Rasai Kelazatan Makanan di The Hob Cafe Bandar Baru Bangi

Assalam.. Bismillah.

Soalan paling susah di dunia.. Nak makan dekat mana hari ni? Ataupon. Nak makan apa harini?
Nampak simple tapi pening taw. hahaha. Nak pulak duduk di area Bangi/ Kajang nih. Punya la banyak kedai makan sampai tak termakan. Last sekali masak telur goreng makan dengan kicap jer.. Tapi bahaya jugak menu nih. Nanti bertambah pula nasi. hihi.

THE HOB

So kali nih Zati nak share tempat makan istimewa di Bandar Baru Bangi. Dah penat shopping kita pergi makan la.. Apa lagi. Tak kan nak mencari perhiasan diri jer. Perut nak jugak diisi. Yang pasti kena sedap la, baru la puas hati. Zati suggest bila korang berada di Bangi, korang try The Hob. Restoran ini ada pelbagai menu. So jom kita cuba menu yang menjadi pilihan orang ramai.

THE HOB

Kalau ikutkan ini kali ke dua Zati pergi ke The Hob. Haritu pergi dengan family. Sekarang nih dengan kawan kawan pulak. Amacam gambar dekat atas tu? Mengancam tak? Itu antara menu yang famous di The Hob. Nama menu dia ialah The Hob Burger. Zati tak ingat ada berapa lapisan daging yang pasti ada telur dalam tu. Nanti bila makan, telur kuning tu akan cair.. Siapa penggemar burger memang masyuk la rasa. Patty daging dia pula memang secret resepi. Ianya diolah oleh pengasas The Hob. Patty burger nih agak tebal. Kalau zati suka garing garing sikit. Baru sedap. hihi.

THE HOB
THE HOB

Bagi korang yang nak cuba yang simple simple ke, korang boleh cuba makan menu nih Crispy Cheezy Ponini. Dia punya cheeze memang terbaik. Tertarik tarik kot masa makan. Tapi apakan daya, disebabkan rasa yang sedap, zati tak sempat nak snap dia punya tarik. Ahaha.. Untuk Crispy Cheezy Ponini dia ada 4 jenis. Korang boleh pilih sama ada nak  yang Tuna, Chicken Slice, Beef Slice ataupon Egg. Kalau zati datang sini, zati nak order yang ni lagi. Memang sedap.

THE HOB
THE HOB

Antara menu burger lain yang dapat zati rasa di The Hob cafe ini ialah Premium Burger. Kalau tak silap ada 2 patty burger dan juga fries. Kalau penggemar ayam, korang boleh cuba  Hunger Chicken Burger. Ikut atas citarasa, Zati lebih gemar yang garing garing.. Yerla, bab makan nih berbeza ikut tekak masing masing. Kot kot la korang macam zati ke kan, nanti boleh la request nak garing sikit. hihi.. Nak lagi rare, korang order Crazy Burger.. Mohon korang jangan jadi gila pulak sebab yang nih tinggi kot burger dia. Ahahaha.. Yang nih tak sempat snap. Mintak maaf yer.. hihi.

THE HOB

Yang jenis tak suka makan burger macam mana pulak? Ada jer menu lain. Tapi Zati tertarik dengan menu Mee Kari The Hob.. Ya ampunnn.. Rasa kuah kari dia power. Memang kena dengan taste zati yang cerewet bab bab makanan nih. Pekat, pedas, secukup rasa lah orang kata. Yang ni pon ada potensi nak repeat lagi. hihi. Akhirnya dah jumpa tempat makan sedap di Bangi

THE HOB

Bagi yang malas nak bersesak masuk kawasan Bangi Sentral tu, korang boleh cuba di Food Truck The Hob di kawasan parking depan PKNS tu. So, macam mana? Terliur ke tak? Untuk pengetahuan korang jugak, kalau nak buat majlis hari jadi ke, nak buat majlis bride to be ke, boleh jer nak buat disini. Call dan buat tempahan. Nak tau lebih lanjut, korang boleh refer details di bawah ini.

THE HOB


Alamat 
NO 5 - G-01 Jalan Medan PB2A
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi

Contact Number 
03- 8926 8878

Opening Hour 
11.30 am- 9.00 pm ( Isnin tutup)

FB

IG




Post a Comment

3 Comments

  1. WoW.... Boleh masuk list untuk disinggah ni...

    ReplyDelete
  2. wah, tak perasan restoran ni lalu kt bangi sentral..bangi memang by kedai makan, cuma tak tahu kt mana sedap utk taste kami

    ReplyDelete
  3. berdebar kelaparan kita wakkkkk tengok entry ni..kekekeke...

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)