Klinik Untuk Scan / Ultrasound Baby : Klinik My Family By MySonoworld

Assalam. Bismillah.

Hai semua. Hari ni zati nak share tentang satu tempat atau klinik untuk scan baby. Sebenarnya zati datang sini bukan untuk scan baby, sebab zati buat rawatan TTC ( Try To Conceive ) dengan Klinik My Family By MySonoworld di  Ampang. Bagi siapa yang proses nak dapatkan anak, term TTC ni mesti familiar kan? Zati dah ada anak sorang. Umur anak sekarang nih 4 tahun. Ingat masa anak masuk 2 tahun, nak dapatkan yang kedua. Sampai sekarang belum dapat lagi.

Ultrasound 5D

Sometimes memang sedih bila orang yang tanya tanya kan? Tapi zati tau, mesti ada lagi sedih sebab anak pertama pon belum dapat lagi kan? Insyaa Allah. Allah tau masa yang tepat. Apa yang kita perlu buat adalah doa dan usaha. So, nanti zati akan buat entry pasal TTC ni bila habis semua rawatan. So nanti korang boleh tau dari proses pertama sehingga akhir.



Panjang pulak mukadimah. huhu. Kita cerita pasal yang scan baby tula. Haritu masa zati pergi agak penuh Klinik My Family By MySonoworld nih. Orang dah kurang sikit baru sempat snap gambar. Untuk pengetahuan korang jugak ,sebelum nih ada juga artis yang datang dekat sini. Antaranya Raja Farah dan terbaru adalah Jihan Muse.


Klinik My Family By MySonoworld nih ada pakej ultrasound 2D, 3D, 4D, dan 5D. Harga zati tak berapa pasti, nanti korang boleh call dulu taw. Mana tau ada promosi ker kan? Nanti contact number zati letak dekat bawah sekali. Hmm.. Teruja tengok gambar baby tau. Comel comel jer diorang. Haritu sempat tengok album. Teruja sebab clear sangat. Paling suka bila nampak jelas jantina baby. Hihi.. Rasa macam  mak mak sangat.




Selain ada perkhidmatan scan baby, ada pelbagai rawatan yang ada dekat Klinik My Family By MySonoworld. Antaranya ialah

  • Pemeriksaan Bayi dan Kanak Kanak
  • Vaksin
  • Pemeriksaan Darah
  • Astma
  • Batuk
  • Demam
  • Selesema
  • Pemeriksaan Perut
  • Pelvis
  • Dan lain lain lagi

Yang penting kan, doktor yang merawat adalah wanita. So, korang tak perlu segan. Yang rawat zati haritu Dr Azira. Sebenarnya Dr Azira nih ada buat rawatan atau urutan khas untuk ibu yang hamil. Kalau korang selalu sakit badan, tapi takut nak pergi berurut, korang pergi la dekat spa milik Dr Azira nih. Nama spa Dr Medispa & Wellness. Terletak di Jalan Reko Kajang area downtown. Kalau nak booking, korang message atau whats App dulu . No dia 013 770 6708.


Okay sambung balik pasal Klinik My Family By MySonoworld. hihi.. Suasana dekat klinik pon best jugak. Dengan susur atur yang cantik, sedap jer mata memandang. Sofa yang selesa untuk ibu hamil duduk, kerusi untuk kanak kanak dan ada air Coway.. 


So, kalau korang nak pergi ke sini, wajib buat appointment dulu. Boleh layari website ataupon call dahulu. Semua details zati letak dekat bawah ni yer. So, last word zati nak bagi ialah , yang tengah mengandung tu jaga pemakan, jaga kesihatan. Yang tengah TTC tu jangan putus asa. Macam Siti Nurhaliza la, 11 tahun berkahwin baru disahkan mengandung. So, jangan berhenti berdoa dan usaha.



 Website 

Alamat

 BG 14, Residensi Bistaria
Ukay Bistari Hulu Klang
68000Ampang

Contact 

03 4162 2754
016 524 5260
010 225 6224

E-mail 

sonoworldmalaysia@gmail.com





Tips Kembalikan Kesegaran Taugeh

Assalam.. Bismillah.

Hai semua.. Hari ni nak share pasal taugeh. Bukan resepi masak taugeh taw.. Tapi cara untuk membaiki taugeh.. Hmm.. Boleh ke macam tu? hihi. Saje belanja gambar kerabu taugeh. Bagi korang terliur.. Terliur ke idok? huhu.

kerabu taugeh

Zati dapat tips nih daripada rakan FB, Cahaya Ara Ixora. Dia share dekat group Masak Apa Hari Ini
( MAHN ). Mesti korang familiar dengan group nih kan? Bukan setakat resepi, tips tips memasak pon diorang berikan.

So tips nih kalau taugeh korang beli tu, lupa nak simpan ker, dah tersimpan lama dekat peti ke, lepas tu terus jadi hitam. Korang pon apa lagi, terus jer buang kan? So lepas nih jangan buang taw.

Cara untuk segarkan kembali taugeh adalah rendam taugeh tu bersama dengan asam keping. Letak la dalam 5 6 keping macam tu. Tengok banyak mana taugeh tu.

taugeh rosak

Menjadi ke kalau buat macam nih? Zati pon tak try lagi sebab dah lama tak makan taugeh.. hihi. Tengok pada empunya badan yang share lauk taugeh dia tu, macam elok jer. Cuba korang tengok nih.

sayur taugeh

Cantik kan? macam baru beli kan? so lepas nih jangan buang ta. Follow step nih dulu.. Tapi kalau tak dapat nak diselamatkan, nak buat macam mana.. Masuk tong sampah la jawabnya.. huhu.

Happy lunch semua.. Terima kasih jugak dekat Cahaya Ara Ixora sebab sudi share.


Tempat Makan Best Di Shah Alam : Port Bujang di Junction @ 11

Assalam. Bismillah.

Hai semua.. Hari ni share port baik untuk makan dan sembang di Shah Alam. Actually, kitorang selalu jugak turun Shah Alam, tapi tak tahu nak makan dekat mana. Alih alih makan dekat Kajang jugak. Tapi kali ni dah tau tempat makanan sedap di Shah Alam, so ape lagi.. Kena serbu la.. hihi.

Banyak tak kami makan? ahaha

Lokasi yang kami maksudkan ialah di Port Bujang di Junction @ 11 Shah Alam. Seksyen berapa tak pasti tapi nanti korang just waze jer alamat. Nanti hujung hujung cerita zati bagitau alamat ea.. Kita cerita pasal makanan dulu. hihi.



Actually tempat ni macam foodcourt taw. Ada banyak kedai makan. So, kalau korang nak cuba makanan western yang murah di Shah Alam, korang boleh cuba di Port Bujang. Bagi zati harga dia murah berbanding tempat lain, dan rasa makanan dia sedap. Tak percaya? Pergi cuba.. huhu. No wonder penuh dekat situ, boleh dikatakan ianya harga student..


Asyik cerita jer nih, bila nak fokus gambar makanan. huhu. Korang jangan pelik taw dekat gambar ini ada watermark blog orang lain sebab tuan punya badan tu laki zati. Dia lupa bagi gambar. Sedar sedar jer dah edit. Gambar asal dia pergi buang. Sabar jerla.. hihi.

Ayam Grill : RM 11

Kambing Grill : RM 15

Bagi yang rasa macam nak berat sikit. Korang boleh order yang ada nasi. Mana tau haritu berpuasa kan. Nak makan lebih.. hihi. Kalau macam Zati, yang nasi ni lebih prefer untuk anak sebab dia kurang sikit makan western nih, so kenyang la sikit si Jasmeen tu makan nasi. Tapi kuah lada hitam tu tak la pedas mana, boleh makan lagi untuk kanak kanak.

Ayam Grill + Nasi Goreng :  RM 13

Tapi kalau korang jenis nak merasa semua makanan, Zati suggest ambil yang campuran grill. Atleast boleh rasa dalam satu pinggan. Lepas tu kalau nak yang simple jer, boleh order menu Bujang. Haa, yang ni dia ada fries, wedges, nugget dan mayonis semua tu. Budak budak pon boleh makan jugak.

Campuran Grill + Nasi Goreng : RM 20

Bujang : RM 7

Nak lagi menu simple tapi kenyang? Korang boleh order set nih. Daging kaw ataupon cendawan. Pilihan zati adalah cendawan. Kiranya ni best seller diorang la. Dua dua menu ni RM 8.



Amacam? Okay tak? agak agak nak try tak menu dekat Port Bujang di Junction @11 Shah Alam nih? Mesti korang pelik kan kenapa tak ada air..hihi.. Air boleh order dekat kedai lain. Tapi ada air best dekat situ. Air jus mangga. Rasanya orang panggil extra Joss kot. Tak ingat dah. Yang pasti rasa mangga tu pekat, ada buah mangga dan sedikit air soda. Bandung cincau pon sama dia ada soda.


Kalau korang nak cuba menu lain selain western, ada jugak di Junction @11 Shah Alam ni. Boleh cuba set ikan pari asam pedas ataupon asam pedas tetel. Orang melaka suka la nih dapat makan asam pedas. huhu. Menu lain pulak ada daging salai masak lemak cili api. Suami cakap pedas jugak. Zati rasa biasa jer sebab kaki pedas.. huhu. Nak tengok gambar menu nih, korang boleh klik nih fadzirazak punya blog 


Yang ni rare sikit. Satay makan dengan kuah kicap. Nama dia satay Madura. Owner berasal dari Indonesia, so dia ketengahkan menu di sana la. Rasa agak unik sebab makan dengan kuah kicap. So, korang boleh cuba.


Haa. ni view dari luar. Nanti masuk sini order makanan dekat Port Bujang yer. Alamat dekat bawah ni

Junction @11
Jalan Wau, 11/1 Seksyen 11,40100 Shah Alam Selangor



SELAMAT MENJAMU SELERA SEMUA