Serum Paling sesuai Untuk Semua Jenis Kulit : Ploles Serum

Assalam.. Bismillah.

Hai semua.. sihat ker? Harini nak jadi beautician.. Hmm.. betul tak eja gitu? hihi..Zati nak cerita pasal serum la. Dulu waktu pergi spa, doktor siap cakap lagi. Dalam banyak banyak jenis penjagaan wajah, serum dan sunblock merupakan perkara yang paling asas. So harini nak cerita tentang satu serum yang baru zati cuba. Nama dia Ploles Serum.


Kenapa nama dia Ploles Serum? Sebab bila korang sebut 2 3  ploles ploles nih, insyaa Allah, ploles la muka korang weh. Bukan susah pon nak ploles.. ahahaha.. Sambil sapu serum sambil sebut nama serum. Terus ploles.. huhu.. Macam nak merapu jer nih. ahahaha.

Okay. Serius sikit. Fungsi Ploles Serum ini adalah untuk membantu mencerahkan kulit, membantu mengawal lebihan minyak di muka, mengekalkan kelembapan kulit wajah, membantu kecutkan  jerawat dan membantu mengecilkan liang roma.


Waktu zati dapat Ploles Serum nih, zati tengok warna serum ni kaler coklat taw. Lepas tu baru zati tau yang Ploles Serum ni diperbuat daripada ekstrak asam jawa. No wonder kaler coklat. hihi. Biasanya jumpa serum kaler jernih jer kan. Asam jawa ni bagus sebab dia bantu untuk lembapkan wajah dan paling penting ada khasiat vitamin C. So sesiapa yang ada masalah kulit muka tu, boleh la cuba serum ni dulu. Mana tau, sesuai dengan muka korang ke.

Masa zati pakai Ploles Serum ni, bau dia wangi . Lepas tu dah sapu dekat muka, rasa macam segar kejap. Rasa tegang jer muka ni. Sebabnya, bukan ada ekstrak asam jawa sahaja, ada pelbagai lagi bahan dalam Ploles Serum. Korang boleh refer gambar dekat bawah ni .

Ploles Serum ni under produk Kaffrian . Sebelum ni zati guna Coffe Scrub dia. Korang boleh baca dekat sini  Bestnya Coffe Scrub .  Zati agak agak muka tak terjaga ker, zati pakai la scrub. Sental perlahan lahan lepas tu, pakai Ploles serum pulak.. huhu.. Memang best. Nak tau best ke tidak, korang cubalah pakai. hihi.

Macam mana nak dapatkan Ploles Serum ni? Korang boleh refer details di bawah ni.



Contact : 0111 446 5754


Kisah Jasmeen Di Hari Pertama Persekolahan

Assalam.

Hai semua.. Minggu ketiga baru sempat nak story pasal Jasmeen. hihi.. Jarang cerita pasal Jasmeen tapi kali ni nak tulis dalam blog sebab sampai bila bila ada. Nanti Jasmeen dah besar dia boleh tahu macam mana perasaan ibu dia.. hihi.


Sebelum naik sekolah kitorang laki bini dok cakap tak lama lagi Jasmeen nak sekolah dah.. Behave taw, jangan nangis, jangan buat kawan, dengar cakap cikgu dan macam macam lagi. Sebenarnya kami tak risau pergaulan Jasmeen sebab tahu dia jenis yang suka berkawan, yang paling kami bimbang ialah dia mudah sangat nak muntah.. Risau cikgu marah jer nanti. huhu. But so far alhamdulillah, Jasmeen muntah kadang kadang dan sebelum sampai sekolah jer.. Tak pernah lagi muntah dalam sekolah. Alhamdulillah.


Zati pulak malam tu tak lena tidur. Bukan apa, takut terbabas jer. Nanti lambat pulak anak ibu ni nak pergi sekolah. huhu. Babah siap ambil cuti taw. Ibu tak cuti tapi dah request masuk lambat. huhu. 

So hari pertama Jasmeen dekat sekolah nampak la dia happy. Ada jer budak budak nangis tapi Jasmeen cool lagi la. hihi. Kitorang tunggu di luar, si Jasmeen suruh kitorang balik.. Sabar jerla.. huhu. Bila Jasmeen dah masuk kelas baru kami beredar balik. Tapi dalam hati tak keruan.. Okay ke tak Jasmeen tu.. hihi.


Jasmeen jenis tak makan dekat sekolah. Tak tahu pasal apa so zati masak la apa yang dia nak makan. hihi. Tapi kekadang tak habis jugak. Tapi bila balik kelakar jer jasmeen nih.. Masuk rumah terus cari makanan, lapar katanya.. ahaha.. itu la, dekat sekolah tak nak makan.. hihi.

Masuk minggu ke 3 nih Jasmeen dah start nangis.. Eh. Dah kenapa? Rupanya Jasmeen rindu ibu.. huhu.. so sweet.. Sebenarnya zati pon teringat dekat dia.. Rupanya dia pon teringat kat zati.. hihi. Unik kan? 2 hari ingat ibu, lepas tu dah okay.. Alhamdulillah.. 


Jasmeen.. Ibu babah sayang meen taw. Nanti Jasmeen dah besar baca ni yer.. hihi


Tips Murah Rezeki

Assalam.. Bismillah.

Harini zati nak share beberapa tips untuk Allah permudahkan urusan dan rezeki melimpah luah. Kalau ikutkan mudah sahaja nak mencari rezeki, paling penting tahu macam mana nak menjemput rezeki.

So harini zati dapat beberapa tips daripda ustaz Ebit Lew. Harap dapan bantu korang semua. Yang penting kita ubah mindset kita. Nak apa apa mintak dengan Allah dulu. Okay la, tak nak cerita panjang, korang baca taw.


Zikir dan amalan untuk seluruh makhluk dilimpahkan rezeki.

1 . Zikir 

SUBHANALLAHIWABIHAMDIHI 100x
SUBHANALLAHILLAZIM 100x

Boleh baca zikir ini selepas subuh dan sebelum zuhur. Biasa zati baca 33x selepas solat sahaja. So lepas ni nak baca 100 la.. Lebih tak apa. Lagi Allah sayang kan? Bila Allah sayang rasa macam mudah jer hidup kita.


2 . Solat Dhuha. 

Disunatkan 2 rakaat tapi lebih banyak rakaat, lebih banyak kita bersyukur. Tadi sempat dengar ustaz ebit lew kata kalau 6 rakaat Allah akan makbul apa yang kita hajati.


3. Sedekah di awal pagi. 

Sebab di awal pagi malaikat akan mendoakan kita. Contohnya kita berbuat kebaikan di awal pagi, Malaikat akan berdoa. Ya Allah, kau permudahkanla urusan hamba mu ini ya allah kerana dia telah bersedekah dan memudahkan urusan orang lain.


4. Dapatkan doa daripada orang yang lemah.

Contohnya kita bantu anak yatim, orang miskin kemudian kita minta padanya supaya mendoakan kita.  Macam zati tak mintak banyak, kalau zati bantu orang yang lebih susah zati akan mintak dia mendoakan agar zati hamil anak yang kedua.

Allah tak pandang kekayaan kita
Allah tak pandang kecantikan kita
Allah tak pandang kereta besar kita
Tapi Allah pandang bagaimana hubungan kita dengan Allah.
Selain tips nih zati selalu sharing dekat FB bahawa setiap malam Al-Waqiah jangan lupa baca. Almulk pon sama. Tapi lagi afdal baca jer semua ayat al quran. Kalau fahami lagi la banyak pahala kita dapat.

Ada yang nak rezeki dia semakin banyak tak? Ada yang nak selesaikan hutang tak? Ada yang nak ahli keluarga hidup aman dengan kasih sayang? Zati suggest korang bacalah buku ini. 111 Formula Tarik Rezeki.  Korang boleh KLIK DISINI

Semoga kita semua dilimpahkan rezeki dan dipermudahkan semua urusan. Amiiin







Makanan Sedap Di IOI City Mall Putrajaya : Pak John Steamboat

Assalam.. Bismillah.

Hai semua.. Harini zati nak share tempat makan steamboat yang best. Nama kedai dia adalah Pak John Steamboat. Siapa penggemar steamboat, zati suggest korang cuba la dekat sini. Memang best. Ini kali ke berapa ntah kitorang pergi makan dekat sini. Kiranya kalau mengidam steamboat jer, mesti kami pilih Pak John Steamboat. hihi.

PAK JOHN STEAMBOAT

Kebiasaannya kami akan pergi ke E Curve Damansara tu ha, semata mata nak makan steamboat.. Gigih tak?  Bab makan kita kena pergi tempat yang sedap. Biar makan puas hati. Makan sedap, hati pon senang. hihi. Tapi sekarang dah tak perlu bersesak jem bagai sebab Pak John Steamboat dah ada dekat Ioi City Mall Putrajaya.. Wahh.. dekat sangat. Kalau dari Kajang ke IOI ambil masa dalam 20 minit macam tu.. huhu.

PAK JOHN STEAMBOAT
PAK JOHN STEAMBOAT

Nak tau tak sebab apa kami suka Pak John Steamboat? Sebab ini antara restoran steamboat yang menyediakan makanan yang segar. Dia punya seafood sangat la fresh. Antara seafood yang ada ialah ketam, kupang, udang, sotong, lala, pahat, kepah, dan macam macam lagi.  Zati memang penggemar seafood so memang ber jam jam la makan dekat sini.

PAK JOHN STEAMBOAT
PAK JOHN STEAMBOAT
PAK JOHN STEAMBOAT

Selain seafood, ada pelbagai menu lagi yang menarik. Antaranya ialah sayur sayuran segar, pelbagai jenis bebola, daging dan ayam yang diperap khas dengan pelbagai perisa, daging yang diimport daripada Australia,  aneka jenis mee dan macam macam lagi. Apa yang zati suka dengan Pak John Steamboat, selain bahan bahan yang fresh, kami suka dengan kuah sup dia. Pilihan kami adalah sup udang. Kalau ikutkan nak tomyam tapi takut Jasmeen tak tahan pedas pulak. Sup udang dia memang sedap. Kalau tak percaya, meh cuba.. huhu.

PAK JOHN STEAMBOAT
PAK JOHN STEAMBOAT

Selain itu, di Pak John Steamboat juga, terdapat pelbagai lagi makanan tambahan. Ada nasi goreng, mee goreng, dim sum, waffles, aiskrim dan pelbagai jenis air. Di antara keunikan Pak John Steamboat adalah, mereka menyediakan pelbagai jenis sos untuk dicicah bersama daging grill. Ya Allah, sambil tulis rasa macam lapar la pulak. hihi. Memang sedap. Rugi kalau tak cuba.

PAK JOHN STEAMBOAT
PAK JOHN STEAMBOAT

Lepas ni kalau ke IOI City Mall Putrajaya, kitorang memang akan pergi ke Pak John Steamboat la. Lokasi dia adalah di Ground Floor.. Area Starbuck, Coffe Bean. Alaaa.. Dekat area air pancut tu. Di bahagian luar. 

PAK JOHN STEAMBOAT
PAK JOHN STEAMBOAT

Nak tahu lebih lanjut mengenai Pak  John Steamboat ni, korang boleh rujuk maklumat di bawah ini. Oh yer.. Sebelum terlupa. Zati nak bagi tahu yang Pak John Steamboat ini adalah HALAL so boleh makan tanpa was was. hihi

PAK JOHN STEAMBOAT


Selangor
Pak John Steamboat
@curve Mall, 2 Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara,
47820 Petaling Jaya, Selangor
03-77333913

Putrajaya
Pak John Steamboat
LOT GE-11 Ground Floor
IOI City Mall Putrajaya
03-8957 1128