Resepi Mudah Ikan Masak Pindang

Assalam. Bismillah.

Dah masak ke belum tu? Ni ha nak share resepi ringkas dan mudah untuk mak mak yang super duper busy tapi nak makan sedap.. hihi. Lauk ni memang simple, kena gaya, 2 3 pinggan jugak la bertambah.

So harini nak kongsikan cara memasak lauk pindang. Zati tau lauk nih lepas kawen. Biasanya masak lauk singgang.. Menu ni dikira sihat sebab ianya boleh masak rebus sahaja.. Tapi lebih sedap sikit kalau kita tumis. Hihi. terpulang dekat selera masing masing.

Hmm.. Macam panjang je mukadimah nih.. Dah la, jom layan resepi ikan masak pindang.


Bahan bahan untuk Ikan Masak Pindang

1. Ikan kembung 2 ekor
2. Kunyit hidup 1 inci
3. Bawang merah 5 ulas/ Bawang besar 1 biji ( optional)
4. Bawang putih 2 ulas
5. Halia 1 inci
6. Cili Api 5 ulas
7. Serai 1 batang- ketuk
8. Rempah 4 sekawan
9. Asam Jawa -  1 sudu kecil


Cara Memasak Ikan Masak Pindang

Mula mula sekali korang tumbuk semua bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, cili api tu.. Guna lesung batu. Tak pon korang guna manual chopper.. Tu boleh jugak. senang sikit tak terpercik lada.. hihi. tapi ni masak 2 ekor je so zati suka tumbuk jer.

Then dah setel menumbuk bawang tu, panaskan minyak dan tumis sekejap rempah 4 sekawan tu. Korang amek sikit jer tau, setiap 1 rempah tu satu. Kayu manis tu kalau boleh ambil yang kecik jer sebab nanti kalau besar, bau dia kuat, Tapi kalau masak ikan tu banyak tak apa.. Korang bajet bajet la ea.. huhu.

Tumis sekejap then masukkan bawang tadi dan juga serai.. Goreng sampai garing lepas tu masukkan asam jawa. Zati masak pakai agak agak jer so sukatan sebenar asam jawa tu ikut atas citarasa masing masing. Then masukkan ikan, air dan garam gula secukup rasa.. Gula tu secuit jer..

Dah siap.. Mudah jer.. Yang pasti korang kena rasa ikut citarasa masing masing. Macam zati suka pedas dan masam sedikit..

Tapi kalau korang nak rebus boleh jugak.. Sama jer cuma beza tak menumis. Lepas tu ikan pon tak kisah. Ikan parang boleh, ikan merah boleh.. Ikut citarasa masing masing.


Syiling Dirham Merdeka Laris Di Pasaran

Assalam.  Bismillah.

Yeaayy.. tak lama lagi nak sambut merdeka dah. Zati tengok sekarang ni, ramai yang buat sales sempena hari merdeka kan? Salah satu yang zati tau adalah tentang syiling dirham.. Korang bayangkan la, dalam masa 30 minit, syiling ini sudah habis terjual.. Hmm.. Ramai peminat rupanya.. Bila zati tengok semula, baru tau kenapa cepat sangat habis. Unik kot syiling nih. Siap ada gambar bendera dan tugu negara. Bila tengok syiling nih, rasa berkobar pulak nak sambut merdeka.. hihi.


Sebenarnya syiling ni dikeluarkan oleh Nubex Sdn Bhd, diorang ni memang pengedar dan pengeluar untuk jongkong emas, perak serta logam yang bernilai di Malaysia. Sempena merdeka nih, pihak mereka mengeluarkan 3000 keping dan hanya dijual secara online di www.nubex.my

syiling nih adalah kali pertama diperkenalkan di dunia yang membolehkan kepingan syiling diceraikan kepada dua kepingan dengan setiap satu nya mengandungi 2.975 gram dan boleh dijadikan koleksi bernilai untuk pelaburan.


Menurut kata Ketua Pegawai Kreatif Nubex Sdn Bhd, Mohd Fayzi Omar,bermula pada 7 Ogos lalu. syiling edisi terhad ini dijual pada harga pasaran RM 29 ( harga ahli RM 26.00). Kiranya ini adalah hadiah istimewa sempena dengan bulan Kemerdekaan.

Tapi kalau korang berminat untuk beli syiling dinar emas dan dirham yang perak yang lain, korang boleh layari laman web www.nubex.my atau korang boleh follow facebook dan instagram @nubex_my untuk jualan produk terkini dan perkembangan semasa.

Contact : 03-77299640













Bagaimana Neelofa Di Belakang Camera

Assalam. Bismillah.

Masa hujung syawal haritu dapat jemputan rumah terbuka daripada pihak Putrajaya Holding. Artis jemputan nya ada Neelofa.. Fuuhh. Memang dah pesan awal awal dekat Jasmeen suruh amek gambar dengan Neelofa nanti. hihi. Yerla sikit sikit lipstik Neelofa dia pakai, ha nih jumpe Neelofa terus.



Waktu Lofa sampai jer, Jasmeen dah teruja.. Ibu ibu, Neelofa.. Kitorang buat rilek lagi sebab masa Lofa baru sampai tu, ramai yang serbu. lagipon MC dah bagi tahu yang Neelofa akan datang di semua tempat. So, kitorang rilek cool sambil makan satay dan kambing.. hihi.

Then husband zati bagitahu yang Lofa pergi bahagian henna. Tak ramai orang so kitorang pon join la. Masa kitorang datang tu, Lofa tengah buat henna kaler putih. Sambil tu borak la dengan crew majlis. Jasmeen teruja punya pasal dia panggil la auntie Lofa. Lepas tu boleh pulak Jasmeen pegang tangan Lofa.. Amboi Jasmeen.. lebih lebih pulak.. Hohoho.. Ibu cakap la tunggu la kejap Jasmeen, Auntie Lofa tengah borak tu kan?

Tadi Jasmeen pegang tangan Lofa kan? Nak tau Lofa buat apa? Lofa pegang pipi Jasmeen dan usap tangan Jasmeen.. Aahahaha.. Untungla anak ibu nih. Nasib la yang pegang tu Jasmeen, bukannya babah.. hik hik hik. Then Jasmeen cakap, jom auntie amek gambar.. 


Inilah hasilnya.. huhu.. kejung tangan Lofa sebab inai masih baru.. hihi.. Macam sama pulak baju Lofa dengan Jasmeen nih.

Hmm.. Ada kenalan yang tanya, macam mana Lofa? Sombong tak dia? Seyesly macam mana korang stalk insta dia, macam itulah dia.. Sangat cantik.. Tak ada beza pon dalam TV ataupon di luar... Zati rasa dia sangat bagus sebab masa dia mula mula sampai tu, ada peminat yang dia kenal kot. Lofa yang hulur tangan untuk bersalam dulu.. Waahh.. Lepas tu dia layan semua peminat dia.. Memang sangat nice. Waktu press conference pon, tenang je dia jawab soalan.. hihi.

Nice to see you Neelofa.. Hope can see you again..