Bagaimana Neelofa Di Belakang Camera

Assalam. Bismillah.

Masa hujung syawal haritu dapat jemputan rumah terbuka daripada pihak Putrajaya Holding. Artis jemputan nya ada Neelofa.. Fuuhh. Memang dah pesan awal awal dekat Jasmeen suruh amek gambar dengan Neelofa nanti. hihi. Yerla sikit sikit lipstik Neelofa dia pakai, ha nih jumpe Neelofa terus.



Waktu Lofa sampai jer, Jasmeen dah teruja.. Ibu ibu, Neelofa.. Kitorang buat rilek lagi sebab masa Lofa baru sampai tu, ramai yang serbu. lagipon MC dah bagi tahu yang Neelofa akan datang di semua tempat. So, kitorang rilek cool sambil makan satay dan kambing.. hihi.

Then husband zati bagitahu yang Lofa pergi bahagian henna. Tak ramai orang so kitorang pon join la. Masa kitorang datang tu, Lofa tengah buat henna kaler putih. Sambil tu borak la dengan crew majlis. Jasmeen teruja punya pasal dia panggil la auntie Lofa. Lepas tu boleh pulak Jasmeen pegang tangan Lofa.. Amboi Jasmeen.. lebih lebih pulak.. Hohoho.. Ibu cakap la tunggu la kejap Jasmeen, Auntie Lofa tengah borak tu kan?

Tadi Jasmeen pegang tangan Lofa kan? Nak tau Lofa buat apa? Lofa pegang pipi Jasmeen dan usap tangan Jasmeen.. Aahahaha.. Untungla anak ibu nih. Nasib la yang pegang tu Jasmeen, bukannya babah.. hik hik hik. Then Jasmeen cakap, jom auntie amek gambar.. 


Inilah hasilnya.. huhu.. kejung tangan Lofa sebab inai masih baru.. hihi.. Macam sama pulak baju Lofa dengan Jasmeen nih.

Hmm.. Ada kenalan yang tanya, macam mana Lofa? Sombong tak dia? Seyesly macam mana korang stalk insta dia, macam itulah dia.. Sangat cantik.. Tak ada beza pon dalam TV ataupon di luar... Zati rasa dia sangat bagus sebab masa dia mula mula sampai tu, ada peminat yang dia kenal kot. Lofa yang hulur tangan untuk bersalam dulu.. Waahh.. Lepas tu dia layan semua peminat dia.. Memang sangat nice. Waktu press conference pon, tenang je dia jawab soalan.. hihi.

Nice to see you Neelofa.. Hope can see you again..


2 comments:

  1. Nasib yang pegang tu Jasmeen bukan ayah dia (hehehe ayat cantik tu), tapi kalau ayah dia apa jadik ekk? :D :D

    ReplyDelete