Jom Pergi Ke Pameran KL Biennale 2017 di Balai Seni Negara

Assalam. Bismillah.

Hai semua.. Jom kita meriahkan Pameran Kl Biennale dekat Balai Seni Negara. Zati tak pernah lagi pergi ke pameran macam nih. Tapi mesti rasa teruja sebab banyak lukisan yang akan dipamerkan. Kalau ikutkan , pameran ini akan berlangsung dari 1 November 2017 sehingga 30 Mac 2018. Yang penting, masuk adalah percuma.. hihi.


Pameran KL Biennale ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia pada 23 November 2017 di Balai Seni Negara.


Pameran KL Biennale ini meliputi 114 orang pelukis termasuk warga tempatan dan juga pelukis antarabangsa. Antaranya mereka terdiri daripada Indonesia, Kemboja, Filipina, Singapura, India, Bangladesh, Palestine, Sweden dan juga Jepun. Ada juga pelukis Malaysia yang menetap di luar negara seperti di Italy, Denmark, Paris, USA dan banyak lagi.


Pameran KL Biennale 2017 ini bertemakan BELAS. Maksudnya seperti keprihatinan, dan juga kasih sayang. Zati setuju yang melalui lukisan juga, kita boleh rasa atau faham gambaran yang ingin disampaikan. Tapi bagi siapa yang betul betul berseni, mesti dia dapat merasakan lagi kan?


Memandangkan setiap pelukis datang dari pelbagai tempat, maka hasil lukisan juga berbeza. Jadi kita pon boleh agak kalau lukisan yang macam nh. ianya dilukis oleh pelukis dari negara apa. Setiap lukisan mempunyai maksud yang tersendiri. Kreatif sungguh diorang nih.


So, zati selitkan sedikit objektif  KL Biennale 2017 ini. Tujuan utama Kuala Lumpur Biennale diadakan adalah untuk memperluaskan jaringan & kerjasama Balai Seni Negara dan inginmemastikan pembanguan industri seni kontemporari yang memartabatkan seni tempatan di persada seni dunia. Selain itu juga, kita boleh memperkenalkan identiti Malaysia yang kaya dengan pelbagai senu budaya agar menyerlah di mata dunia. Paling penting sekali, dapat memupuk nilai nilai murni budaya Malaysia mengikut tema KL Biennale 2017iaitu berkonsepkan BELAS.


Selepas ini, Kuala Lumpur Biennnale juga telah merancang untuk melakukan beberapa program sokongan kepada mereka yang hadir ke Pameran KL Biennale  ini. Kalau nak tau lebih lanjut, boleh layari maklumat di bawah ini.

Website : 

Facebook : 

Instagram :

Koleksi Comel Daripada Enchanteur

Assalam. Bismillah.. Hai semua.

Harini nak story mory tentang Enchanteur perfume.. Hmm.. Wangian Enchanteur ni tak pernah mengecewakan. Tak wangi tak sah orang kata. hihi. Yang terbaru ni, ada koleksi yang kecil. So, lepas ni korang boleh sembur zas zas zas la.. Tapi tak payah nak zas zas sangat la. Sebab yang ni jenis roll on.. huhu. Yang pasti menjimatkan.. 


Comey ke idok? Nak tau tak kenapa ada beg disitu.. Haa.. tu nak bagi tahu yang kalau guna perfume enchanteur nih, boleh selit dalam beg sekali.. So, tak ada alasan korang tak mewangi sepanjang hari. Lagi satu, boleh letak dalam poket jugak. Suruh la boyfriend ke, suami ke bawak. Lagipon wangian enchanteur nih boleh jer kalau lelaki nak pakai pon.

Yang sebenarnya, untuk koleksi nih nama dia Enchanteur Paris Petite Parfum. Nama timangan zati bagi si comel Enchanteur. hihi. Sebab kecik kan, comel la panggil..  Enchanteur Paris Petite Parfum ni ada 4 jenis.




Enchanteur Paris Petite Parfum - Jolie (Lovely)

Yang ni warna biru. Bau dia lembut, tak berapa kuat sangat. Yang pasti bau ni, anak zati si jasmeen tu dah booking siap siap.. hmm.. pandai dia pilih. huhu. Wangian ni lebih kepada Rose, Honey dan Pear. 

Enchanteur Paris Petite Parfum - Cheri ( Darling)

Yang ni pulak warna oren. Yang ni kombinasi antara Apple, Cherry Blossom dan juga Vanilla. Tak tau nak explain macam mana tapi cuba korang tengok bahan wangian tu. Kalau apple memang wangi, Cherry macam manis manis macam tu kan? vanilla pulak memang bau vanilla la.. hihi.. Bila bergabung, fuuh.. Memang wangi.. Nanti korang cuba taw.


Enchanteur Paris Petite Parfum - Belle Amour ( Beautiful Love )

Okay, yang ni pulak kaler pink. Kalau perempuan pakai nih rasa macam lembut jer. Rasa macam tengah dating dekat Paris.. hihi.. Yang ni campuran Apple Melon, Blackcurrant dan Pink Rose Paris.. Disebabkan campuran ni, terus rasa macam nak romantik dengan en suami.. Ehhh.. hahaha

Enchanteur Paris Petite Parfum - Adore ( Adorable)

Campuran wangian daripada Wild Jasmine, Pink Mimosa dan Golden Pear. Siapa nak pergi dating ker, candle light dinner ker. Cuba la wangian yang Adore nih.. Bukan apa, bila wangian nih rasa nak romantik tu lebih sikit. Yang pasti, kalau nak romantik lebih lebih, sila kahwin dulu.. hihi. Yang ni color purple.


Dekat mana nak dapatkan Enchanteur Paris Petite Parfum nih? Macam biasa boleh dapatkan di  Watson, Guardian, Aeon, Giant dan pasaraya besar yang lain. Harga mampu milik.. RM 9.90 sahaja dan RM 10.40 untuk Sabah Serawak. Untuk maklumta lebih lanjut boleh layari facebook dan website mereka.













Karnival Upin Upin 2017 Di Maeps Serdang Memang Luar Biasa

Assalam. Bismillah.

Alhamdulillah. Hari ni dapat spend time dengan Jasmeen di Karnival Upin Ipin yang berlangsung di  Maeps Serdang. Karnival ini bermula dari 24 November sehingga 26 November 2017. Memandangkan cuti persekolahan telah bermula, karnival ini memang sangat menarik untuk meluangkan masa dengan anak anak. Pada tahun ini, ianya bertemakan Upin Ipin Luar Biasa. 

Kalau mengikut jadual yang diberikan, Karnival Upin Ipin  ini bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam. So ibu bapa boleh timing masa mengikut jadual yang ditetapkan. Tetapi yang pasti anak anak akan terhibur dengan setiap aktiviti yang dijalankan. Jasmeen memang sangat sangat teruja la. Biasa tengok dalam TV sahaja, ini dah ada depan mata sampai tak tahu nak ambil gambar dimana. hihi

Nanti setiap sorang akan memiliki nota kecil untuk melakukan task. Actually task ni menarik juga sebab kita akan bergambar di setiap tempat yang menarik. Zati tengok bukan anak anak je seronok, mak ayah pon teruja sekali bila berada di Karnival Upin Ipin. Bila dah siapkan task, korang akan memiliki Medal Upin Upin. Ada 5 kategori, so ada 5 medal yang akan dapat dimenangi.


Antara yang menarik di Hall A Karnival Upin Ipin ialah terdapat Tadika Mesra, Taman Mesra, Rumah Opah, Dinasour, 3D Mural, Sesi soal jawab bersama Kak Ros dan pelbagai lagi aktiviti dan tempat menarik yang menjadi perhatian di Karnival Upin Ipin 2017 di Serdang ini. Kalau bernasib baik, anda semua boleh bergambar dengan semua maskot Upin Ipin dan kawan kawan beserta penampilan istimewa Ultraman ribut.


Antara aktiviti menarik di  Hall C Karnival Upin Ipin 2017 ialah ada persembahan daripada Upin Ipin bersama kawan kawan, Puteri Limau, pada zaman dahulu dan yang paling anak anak teruja ialah persembahan daripada Ultraman Ribut. Zati nih jarang tengok Ultraman tapi persembahan ni seronok pulak sebab tunjuk mereka beraksi.

Di Hall C Karnival Upin Ipin 2017 ini juga terdapat Dadudido bot aktiviti, pertandingan mewarna, make over puteri, maze pada zaman dahulu, dan macam macam lagi. Di samping itu, terdapat pelbagai jenis jualan yang disediakan dan istimewanya ada kiosk jualan ayam goreng Upin Ipin.


Memandangkan Karnival Upin Ipin 2017 ini dijalankan pada waktu cuti sekolah, memang ramai yang akan datang ke sini. So dinasihatkan agar datang awal untuk mengelakkan kesesakan. Untuk parking pula, korang parking di tempat yang disediakan, kemudian ada tram yang akan mengambil anda untuk pergi ke Hall.


Secara keseluruhan, Karnival Upin Ipin 2017 ini sangat seronok dan acara yang dijalankan sangat teratur. Sama dengan tema mereka, Upin Ipin Luar Biasa memang betul betul luar biasa. Insyaa Allah, kita turut gembira melihat anak anak teruja dengan semua aktiviti yang disediakan.. Sambil berseronok, anda semua boleh memenangi cabutan bertuah.. Seronok weh. Tak sia sia pergi ke Karnival Upin Ipin. Penat sikit tapi berbaloi.


Boleh dapatkan tiket secara online di UpinInStore.com atau boleh walk in dan dapatkan di Hall C.


Tahniah Les' Copaque!


Asianic Merupakan Produk Terbaik Untuk Penjagaan Diri

Assalam . Bismillah.

Beberapa hari lepas Zati start pakai produk Asianic.. Sebelum nih zati pakai yang kaler pink. Yang tu Bunga Sakura / cherry blossom. Sekarang ni zati try yang kaler gold pulak iaitu Susu Beras / rice milk.. Apa lagi, ber spa la dekat rumah.. hihi.


Bila mood datang tu rajin, ape lagi, habis semua zati guna. So mula mula zati try yang Body Scrub Asianic. Dalam hati bedal jerla sakit sakit pon sebab tau kalau scrub memang kasar. Tapi bila dah start sapu dekat kulit rasa macam waahhh.. Tak sakit.. Kiranya tekstur scrub nih tidak terlalu kasar, just nice. Bukan apa, sebab before nih zati memang amalkan scrub susu beras tapi jenama lain la. Compare yang ni, tekstur dia lagi lembut. Untuk pengetahuan korang jugak, disebabkan scrub nih lembut dan wangi, maka bolehla scrub dekat muka.  Nanti dapatla rasa yang kulit muka makin lembut.


Waktu mandi kita try pulak Shower Cream Rice Milk Asianic. Apa yang zati dapat rasa ialah bau dia sangat wangi. Sesetengah sabun akan buat badan macam melekit macam tu, tapi yang Asianic tak pon. Lepas ni memang nak guna Asianic jer la. huhu. Lagipon kulit jadi lembut kot.

Sebelum tidur tu pakai pulak Losyen Asianic.. Yang pasti anak pon join sekali. Sebab wangi, husband pon hulur tangan sekali.. Okay la tu. Satu family boleh pakai. ahaha.. Siapa yang kulit dia selalu kering tu boleh la pakai losyen daripada Asianic. Tak pon kalau ada masalah tumit kaki merekah ke, boleh juga cuba letak di tumit kaki. Insyaa Allah, kulit kaki akan jadi okay. Silap hari bulan lembut macam baby.. hihi


Antara bahan  utama yang terkandung dalam Asianic ini adalah daun lidah buaya, dan akar kayu manis.  Dimana bahan ini membantu untuk menanggalkan lapisan kulit mati dengan lembut dan berkesan. Lagi satu tips zati, selepas menggunakan scrub, korang perlu pakai losyen pulak bagi lembutkan lagi kulit. Selain itu, penggunaan susu beras memang berkesan untuk putihkan kulit juga.


Korang tak perlu risau, Asianic nih memang selamat digunakan kerana ada lulusan KKM dan juga  mendapat status Halal daripada JAKIM. Semua produk Asinic boleh didapati di Watson, Guardian, Tesco dan semua pasaraya besar. Bagi kaki online, korang boleh beli di Shopee, AladdinStreet.com, Lazada, 11 Street dan coopmall.my. Nak tahu update terkini boleh layari social media Asianic.


ASIANIC 

Contact :
+603 778 263 08

Facebook 

Instagram 








Nivea Care Run Putrajaya : Protects What You Care

Assalam. Bismillah.

Hai semua. Korang perasan tak, ada beberapa minggu lepas Zati ada share pasal Nivea Care Run yang akan diadakan di Putrajaya. So, pada 29.10.2017 haritu Zati pergi la join di Kompleks Sukan Air Presint 6 Putrajaya. Ingat waktu  Zati sampai tu, dah kira awal dah, mesti tak ramai orang, sekali dah ramai yang datang. Untuk pengetahuan semua, seramai 2,500 peserta yang mengikuti acara Nivea Care Run kali ini. Walaupon berlangsung awal pagi, acara ini telah dihadiri oleh artis tempatan iaitu Siti Saleha, Nadia Heng dan Fiqrie. Walaupon busy, aktiviti sihat ni mereka sempat ikuti. Paling penting Jasmeen sempat selfie. hihi.

DEODORANT NIVEA PROTECT & CARE

Sebenarnya tujuan  Nivea Care Run mengadakan aktiviti nih adalah nak menekankan tentang kepentingan menjaga kulit di bawah lengan. Sebab kalau korang nak tahu kan, product NIVEA nih dia bebas alkohol, ada NIVEA esen cream dan baunya wangi dan lembut. Kalau korang menggunakan NIVEA, korang akan sentiasa segar sepanjang hari tanpa diganggu bau yang kurang enak. hihi.
 NIVEA CARE RUN

Seperti biasa, sebelum acara larian, ianya dimulakan dengan sesi memanaskan badan. Seronok tengok diorang semua. Yerla, bila dah yakin dengan kualiti perlindungan bawah lengan, nak buat aktiviti cergas pon tidak kisah. Guna jer produk NIVEA, pasti kekal segar sepanjang hari.

 NIVEA CARE RUN
 NIVEA CARE RUN

Selepas larian berakhir, sumbangan sebanyak RM 20,000 berjaya disumbangkan kepada Yayasan Budi Penyayang Malaysia ( PENYAYANG ) untuk diagihkan kepada yang memerlukan. Para peserta juga boleh menulis nota di dinding yang disediakan untuk orang tersayang di samping boleh bergambar di kios photo dan memenangi cabutan bertuah.

 NIVEA CARE RUN
 NIVEA CARE RUN

Untuk penjagaan rapi dan kekal segar sepanjang hari, Zati syorkan korang semua gunakan produk NIVEA kerana ianya dapat menjaga kulit bawah lengan dengan selesa sekali. Jom kita tukar kepada deodorant Nivea Protect & Care yang berharga RM 11.30 ( roll-on) RM 17.50 ( Spray )

DEODORANT NIVEA PROTECT & CARE
 NIVEA CARE RUN




TAHNIAH !!! NIVEA CARE RUN IS AWESOME