SofeaRose Road To London Berkonsepkan MODEST Fesyen

Assalam, Bismillah.

Waaahh. Excited bila dapat tahu salah satu produk bumiputera akan menempah nama di peringkat antarabangsa. Bukan senang tau nak tembus pasaran ke luar pasaran antarabangsa ni. Produk yang dimaksudkan ialah SOFEAROSE. Mereka adalah daripada bidang fesyen. Pertunjukan ini akan diadakan di kota London dan nama pertunjukan itu adalah : 

 " ART TO WEAR, SOFEAROSE x YUSOF GHANI SEGERAK DI LONDON "



Koleksi yang akan diperketengahkan adalah berkonsepkan MODEST yang dinspirasikan daripada pereka fesyen Hilal Oguzkan. Exclusive Urban Fashion merupakan motto yang dibawa oleh SofeaRose dan mereka menekankan bahawa simple is sophisticated. Kalau kita tengok trend zaman sekarang ni, orang lebih suka fesyen yang simple tapi pada masa yang sama, ianya kelihatan sangat menarik.

SofeaRose lebih menggemari design yang berlatarkan putih dan krim kerana mereka lebih suka mengikut hasil seni kanvas daripada Yusof Ghani. Siapa Yusof Ghani ni? Yusof Ghani ni seorang pelukis yang menghasilkan karya expresionist dan merupakan ikon pelukis kontemporari negara. Kalau korang semua nak tau, ini adalah karya pertama Yusof Ghani yang berkolaberasi dalam bidang fesyen. 



Untuk pertunjukan SofeaRose Road To London ini, material utama yang digunakan adalah bridal satin dan oganza sebab ianya lebih feminin. Tak dilupakn juga material chiffon. Ini kalau kita pakai ni confirm meletop sebab kalau kita tengok daripada segi kualiti kain pon kita dah tau ianya cantik. Setiap rekaan pula ada seni yang tersendiri seperti  ombak, seni tari dan wajah. Kalau siapa yang minat dalam bidang seni diorang faham la konsep ni.. hihi.


Nak tau tak apa kelebihan seni seni ini semua? Okay, contohnya kita tengok busana karya Seribu Wajah. Kalau yang ni melambangkan kebebasan. Potongan busana ni diinspirasikan sayap burung dan karya Seribu Wajah ni melambangkan expresi wajah setiap manusia yang mempunyai mood dan peranan yang berbeza beza. Fuuh.. Dalam sangat maksud nih. Kalau saya la nak pilih baju, asal cantik jer beli. hihi. Tapi tu lah, seperti yang saya kata tadi, siapa yang berpengetahuan seni mesti faham hasil yang dihasilkan.



Feeling tak sabar nak tengok pertunjukkan SofeaRose Road To London.. Mesti best kan? Good luck SofeaRose.   



Shopping Barangan Basah Secara Online Di Malaysia Brand Outlet ( MBO)

Assalam. Bismillah.

Dilema kaum perempuan ni sama jer taw.. Hari hari pikir nak masak apa. Paling tragis bila nak masak jer, tetiba tak cukup pulak satu barang. Ini kalau rajin, boleh la pergi kedai yang dekat dekat kan? Kalau yang terlebih rajin tu, beli makanan yang siap masak jer. huhu. Sebab tu la sekarang ni ada shopping barang basah secara online. Service ni la orang paling suka.. Order jer online, lepas tu barang dapat depan pintu rumah . Lepas tu boleh masak dengan girang.. hihi.. Salah satu online portal yang kita boleh beli barang basah secara online ialah Malaysia Brand Outlet (MBO)



" Direct from the source to your drop step" Alahai.. mudah nye keja korang.. Jimat masa, peluh pon tak sempat nak keluar taw. Sedar sedar barang dah sampai kat depan pintu. Daripada segi kesegaran, korang tak perlu risau sebab barang basah daripada MBO memang berkualiti. Semua barang barang basah ini memang fresh sebab diambil direct daripada ladang. 




Kalau tengok di website diorang ni, paling saya suka adalah bahagian MBO GROCER. Sebab dekat sini lah semua barangan basah yang ada. Diorang ada daging, ayam, udang, sotong, sayur dan macam macam lagi. Frozen food pon ada. Selain daripada barangan basah, Malaysia Brand Outlet juga membekalkan barangan yang lain seperti kelengkapan rumah, barangan elektronik, dan barangan kesihatan. Dah alang alang shopping tu, tengok tengok la barangan lain. Mana tau berkenan di hati. Untuk pengetahuan korang jugak, Malaysia Brand Outlet ini merupakan online portal shopping yang diusahakan oleh syarikat bumiputera. 



Di Malaysia Brand Outlet ni, delivery hanya berada di sekitar kawasan Lembah Klang sahaja. Lagi satu, kalau korang order sebelum 3 petang, korang akan dapat keesokan hari, tapi kalau order selepas pukul 3, korang akan dapat selepas 2 hari. 

Zone 1 : Ara Damansara ( 7 am- 8 pm )
Zone 2 : Lembah Subang/ Tropicana/ Kota Damansara/ Damansara Jaya ( 8 am- 10 am)
Zone 3 : Subang Jaya/ USJ/ Shah Alam ( 8 am- 12 pm)
Zone 4 : Damansara Utama/TTDI/Mont Kiara
Zone 5 : PJ Area ( 8 am-12 pm)

So kalau korang duduk di area berdekatan ini, korang boleh beli barangan basah secara online di portal rasmi mereka di  Malaysia Brand Outlet . 



So lepas ni kalau barangan basah di rumah dah habis, boleh la rancang beli di Malaysia Brand Outlet. Sekarang semua sibuk dengan kerja dan urusan rumah tangga. So dengan adanya portal online shopping barangan basah ni lebih banyak membantu kita memudahkan kerja harian. Paling penting, barang yang mereka berikan adalah barangan yang segar. So, kita tak perlu risau la. 



Kalau nak tau lebih lanjut, korang boleh lihat maklumat di bawah ini.


No 8, Kompleks Premis Usahawan
SME Bank Sunway Damasara
Jalan PJU 3/39
Sunway Damansara
Petaling Jaya
Tel : 03-77334402
Email : icbpr@gmail.com







MOMMA Pregolact Berfungsi Sebagai Milk Booster dan Susu Untuk Ibu Mengandung

Susu untuk ibu mengandung dan milk booster. 

Siapa yang tak tahu susu MOMMA Pregolact sememangnya baik untuk milk booster dan juga susu untuk ibu mengandung. Ini kerana susu MOMMA Pregolact sememangnya diformulasikan untuk menambahkan susu di dalam badan selain memekatkan susu badan.

Saya perhatikan adik ipar saya murung. Lepas solat Maghrib hingga masuk Isyak masih memerah susu badannya. Kasihan lebih-lebih lagi melihatkan anaknya yang sudah mencecah usia 6 bulan merengek di tepi. Bila stress mulalah gugel sana sini ape produk yang boleh dijadikan milk booster.



"Angah dah cuba susu MOMMA tak? Kak Yong dapat tau yang susu MOMMA ni memang sesuai untuk milk booster dan susu untuk ibu mengandung",. Berkerut dahi dia, berkira-kira nak melayan pertanyaan saya atau tak. 

"Entahlah Kak Yong. Dah cuba macam-macam sebelum ni. Buat habis duit je", balasnya ringkas.

Saya bersimpati dengannya. Yela siapa la yang sanggup berhabis duit untuk benda-benda yang belum pasti kan? Saya pun bimbang jika cadangan saya tidak membuahkan hasil padanya.

Dua minggu berselang..

Angah tersenyum bila terserempak saya di hadapan ATM. "Kak Yong, betul la kata Kak Yong. Memang menjadi"

Saya terpinga-pinga. "Eh kenapa Angah? Apa yang betul?", saya masih terpinga-pinga.

"Angah dah cuba susu MOMMA macam Kak Yong suruh. Susu jadi banyak. Memang milk booster la orang cakap. Dah penuh peti ais angah", nampak air mukanya yang teruja.

Okay Angah, nanti boleh la suggest kat kawan kawan. Share la dekat diorang, susu MOMMA ni memang milk booster dan lagi satu ianya susu untuk ibu mengandung.



Saya tersenyum gembira. Gembira kerana dapat membantu adik ipar sendiri. Bukan bantu dia sahaja, tetapi anak dia juga. Sekurang-kurangnya anaknya tak putus susu ibu dan dapat khasiat terus daripada badan ibunya. Bukan senang nak cari supplement untuk milk booster. Alhamdulillah, jumpa jugak penyelesaian. So nanti kalau ada rezeki, boleh la amalkan susu MOMMA, susu untuk ibu mengandung dan lepas tu boleh jadikan ia sebagai milk booster nanti.

Saya yakin dengan susu MOMMA Pregolact kerana dah banyak testimoni yang saya baca akan keberkesanan susu ini. Ia bukan setakat menghasilkan banyak susu badan, malah dikatakan ia juga mampu memekatkan susu. Jika susu badan pekat, secara tak langsungnya bayi akan cepat kenyang.


Susu untuk ibu mengandung dan milk booster

 Susu untuk ibu mengandung dan milk booster

          Susu untuk ibu mengandung dan milk booster

Yang bagusnya susu MOMMA Pregolact ni tak mengandungi gula, tiada krimer dan rendah lemak. Untuk satu paket susu tu mampu bertahan sebanyak 30 kali bancuhan. Sehari secawan pun okay tetapi lebih baik dua kali sehari, minum pagi dan sebelum tidur untuk mendapatkan hasil yang lebih memuaskan. Memang sangat sesuai sebagai  susu untuk ibu mengandung dan milk booster.


Bukan setakat sesuai sebagai susu untuk ibu mengandung dan milk booster, susu MOMMA Pregolact ni mampu membina sel-sel otak dan memastikan perkembangan otak bayi agar kekal berhubung. Bukan setakat otak, malahan kulit bayi juga akan menjadi lebih lembut dan cantik.




Maunya tak sebab bahan-bahannya untuk menghasilkan susu Momma Pregolact ni juga diambil daripada makanan sunnah dan gabungan bahan ekstraks semulajadi iaitu seperti di bawah ini. Mengikut kajian bahan bahan ini memang sesuai untuk dijadikan sebagai milk booster dan sesuai sebagai susu untuk ibu mengandung. 

zaitun
kismis
omega 3
delima
buah tin
habatus sauda
susu kambing
kurma
madu
safron
inulin (prebiotic) coklat serta vanila



Menarik kan?

Dah ramai pelanggan memberi testimoni positif terhadap susu MOMMA Pregolact ni. Jadi kepada ibu-ibu di luar sana yang mengalami masalah tiada susu badan, ingin jadi milk booster, saya syorkan cuba susu ini dahulu. Mana tahu dengan izinNya susu badan dapat dihasilkan kan? Tak salah kalau mencuba. Dan susu ini juga susu untuk ibu mengandung. So boleh mula minum susu MOMMA di awal kehamilan sehingga anak bersusia 2 tahun.

Mana nak beli susu milk booster dan susu untuk mengandung ni? Ibu-ibu boleh dapatkan susu ini melalui maklumat yang tertera di bawah.



MOMMA Industries Sdn Bhd
No 6-25-3 Tingkat 2.
Jalan Medan Pusat Bandar 8A.
Bangi Sentral

asma : 016 923 6962
yaya : 016 924 6962



Dr Medispa & Wellnes Pusat Kecantikan Baru Di Bangi/Kajang

Assalam. Bismillah.

Sempena Hari Wanita minggu lepas, en suami bawak saya pergi merehatkan diri ke Dr Medispa & Wellness di Jalan Reko Kajang. Lokasinya adalah berdekatan dengan downtown jalan reko, tingkat atas bersebelahan dengan KK Mart. Sebenarnya saya baru tau yang ada tempat spa disitu. Kami tau pon sebab kawan en suami yang suggest suruh datang situ. Terima kasih la en suami sebab bawak saya ke sini.. hihi. Dapat la rehatkan badan dan cantikkan muka.. 



Bila dah sampai tu, macam biasa la Dr Azira akan bertanya tentang jenis kulit muka kita. So lepas saya cerita tu, dr suggest saya buat rawatan Hydradermabrasion treatment. Haa. ni muka kaler hijau ni antara salah satu treatment yang ada.. Jangan cakap " mak kau hijau' sudah.. Hihi.. Ikut atas keadaan muka zati, warna yang sesuai untuk rawatan ini adalah warna hijau. errm. zati dah lupa la warna ape lagi yang ada sebab tengah layan topeng hijau nih.. hihi.

Ni antara step yang saya dapat masa Hydradermabrasion treatment di Dr Medispa & Wellness

Step 1 : Cleansing
Step 2 : Double Cleansing
Step 3 : Opening up the pores and layer it with our therapeutic oil
Step 4 : Start the Hydradermasion
Step 5 : Layering with Hyaluronic plus doctor formula mask
Step 6 : Facial massage
Step 7 : Ultrasonic treatment
Step 8 : Omega LED light therapy to enhance skin cell to rejuvenate
Step 9 : Serum application 


Lepas dah bersihkan muka tu, Dr Azira akan biarkan muka kena wap sikit bagi senang liang pori terbuka. 1st time saya buat facial, wap ni tak panas. hoho. Best kan?


Inilah alat untuk menyedut segala jerawat, black head kat wajah saya. Yang ni best sebab walaupon kena sedut, muka kita tak rasa sakit atau pedih pon. Tak ada picit picit guna besi tu dah.



Okay. ni adalah  layering with Hyaluronic plus doctor formula mask. Rase dia sejuk sejuk jer. Dekat bibir pon Dr Azira letak sebab ianya mengandungi kolagen. So, nanti bibir jadi pink2 gitu.. hihi.
Bila dah siap letak nih, saya dapat urutan di kaki dalam 10 - 20 minit macam tu.. Waa.. rileks lagi. hihi.


Yang ni pulak Ultrasonic treatment. Yang ni function dia tak ingat tapi yang pasti bila alat ini digosok dekat muka, sejuk je rasa dan muka kita akan jadi lembut. 


Haa.. ni kedua terakhir.. sama macam gambar mula mula tadi.. Ni kalau tak pergi dekat Dr Medispa &Wellness nih, saya ingat ni topeng biasa jer tau. hihi. Rasa macam ada super power pulak.. Jasmeen banyak kali tanya. kenapa ibu pakai topeng. Gigih la babahnya jawab. 



Bukan setakat facial sahaja, Dr Medispa & Wellness ini juga terdapat produk mereka tersendiri. Jangan bimbang, Dr Azira ni berkelulusan University College of Cork, Ireland dan memperoleh ijazah dalam bidang perubatan ( MB BCH BAO). Jadinya, kita tak perlu bimbang la sebab mereka berpengatahuan dalam bidang perubatan. Produk yang mereka hasilkan juga telah diluluskan oleh KKM. 


Okay, yang ni Iv Boost treatment. Kebetulan masa kami datang, ada customer yang tengah buat treatment ni. Antara service lain yang dilakukan oleh Dr Medispa & Wellness ini ialah Slimming, Body Toning, Detox, Pregnancy Massage dan Baby Massage. 


Ini adalah gambar sehari selepas buat rawatan Hydradermabrasion. Apa yang saya rasa ialah, bangun pagi tu, muka saya jadi lembut, segar dan kurang berminyak. Gambar ni tak edit apa apa pon. Bedak pon tak pakai. hihi. Kita ni sebagai orang perempuan ni, walaupon dah pakai produk di muka, makan supplement, facial juga kena buat jugak. Atleast  sebulan sekali. 

So kepada yang berminat, boleh kunjungi Dr Medispa & Wellness di Jalan Reko Kajang. boleh lihat detail di bawah ini. 


Dr Medispa & Wellness
No 6-1, Jalan Reko Sentral 6,
Reko Sentral, Jalan Reko
Kajang, Selangor

Kitchen Port Tempat Makan Tarikan Baru di Bangi/Kajang

Assalam. Bismillah.

Hari ni saya nak share satu tempat makanan yang best di Bangi/Kajang. Sebenarnya ini kali kedua kami pergi ke sini. Kitorang perasan kedai ni pon sebab selalu pergi downtown Jalan Reko dan Econsave. Masa kitorang lalu tu macam tengah baru nak buka. Tengok hiasan dalaman terus terdetik dalam hati, kedai hispter lagi nih..


Kalau dulu saya cuba makan kari ikan merah. Fuuhh.. memang sedap, kari dia pekat. saya bagi 5 bintang untuk kari diorang. huhu. Tak percaya sila cuba taw.. hihi.

So untuk kali kedua ni saya cuba makan yang baru. Menu ini baru diperkenalkan dan paling menarik, menu ini memang sesuai la untuk saya yang acah acah diet nih.. hihi.. 


Ini nama menu dia. Kitchen pot's combo meal with 3 side dishes. 3 side dishes tu boleh pilih ikut selera masing masing. Haritu saya order slice of fruits, mic vege dan french fries. Buah kiwi yang fresh dan saya paling suka mixed vege. Tak tau la dia letak ape, tapi yang pasti ni makanan pertama saya habiskan. Tak silap saya dia ada rasa manis dan masin. Tapi rasa dia sebati. Simple tapi sedap. hihi. Untuk pengetahuan, saya share dengan en suami untuk menu nih.. Nak tau sebab ape? sebab ayam dia besar.. Menu macam ni pon dah boleh kenyang taw. huhu.. 



En suami pulak cuba Lamb Sizzling. Masa sampai dekat meja, sizzling ni berasap lagi taw.. Jasmeen memang tak sabar nak tengok apa yang berasap tu.. hihi. Okay,untuk menu ini, dia ada kambing yang fresh, jagung, baked potato dan sayur. Baked potato ni saya suka sebab dia punya sos tu rasa dia unik. Rasa masam masam sikit macam makan spaghetti.. Sedap, kena dengan tekak saya. 



Jasmeen pulak kami order Kitchen Port Spagetti Cabonara. Jasmeen memang suka cabonara so menu ni memaNg sesuai la untuk dia sebab tak pedas kan? Lepas tu ada pulak ayam yang diperap khas, ada jagung, ada sayur sikit.. So bagi korang yang bawa anak anak tu saya suggest ambil cabonara ini ataupon boleh order kids meal. 



Okay, untuk air pulak saya order orange juice, ice lemon tea, Bonsai Coffee and Cappucino. Bonsai coffee ni presentation dia cantik. Siapa yang penggemar coffe mesti suka air nih. Rase dia tak berapa nak ingat sebab ni air untuk en suami.. hihi.. Untuk Cappucino pulak, kami suka cara buatan dia. Sangat teliti. Mula mula zati minum macam pahit pahit sikit, tapi dah lama lama macam nak order lagi satu pulak. haha.. Saya bukan penggemar coffee so take time nak minum. So far air ni sedap.



Actually, saya pernah terbaca komen yang mengatakan makanan disini agak mahal. Secara jujurnya, at first saya tengok menu dia, saya pon agak terkejut bila melihat harga dia tapi harga dia tak la semahal mana pon. Bak kata orang sekarang standard price atau harga hipster. Sebelum korang menilai harga, apa kata korang semua order dulu, tengok apa yang dihidang. Kali pertama saya datang dulu saya order set kari ikan merah. Bila sampai menu tu, saya terkejut, gila banyak lauk dia, siap request tambah meja. Lauk tu sahaja dah 1 meja taw.. huhu.. Bagi saya, harga makanan Kitchen Pot's tersangat berbaloi dengan rasa, dan presentation makanan. Ini ikut atas anak tekak saya tau. Bagi saya memang sedap.. hihi. Kalau nak baca pengalaman pertama kami makan di Kitchen Pot's ni boleh KLIK DI SINI. Tengok betapa meriahnya lauk pauk disini.. hihi



Sebelum nak tutup cerita nih, korang jangan heran bila korang tengah tunggu makanan sampai, tetiba datang roti bun gebu gebas dengan mushroom soup.. Jangan pelik sebab ini memang free.. Sementara menu berat sampai, korang semua dihidangkan menu yang ringan ini. Untuk hidangan ini, ianya based on code order. Yang ni code M.



Suasana kedai pon sangat best. Dengan decoration kedai yang cantik, toilet yang bersih, lepas tu pelanggan tidak dibenarkan merokok di dalam kawasan tertentu. Bagus la diorang buat macam ni. sebab saya memang terganggu kalau orang merokok nih. So kat sini sangat sesuai bawak anak anak, bawak family.



So kalau korang ingin cuba atau ingin pergi ke kedai makan nih, korang boleh refer details di bawah ini.


Kitchen Pot's
18G Jalan Reko Sentral 8
Reko Sentral, Kajang. 
Tel : 0387308831


Landmark
Berdekatan dengan stesen Petronas
Berhadapan dengan pasaraya Econsave
Berdekatan downtown Jalan Reko