adalah dengan merebus air manjakani. Biarkan dalam keadaan suam juga. Kemudian cuci di bahagian intim. Air rebusan juga dapat membantu kita merapatkan rahim. 



Dekat mana nak dapatkan sireh dan juga manjakani nih? Bagi yang di kampung senang la nak jumpa. Yang stay dekat bandar ni agak mencabar jugak la nak cari. Kalau sireh tu boleh dapatkan di pasar. Manjakani boleh dapat di kedai ubat cina. Nak ke pasar waktu pagi nak cari sireh rasa macam payah jer.. huhu.. Rajin ke nak merebus bagai nih? yang rajin tu tahniah.. Yang tak rajin tu macam mana? Takkan nak biar jer miss gatal!


Haaaa.. jeng jeng.. Zaman sekarang dah mudah.. Semua nya dah tersedia cuma tahu tak tahu jer.. Zati ada satu produk yang dapat membantu korang untuk menghilangkan kegatalan di bahagian intim. Nama produk tersebut adalah SIS Perapat. Kenapa zati suruh korang pakai SIS Perapat? Sebab kandungannya adalah manjakani, sireh dan aura 7 bunga.. Haa.. senang kan? Tak perlu rebus bagai. just sembur jer.

sis perapat

Meh la zati story sikit tentang SIS Perapat nih. Sebenarnya produk ni baru jer dilancarkan. Tapi dah bagi tester dekat orang orang di Sabah. Kenapa Sabah? Sebab founder memang dari Sabah, Puan Sarzielawatie Samad namanya. Mostly ramai yang dah berpuas hati. Kiranya menjadik la SIS Perapat dengan wanita wanita di luar sana.. Sebab botol dia pon comel so mudah nak dibawa kemana mana. Untuk pengetahuan korang semua jugak, Puan Sarzielawatie ini memang mementingkan kecantikan keterampilan wanita. Sebab tu bukan dalaman jer dia suruh kita jaga, luaran pon sekali. Sebab itu beliau juga mengeluarkan produk untuk wajah. Nak tau product apa? Jom baca article ini Delia Gold Serum Menghilangkan Kedutan Di Muka

sis perapat

Sebut pasal SIS Perapat ni, terus rasa nak gelarkan diri sis jer.. ahahaha.. Ni sis nak membawang sikit. Kita ni orang perempuan zaman sekarang sangat la busy. Sebab tu product macam ni sangat membantu.. Nak nak pulak yang dah kahwin.. Servis kena terbaik wakk.. Semua nafkah kena jaga. Zahir batin taw.. Kena perfect.. gitteeww..

Lagi satu nak tambah la kan, ada orang tanya, perlu ke kita guna product nih kalau dah kawen.. Jawapannya perlu waakk.. perlu sangat sangat. Contoh macam SIS perapat ni la, bukan sahaja dia membantu untuk mengurangkan risiko kegatalan di bahagian intim, malah ianya juga membantu untuk merapatkan, mengurangkan keputihan, memberi wangian dan juga memberi kesegaran

sis perapat

Siapa boleh cuba SIS Perapat nih? Semua wanita boleh cuba. Lingkungan 20 an sehingga 50 an.. Semakin berusia, semakin banyak benda kita perlu jaga. Tak salah pon kita ni perempuan nak cuba produk macam nih sebab kita nak sentiasa bersih dan berkhidmat untuk suami.. Lagi satu bahan SIS perapat pon bahan semula jadi kan, so tidak merbahaya,

Tapi, kalau ada kesan lain, cepat cepat pergi jumpa doctor. Bukan apa, kot kot ada yang allergic ker. Kita mana tahu kan.. lain orang lain kesan dia.. Ni nak bagitahu kat mak cik bawang yang lain.. Bukan semua orang ada masalah keintiman ni. So jangan persoalkan, perlu ke nak pakai pakai ni semua.. Tak kan la yang ada masalah tu nak kepochi yang dia ada masalah dalam hubungan tu kan? Bab bab ni orang akan cari penyelesaian sendiri. 

So yang mana ada masalah kegatalan di miss V, ada masalah keputihan, ada masalah longgar di miss v, dingin dalam hubungan, boleh la cuba.. Yang tiada masalah, rumah tangga perfect, hubungan tip top tak apa.. Tapi kalau nak cuba apa salahnya. hihi. Kalau nak tahu tentang macam mana nak rawat jika miss v longgar, korang klik ni  >>> Cara Merapatkan Miss V Longgar<<<

sis perapat

Kalau nak cuba product SIS Perapat nih, boleh contact no ni 010 937 7805. Details yang lain boleh refer di bawah ini.


FB 

IG 

Contact 
 019 582 8682 / 010 937 7805










Balm Tok Syed Melegakan Batuk dan Selesema

Assalam. Hai semua.

Harini zati nak share satu produk untuk melegakan batuk dan selesema.. Sekarang kan cuaca tak menentu. So mudah sangat nak dijangkiti penyakit. Bukan setakat budak, mak bapak budak pon terkena sekali. Macam kitorang la. Mula mula Jasmeen tak sihat, lepas tu babah dia, lepas tu berlarutan dekat zati pulak.. Adeh.. Sabo jer la. Tapi yang pasti kitorang semua dah pergi klinik jugak.


Bila batuk dan selesema ni, dia jadi macam haru taw. Yerla dengan hidung tersumbat nya, susah pulak tu nak bernafas. Paling tak selesa bila hingus asyik meleleh jer.. Lepas tu bila bangun pagi tekak pon sakit.. Dah tak pasal pasal, bangun pagi suara macam Ella. Ni kalau zati la.. Nak tidur pon susah sebab hidung tersumbat. Sebab tu sebelum tidur zati sapukan baby balm daripada Tok Syed.


Biasa zati sapukan baby balm tok syed di leher, bahagian dada, hidung dan dahi Jasmeen. Baby balm ni tidak terlalu panas, so sesuai la untuk anak anak anak. Macam zati suka sapu baby balm ni dekat hidung. Seksa weh bila tidur jer hidung tersumbat. Sangat tak selesa.


Waktu zati bawak balik baby balm tok syed nih, Jasmeen teruja terus. Nak tau sebab apa? Sebab Jasmeen memang suka ubat.. ahaha.. kalau demam tu dia yang ambil ubat suruh suap dia. Alhamdulillah, senang kerja ibu. Sebelum tidur pon macam tu jugak. Ambil siap siap baby balm, sapu dekat dia.. Sebab Jasmeen pon selesema lagi nih. Jasmeen kata wangi. Zati tak bau pulak sebab hidung tersumbat kan. hahaa

Baby balm Tok Syed ni boleh pakai seisi keluarga. Sebab bahan yang digunakan adalah bahan semula jadi. Antara kandungan yang ada pada baby balm Tok Syed ialah lilin lebah, minyak kelapa dara, Minyak bunga matahari dan juga essential oil. Kalau ikutkan bahan ni memang tidak merbahaya kepada kita.


So far kami guna baby balm Tok Syed ni okay la. Sebab kami sekeluarga kena batuk selesema. Mudah sikit nak tidur tanpa gangguan. Rasa mudah nak bernafas dan rasa lega. Tapi zati letak lebih sikit la dekat bahagian hidung. Haritu sempat jugak tengok video testimoni diorang. Kiranya apa yang diorang rasa tu, sama la dengan zati. Cuba korang tengok video dekat bawah ni.


Apa yang zati suka tentang baby balm Tok Syed nih, dia tak panas sangat taw. So jasmeen tak la menjerit lepas pakai. hoho. Kalau korang nak try product ni untuk kurangkan selesema dan batuk korang KLIK DISINI  . Ataupon kalau nak cari pengedar ke boleh tengok SENARAI PENGEDAR. Selain daripada itu, korang boleh refer details dekat bawah ni. Harap dapat membantu

Website :

Facebook : 

Instagram : 

Contact number HQ:
016 826 2990 

Layan pulak video dekat bawah nih.. hoho







Jom Hadiahkan Set Enchanteur Kepada Yang Tersayang

Assalam. Bismillah.

Hai semua.. Siapa di sini peminat minyak wangi.. Sep sikit.. hihi. Harini zati nak cerita pasal koleksi terbaru daripada Enchanteur. Yang terbaru ni comel comel taw. Boleh selit selit dalam beg. Selain comel, kita juga boleh hadiahkan minyak wangi Enchanteur kepada yang tersayang. hihi.


Design yang mereka buat ni memang khas untuk dihadiahkan kepada yang tersayang. Yang zati cuba ni adalah set Belle Amour dan juga Romantic. Zati rasa yang ini khas diberikan kepada yang istimewa. Sebab bau dia pon lebih kepada sweet dan romantis gitu. Dia ada pelbagai lagi jenis set yang ada. Nanti boleh usha di LAZADA juga. Bila tengok jer reka bentuk ni rasa macam ekslusif sangat. Yerla, design dah la cantik, comel pulak tu, bau tok sah kata la. Memang wangi. Ini 15 ml.



Korang biasa bagi hadiah apa dekat orang tersayang? Biasa bagi bunga, coklat, beg, kasut kan? Why not kali ni bagi Perfume Enchanteur. Lagipon wangian ni memang dah terkenal dari dulu lagi. Nak dapatkan pon bukannya susah, dekat giant ada, dekat Tesco ada. Cari jer mana mana, mesti ada. 


Ada yang nak tahu berapa harga untuk set wangian gift by Enchanteur? Okay, untuk koleksi Enchanteur Paris Miniature  EDT Gift Set  ni, ianya berharga RM 34.90 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). Enchanteur Paris Mon Amie Gift Set berharga RM 23.50 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). Enchanteur Miniature Gift Sets dijual pada harga RM 34.90 di Semenanjung Malaysia & R, 36.70 di Sabah dan Serawak. 


Nak pakai yang mana satu dulu nih? hihi..