Jom Pergi Ke Pameran KL Biennale 2017 di Balai Seni Negara

Assalam. Bismillah.

Hai semua.. Jom kita meriahkan Pameran Kl Biennale dekat Balai Seni Negara. Zati tak pernah lagi pergi ke pameran macam nih. Tapi mesti rasa teruja sebab banyak lukisan yang akan dipamerkan. Kalau ikutkan , pameran ini akan berlangsung dari 1 November 2017 sehingga 30 Mac 2018. Yang penting, masuk adalah percuma.. hihi.


Pameran KL Biennale ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia pada 23 November 2017 di Balai Seni Negara.


Pameran KL Biennale ini meliputi 114 orang pelukis termasuk warga tempatan dan juga pelukis antarabangsa. Antaranya mereka terdiri daripada Indonesia, Kemboja, Filipina, Singapura, India, Bangladesh, Palestine, Sweden dan juga Jepun. Ada juga pelukis Malaysia yang menetap di luar negara seperti di Italy, Denmark, Paris, USA dan banyak lagi.


Pameran KL Biennale 2017 ini bertemakan BELAS. Maksudnya seperti keprihatinan, dan juga kasih sayang. Zati setuju yang melalui lukisan juga, kita boleh rasa atau faham gambaran yang ingin disampaikan. Tapi bagi siapa yang betul betul berseni, mesti dia dapat merasakan lagi kan?


Memandangkan setiap pelukis datang dari pelbagai tempat, maka hasil lukisan juga berbeza. Jadi kita pon boleh agak kalau lukisan yang macam nh. ianya dilukis oleh pelukis dari negara apa. Setiap lukisan mempunyai maksud yang tersendiri. Kreatif sungguh diorang nih.


So, zati selitkan sedikit objektif  KL Biennale 2017 ini. Tujuan utama Kuala Lumpur Biennale diadakan adalah untuk memperluaskan jaringan & kerjasama Balai Seni Negara dan inginmemastikan pembanguan industri seni kontemporari yang memartabatkan seni tempatan di persada seni dunia. Selain itu juga, kita boleh memperkenalkan identiti Malaysia yang kaya dengan pelbagai senu budaya agar menyerlah di mata dunia. Paling penting sekali, dapat memupuk nilai nilai murni budaya Malaysia mengikut tema KL Biennale 2017iaitu berkonsepkan BELAS.


Selepas ini, Kuala Lumpur Biennnale juga telah merancang untuk melakukan beberapa program sokongan kepada mereka yang hadir ke Pameran KL Biennale  ini. Kalau nak tau lebih lanjut, boleh layari maklumat di bawah ini.

Website : 

Facebook : 

Instagram :

1 comments: