Losyen Haruman Badan Enchanteur Mampu Menyerikan Hidup Anda

Assalam.. Bismillah.

Hai semua.. Siapa dekat sini yang suka pakai losyen? Korang suka pakai losyen jenama apa ea?
Zati dari dulu sampai la sekarang suka pakai losyen daripada Enchanteur. Tak tau la kenapa. Mungkin sebab wangian dia memang segar dari dulu kot. hihi.


Wangi kan? Feveret zati semestinya yang kaler pink ( Enchanteur Romantic) tu.. hihi.. Korang tau tak kenapa kita digalakkan pakai losyen nih? Sebenarnya losyen ini membantu untuk mengekalkan kelembapan kulit kita. Kan kita sering terdedah dengan cahaya matahari. So, pakai losyen dapat membantu la.

Lagi satu, cara untuk memastikan kulit kita sentiasa segar dan lembab adalah dengan minum air secukupnya.. Kesihatan pon terjaga juga. Tapi dengan penggunaan losyen. Kulit kita jadi extra lembab la macam tu. Nampak fresh jer.. hihi..Paling best kulit pon lembut. Nanti nak salam dengan orang tak ada lah nak malu sangat.. hihi.

Sebenarnya Enchanteur baru melancarkan losyen yang terbaru iaiti Enchanteur 24H moist losyen haruman badan.  Fuuhh , panjang nya nama dia.. Sama panjang dengan kelebihan dia. 24H tu.. huhu. Ianya ekstrak air mawar dan juga bunga lily.. Hmm.. padanla wangi semacam.


Nak tau tak kenapa zati suggest penggunaan Enchanteur 24H moist losyen haruman badan nih?
Sebab zati dah try. Antara kelebihan yang zati dapat share dengan korang ialah losyen ini berasaskan air. So ianya tidak melekit atau berminyak tak kira kira sapu dekat badan ataupon tangan.

Lagi satu. kelebihan air mawar losyen Enchanteur (Romantic)  ni juga membantu sebab ianya mampu menghidratkan kulit. Untuk ekstrak bunga lily ( Charming) pulak, kaya dengan asid amino dan mineral. Hmm. Sebab tu kulit korang akan rasa lembap dan paling penting bau wangi kan?

Barang barang Enchanteur nih semuanya mampu milik uols. Yang zati cerita nih berharga RM 11.90. Boleh didapati di semua pasaraya besar dan farmasi. 


Rasai Kelazatan Makanan di The Hob Cafe Bandar Baru Bangi

Assalam.. Bismillah.

Soalan paling susah di dunia.. Nak makan dekat mana hari ni? Ataupon. Nak makan apa harini?
Nampak simple tapi pening taw. hahaha. Nak pulak duduk di area Bangi/ Kajang nih. Punya la banyak kedai makan sampai tak termakan. Last sekali masak telur goreng makan dengan kicap jer.. Tapi bahaya jugak menu nih. Nanti bertambah pula nasi. hihi.

THE HOB

So kali nih Zati nak share tempat makan istimewa di Bandar Baru Bangi. Dah penat shopping kita pergi makan la.. Apa lagi. Tak kan nak mencari perhiasan diri jer. Perut nak jugak diisi. Yang pasti kena sedap la, baru la puas hati. Zati suggest bila korang berada di Bangi, korang try The Hob. Restoran ini ada pelbagai menu. So jom kita cuba menu yang menjadi pilihan orang ramai.

THE HOB

Kalau ikutkan ini kali ke dua Zati pergi ke The Hob. Haritu pergi dengan family. Sekarang nih dengan kawan kawan pulak. Amacam gambar dekat atas tu? Mengancam tak? Itu antara menu yang famous di The Hob. Nama menu dia ialah The Hob Burger. Zati tak ingat ada berapa lapisan daging yang pasti ada telur dalam tu. Nanti bila makan, telur kuning tu akan cair.. Siapa penggemar burger memang masyuk la rasa. Patty daging dia pula memang secret resepi. Ianya diolah oleh pengasas The Hob. Patty burger nih agak tebal. Kalau zati suka garing garing sikit. Baru sedap. hihi.

THE HOB
THE HOB

Bagi korang yang nak cuba yang simple simple ke, korang boleh cuba makan menu nih Crispy Cheezy Ponini. Dia punya cheeze memang terbaik. Tertarik tarik kot masa makan. Tapi apakan daya, disebabkan rasa yang sedap, zati tak sempat nak snap dia punya tarik. Ahaha.. Untuk Crispy Cheezy Ponini dia ada 4 jenis. Korang boleh pilih sama ada nak  yang Tuna, Chicken Slice, Beef Slice ataupon Egg. Kalau zati datang sini, zati nak order yang ni lagi. Memang sedap.

THE HOB
THE HOB

Antara menu burger lain yang dapat zati rasa di The Hob cafe ini ialah Premium Burger. Kalau tak silap ada 2 patty burger dan juga fries. Kalau penggemar ayam, korang boleh cuba  Hunger Chicken Burger. Ikut atas citarasa, Zati lebih gemar yang garing garing.. Yerla, bab makan nih berbeza ikut tekak masing masing. Kot kot la korang macam zati ke kan, nanti boleh la request nak garing sikit. hihi.. Nak lagi rare, korang order Crazy Burger.. Mohon korang jangan jadi gila pulak sebab yang nih tinggi kot burger dia. Ahahaha.. Yang nih tak sempat snap. Mintak maaf yer.. hihi.

THE HOB

Yang jenis tak suka makan burger macam mana pulak? Ada jer menu lain. Tapi Zati tertarik dengan menu Mee Kari The Hob.. Ya ampunnn.. Rasa kuah kari dia power. Memang kena dengan taste zati yang cerewet bab bab makanan nih. Pekat, pedas, secukup rasa lah orang kata. Yang ni pon ada potensi nak repeat lagi. hihi. Akhirnya dah jumpa tempat makan sedap di Bangi

THE HOB

Bagi yang malas nak bersesak masuk kawasan Bangi Sentral tu, korang boleh cuba di Food Truck The Hob di kawasan parking depan PKNS tu. So, macam mana? Terliur ke tak? Untuk pengetahuan korang jugak, kalau nak buat majlis hari jadi ke, nak buat majlis bride to be ke, boleh jer nak buat disini. Call dan buat tempahan. Nak tau lebih lanjut, korang boleh refer details di bawah ini.

THE HOB


Alamat 
NO 5 - G-01 Jalan Medan PB2A
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi

Contact Number 
03- 8926 8878

Opening Hour 
11.30 am- 9.00 pm ( Isnin tutup)

FB

IG




Telekung Qasha : Biar Hati Berbicara

Assalam. Bismillah.

Hai semua. Baru baru nih Zati berkesempatan pusing pusing di Bangi Sentral. Lepas tu tertarik pulak dengan satu butik telekung  nih. Dari luar nampak menyerlah. Nama butik tu Telekung Qasha. Dari luar kedai pon nampak cantik, dalam hati Zati mesti koleksi telekung dia pon menarik.

TELEKUNG QASHA

Bila masuk ke dalam butik Telekung Qasha ini, Zati disambut ramah oleh pekerja di situ. As usual Zati seorang yang mesra alam, so banyak la soalan yang ditanya. Kalau korang nak tau, nama Telekung Qasha ni diberikan kerana nama bapa pengasas ini ialah Tuan Haji Akashah Hj Abdul Samad. So diorang komersial kan nama itu menjadi Qasha. Pemilik Telekung Qasha ini iaitu Puan Hajah Azilah sempat bercerita mengenai koleksi telekung ini.

TELEKUNG QASHA
TELEKUNG QASHA

Semua design Telekung Qasha ini direka oleh pengasanya sendiri yang berpengalaman selama  2 tahun dalam bidang jahitan. Telekung Qasha ini mempunyai 3 jenis telekung yang namanya di ilhamkan daripada nama anaknya. Telekung Qasha juga mempunya 2 jenis keluaran iaitu Standard dan juga Premium.

TELEKUNG QASHA

Okay. Jom kita tengok macam mana Telekung Qasha jenis Telekung Tasha . Menariknya telekung nih, bahagian dagu dibesarkan untuk menutup ruang rahang dagu. Yang ni sesuai bagi mereka yang berwajah besar. Nampak runcing uols. hihi. Tapi semua orang boleh pakai. Setiap telekung mesti ada renda yang menarik kan? So bagi design Telekung Tasha ini, renda di ilhamkan daripada bunga reflesia. Nampak elegan disitu. Sesuai juga dijadikan hantaran.

TELEKUNG QASHA

Bagi Telekung Dalifa pula, ianya mempunyai corak muka yang berbeza dimana di bahagian dagunya di tarik hingga kebawah sedikit dan menampakkan muka tirus dan lebih kecil. Tapi yang pasti masih menutup aurat dengan sempurna.

TELEKUNG QASHA

Telekung Zulaika pulak berbeza sedikit. Dibahagian kepala ia berombak ombak. Kelebihan Telekung Qasha  ini ialah, render nya yang ringan dan kain spun polyster dan likra yang senang dicuci dan dilipat. Kain sejuk orang kata. Lepastu nak basuh pon mudah sahaja. Yang pasti kain Telekung Qasha ini tidak jarang dan sesuai untuk dipakai untuk melakukan ibadah.

TELEKUNG QASHA

Kualiti render Telekung Qasha juga menarik sebab design render diilhamkan daripada corak bunga raflesia. Dan yang menariknya, setiap design mempunyai huruf "Q" di bahagian renda kepala. So, bila pakai orang dah boleh agak.. Oooo.. nih koleksi daripada Telekung Qasha nih. hihi

TELEKUNG QASHA

Kalau korang nak tau, setiap design Telekung Qasha nih semuanya sedap dipakai. Contohnya dibahagian kepala, ada render 10cm dimana korang akan kelihatan lebih kemas. Kegunaan kain likra pula diletakkan dibahagian dagu. So senang kalau korang nak adjust mengikut bentuk muka. Ukuran Telekung Qasha ialah 97.5cm daripada bahagian kepala ke dada. Yang belakang pula menutup bahagian belakang.

TELEKUNG QASHA

Anggaran bagi panjang midi untuk Telekung Qasha ialah 100 cm ke 101 cm. Panjang telekung daripada bahagian atasnya ialah 120cm ke 121 cm dan anggaran kain ialah 128cm ke 130 cm. Tapi kalau korang nak request yang lagi labuh pon boleh. Boleh buat tempahan dan akan disiapkan dalam masa 3 minggu. Tengok di website macam tengah sale.. Apa lagi korang.. Meh la serbu.. hihi

TELEKUNG QASHA

So, lepas nih korang dah tau la yang Telekung Qasha ini sangat sesuai dipakai ketika mengerjakan Haji dan Umrah, solat Terawih ataupon solat harian. Yang menariknya, setiap pembelian akan memiliki kotak. Sangat sesuai dijadikan hantaran ataupon hadiah. Senang tak payah nak design cantik cantik sebab memang dah nampak cantik. So, kalau korang nak tahu lebih details mengenai Telekung Qasha ini, korang boleh tengok  di bawah ni.

Alamat :
6-25-01 Jalan Medan Pusat PB8A
Pusat Bandar Baru Bangi
Bangi Sentral
43650 Banda Baru Bangi
Selangor

Contact Number :
03- 89280699

Website:

FB

IG


Nikmati Hidangan Lazat di Tex Cafe Texas Chicken di Suria Mall KLCC

Assalam. Bismillah.

Masa 1st time makan dekat Texas Chicken, rasa macam dah falling in love dekat fast food.. hahaha.. kemain kan? Walaupon kita tak boleh makan selalu tapi kami sekeluarga memilih Texas chicken sebagai menu utama jika nak ber cheat day. Yang paling penting, kita boleh cuba aneka jenis minuman sebab kita boleh refill air. hihi.

Untuk pengetahuan korang, dekat KLCC pon ada Texas Chicken. Dah la situ tempat tumpuan ramai. Memang meriah la Texas chicken dekat sana. Tapi yang lebih menarik, sebelah Texas chicken nih, ada Tex Cafe.


Tex Cafe nih apa pulak? Nih adik beradik dengan Texas Chicken ker? Haa.. Jawapan nya memang yer.. Kebiasaannya, kalau Texas chicken kita dihidangkan dengan ayam goreng yang lazat, burger yang menyelerakan dan pelbagai menu lain lagi.Tetapi untuk Tex Cafe pulak, ianya lebih kepada dessert atau menu sampingan tapi yang pasti menyelerakan. Antara menu yang disediakan oleh Tex Cafe ialah Honey Butter Biscuits dan juga Chocolate Chip Biscuits.. Hmm Sedap jugak nih. Biasa zati beli aiskrim strawbey lepas tu makan dengan Honey Butter Biscuits.


Bukan itu sahaja, terdapat menu lain lagi yang memang menyelerakan di Tex Cafe. Contohnya ada Strawbey Shortcakes, Chocolate Shortcakes, Chocolate Volcano, Cheesecakes, Red Velvet Muffin, Chocolate Chip Muffin dan Jalapeno Cheese Bomber. Tak lengkap rasanya menu menu ini kalau tak disediakan dengan minuman kan?


Haa.. Kalau korang berada di Tex Cafe, korang boleh mencuba menu minuman ini. Ada Hot Chocolate, Mocha, Cappucino, Americano, Flat White, Latte dan Expresso. Kalau untuk soft drink pula, ada Southern Sweet Tea, Latte dan juga Chocolate. Mohon korang jangan pening nak order menu apa nanti.. hihi.


Korang sepatutnya masa berada di Tex Cafe nih, korang perlu bangga tau. Yerla, Texas Chicken di KLCC merupakan cawangan yang ke 42. Manakala Tex Cafe merupakan cawangan pertama. Bukan di Malaysia tapi di dunia.. Sebab ia merupakan cawangan Texas Chicken yang berkonsepkan cafe yang pertama di Malaysia dan juga di dunia..Waahhh.. Hebat ke idok?


Antara menu yang Zati sempat rasa di Tex Cafe ialah Red Velvet Muffin dan juga  Chocolate Chip Muffin.. Rasanya sedap dan yang paling penting, ianya kurang manis taw. Just nice je rasa dia.. Memang terbaik la. Kawan kawan zati kata Cheese cake pon sedap jugak.. Hmm.. Nanti nak try la.


Selain menu yang menarik, kemudahan di Tex Cafe ini sangat bagus. Ruang makan yang mesra pelanggan, banyak pilihan meja dan kerusi, kemudahan wifi dan juga terdapat plug socket untuk para pengunjung.. Hmm. Semakin ramai la yang akan bersantai sambil menikmati menu di Tex Cafe di Suria Mall KLCC.




So yang mana peminat Texas Chicken, korang wajib cuba Tex  Cafe pula.. Untungla siapa yang bekerja di Suria KLCC tu, hari hari boleh pergi kot. Dah bosan makan ayam, burger semua tu, makan pula cake dan Latte.. Waahh. A good combination.



"Tahniah Texas Chicken. Its a Crunch Time"