PERCUMA 1000 NASI MANGGEY DAN COCONUT SHAKE

Assalam.

Saya baru dapat tau yang Warung Kita akan mengadakan jamuan secara percuma sempena dengan pembukaannya di Sungai Tangkas, Kajang.



Hidangan yang diberikan secara percuma adalah 1000 Nasi Manggey & Coconut Shake.
Bila ianya akan berlangsung?

Tarikh :  1/10/2016 ( Sabtu )
Masa   : 11 pagi - 6 petang
Lokasi : Lot 1 , Jalan ST/1 Batu 18
              Kawasan Perindustrian  Sg Tangkas
              43000 Kajang Selangor
Tel      :  014-211 1197







Apa lagi.. Jom la kita terjah Sabtu ni =)

PERFUME MURAH, WANGI & TAHAN LAMA

Assalam.


Waah.. Tajuk tu macam iklan sangat tapi apakan daya ianya benar benar belaka.. hihi..

Sebelum ni nampak kat fb jer, kawan husband dapat hadiah ni.. Then husband pon cerita la, officemate dia ada jual perfume. So saya rileks jer la. Selang beberapa hari, dia bawak balik perfume untuk saya. Mula mula bising jugak la sebab kat rumah perfume ada lagi. Tapi orang dah beli, pakai jerla.. hihi.



Lepas pakai tu terkejut sebab tak sangka wangi dia best sangat. Waktu tu husband belikan perfume Ruch Gucci.. Saya pakai dalam pukul 7 petang.. Pastu pergi umah mertua, adik ipar dok tanya, pakai perfume ape wangi sangat ni.. hihi.

Nak tau ape yang menarik? Esok nya bangun pagi, bau wangi still ada.. Ni memang betol2 best.. Then pagi tu jugak, suruh husband tanya officemate, macam mana kalau nak jadi agent perfume ni.. hihi.. Alhamdulillah.. Now dah jadi agent untuk Best Perfume.

Perfume ini harga mampu milik.. Sebab harga adalah serendah RM 15. Ianya berbeza mengikut kuantiti. So, ni list harga nya.


  • 10 ml - RM 15
  • 20 ml - RM 25
  • 30 ml - RM 35

Antara jenis wangian yang ada ialah :

Wangian Untuk ( Lelaki ) 

🕵 One Million _by_ Paco Rabanne
🕵 Legend _by_ Mont Blanc
🕵 Armani Code _by_ Girgio Armani
🕵 Polo Black _by_ Ralph Lauren
🕵 Dunhill Desire Blue _by_ Dunhill
🕵 Aqua De Gio _by_ Girgio Armani
🕵 Dunhill London _by_ Alfred London ( *New* )

Wangian Untuk ( Wanita ) 
👰 Bombshell _by_ Victoria Secret
👰 Fearless _by_ Victoria Secret
👰 Lady Million _by_ Paco Rabanne
👰 Black Xs _by_ Paco Rabanne
👰 Live _by_ J.Lo
👰 Vanilla _by_ Zara
👰 Forbidden Rose _by_ Avril Lavinge
👰 Incanto Shine _by_ Ferragamo
👰 Nina Richi _by_ Nina Richi
( *new* )




10 ml


20 ml



30 ml


Walaupon wangian ini baru jer dipasarkan, tapi ianya sudah menembusi Sabah, Sarawak, Singapore dan juga Brunei.. Hebat kan?

Ermm.. saya ni dok rumah 3 orang jer. So basuh baju tu dalam 2 hari sekali baru basuh.. Nak tau tak, walaupon dah 2 hari tak basuh baju, bau tu still melekat kat baju lagi.. Ada tu, kawan saya cakap, dah basuh baju pon wangi lekat lagi.. hihi.. Dasyat sangat nih. hihi

Ni antara feedback yang kami dapat.. hihi..







Terbaik kan Best Perfume ni? hihi.. Kalau nak bau, tester pon ada. So senang nak pilih nanti. Lagi satu, anda tak perlu risau, perfume ini boleh dibawa untuk solat dan juga senang dibawa kemana sahaja.

Kalau berminat, boleh contact saya 

Call/ SMS / WhatsApp : 017 987 9178




PROMOSI PEMBUKAAN COWBOY STEAKHOUSE

Assalam.


Hari Sabtu dan Ahad yang lalu, Cowboy Steakhouse telah membuat promosi untuk majlis pembukaan. Kalau anda semua nak tahu, pada hari itu, menu Chicken Chop adalah RM 5 + free  teh O ais limau. Fuuhhh.. Tak pasal saya pon terjoin pergi sekali.. hihi.

Lepas dapat tau, saya pergi dengan adik ipar. Sampai sana saya terkejut, ramai nya orang. Siap ada yang tengah berdiri, sebab nya semua meja penuh. Saya pergi untuk bungkus bawak balik jer.. hihi.



credit photo to Fb Nurhafizah Abdul Rahman 

Sambil menunggu tu, saya sempat la borak dengan pelanggan yang sudah makan. Diorang sangat berpuas hati kerana ayam nye cukup besar. Waah.. best kan?

Walaupon pelanggan ramai, saya berpuas hati dengan layanan pekerja restauran ini. Sementara menunggu makanan siap untuk dibungkus, pekerja berulang kali meminta maaf kerana agak lambat dapat makanan. Mereka bekerja daripada pagi sampi ke petang tanpa rehat. Fuuh.. Dasyat diorang ni. 
Walaupon diorang penat, diorang still senyum bila saya tanya soalan.. hihi.. 

Bukan setakat pekerja, big bos pon turun padang sekali, masak di dapur. Hebat kan?







ni gambar daripada Fb page 





So, sesiapa yang nak datang tu, jom la datang. Ini pendapat saya la. Chicken chop size dia besar. Memang kenyang. Then coleslaw dia sangat sedap. Terbaik la.. saya kasi 5 bintang..


Kalau yang belom sempat pergi, jom kita pergi makan kat sini.



FB page : Cowboy Steakhouse

SEMINAR FACEBOOK PERCUMA

Assalam..

Wahhh.. Seminar FB secara  percuma? Alhamdulillah.. Bukan senang nak dapat peluang keemasan seperti ini. Tapi kena cepat la, terhad kepada 250 peserta sahaja.

Saya juga merupakan seorang seller, so saya tau macam mana susahnya nak cari pelanggan. Kita kena tau selok belok pemasaran online ni.. Kena tahu target audiense kita siapa, trends zaman sekarang, apa interest mereka, dan macam- macam lagi. Kalau tak tahu semua perkara asas ni, kemudian buat  ads tanpa menggunakan cara yang betul, berkemungkinan, hangus la duit anda semua tu. Anda juga perlu tahu yang FbAds ni sering berubah taw.Terlepas sikit jer, lari budget anda nanti.




Jadi, disebabkan itu, pengasas seminar ini, iaitu Tuan Suhaimi Omar ingin membantu orang - orang di luar sana yang ingin mengukuhkan bisness mereka menerusi Fb Ads agar mereka tidak tersilap langkah. Berkemungkinan juga, bisness anda akan menjadi huru hara.. Best kan? 

Sedikit info mengenai Tuan Suhaimi Omar. Beliau merupakan "sifu" dalam bisness pemasaran online. Bukan sahaja memberi bimbingan secara individu malahan beliau juga banyak mengadakan seminar kepada badan korporat, syarikat syarikat besar dan juga usahawan usahan terkenal. Melalui pendedahan beliau, kita akan diajar teknik sebenar di samping cara-cara untuk menjana pendapatan secara online dengan berkesan dan berterusan.



Untuk pengetahuan semua, pada 24 & 25 September 2016  ini akan diadakan Facebook #DemiSekepingRoti di MPWS Bangi. Ianya dihadiri oleh 250 orang peserta. Disebabkan permintaan nya telah meningkat, pihak pengurusan iaitu TRS Training & Consultancy bersetuju untuk membuka sekali lagi peluang kepada semua untuk mendaftar bagi sesi kedua Bengkel Facebook #DemiSekepingRoti dan akan diadakan pada 5 & 6 November 2016.


Silibus Seminar Facebook PERCUMA merangkumi : 

- Rahsia Kenali Pelanggan Anda          

- Mindset Usahawan Bisnes Online          
- Teknik Copywriting Meleleh          
- Teknik Mudah Kuasai Produk         
- Teknik Gambar Fb Ads 3 Saat          
- Rahsia Setting Fb Ads TRS          
- Teknik Closing Sales Membelai          
- Teknik Follow Up Tingkatkan Sales         
- Strategi Manage Database 101%


 Mengikut harga sebenar ialah RM 1500. Tetapi, ianya percuma dan peluang terbuka kepada 250 peserta yang terawal sahaja. Pendaftaran telah dibuka sekarang.



"EARLY BIRD PROMO: BENGKEL FACEBOOK BERNILAI RM1500.00 SECARA PERCUMA AKAN DIBERI KEUTAMAAN KEPADA YANG CEPAT BERTINDAK SAHAJA."




Jom daftar sekarang untuk Bengkel Facebook #DemiSekepingRoti secara PERCUMA di bawah ini :


Pendaftaran => SEMINAR FACEBOOK PERCUMA

Laman Web   => http://trstraining.com.my/





FAST ACTION FAST RESULT




Kisah Mistik : Pengamal Ilmu Hitam

Assalam.

Hati manusia tidak boleh diduga. Walaupon luaran nampak baik, dalaman hanya Allah sahaja yang tahu. Itulah lumrah kehidupan. Begitulah yang terjadi kepada abang sulong saya.

Abang saya bekerja sebagai pegawai badan beruniform di Johor Bharu. Setekah berkhidmat beberapa tahun, abg long  telah mendapat tawaran bekerja di Singapore. Alhamdulillah. Bertambah rezeki abang sekeluarga.

Selepas beberapa bulan  abang kerja di Singapura, isterinya jatuh sakit. Saya panggil kak long. Kak long sering demam, sakit belakang dan emosi seperti tidak stabil, asyik nak marah sahaja. Ada sahaja yang tidak kena. Dan ada ketikanya kak long sering lapar. Nafsu makan nya membuak- buak. Tetapi badannya tetap letih. Kemudian mereka juga perasan yang kelakuan anak sulong mereka, Aina seperti boleh nampak sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar kita.

Ada suatu hari, ketika aina bersama ibu dia berdua di dalam lift. Tiba – tiba aina bersuara, wanginya akak baju merah ni, cantik pulak tu. Padahal hanya mereka berdua sahaja di situ. Nasib baik rumah mereka hanya di tingkat 2. Cepat- cepat ibunya keluar dari lift dan selepas itu terus menegur aina supaya tidak menegur apa-apa lagi. Tetapi lumrah budak, mana nak ingat semua tu. Sekali lagi aina terperasan ada “ kakak” di sebelah pintu akuarium rumah mereka. Aina bertanya kepada ibu dia, siapa yang di belakang akuarium itu. Jawab ibunya “ Itu kawan ibu, biarlah dia duduk dekat situ, jangan kacau dia”. Kalau ikutkan hati memang kak long dah takut, tapi kak long pura-pura berani depan aina.



Disebabkan Aina sering melihat “benda” di rumah, abg long semakin kerap membaca quran di rumah. Ada sekali, abg long tengah membaca surah  Yassin. Aina menegur “ abah, jangan la baca, nanti hantu tu marah abah”, sambil jari menuding ke arah pintu luar rumah. Abang long terus membaca tanpa menghiraukan kata-kata Aina tadi.



Apabila di kampung, kak long sering mengadu sakit kepala dan badannya rasa sangat letih. Kebetulan pada hari itu, ada kenduri di kampung. Selepas majlis, abah mengajak abang long sekeluarga pergi berubat kerana abah mempunyai kenalan yang boleh membantu merawat Kak long. Kata abah mungkin ada sesuatu.

Setibanya di rumah kawan abah , abang long ceritakan apa yang berlaku kepada keluarganya. Kemudian baru la kak long dibawa berubat. Seusai berubat, kawan abah bercerita “ kenapa biar isteri kau tanggung sakit lama sangat. Tau tak yang ada benda bergayut di belakang bini kau. Ada 3 ekor monyet kat bini kau. Tapi jangan risau, aku dah buang mereka”. Abg tidak menyangka seperkara itu berlaku. Sebenarnya abang long juga pernah ternampak kelibat monyet melompat - lompat di rumah mereka. Tetapi ingatkan hanya bayangan. Rupanya betul.




Sebelum pulang, kawan abah telah bagi tahu yang perkara ini terjadi kerana ada orang yang sakit hati dengan keluarga abang long. Bukan orang jauh, tetapi kenalan rapat. Abg long tidak berani mengagak siapa orang itu. Mungkin disebabkan peluang bekerja di Singapore, ramai yang iri hati.


Beberapa hari kemudian, abg long bercerita kepada kak long yang bekas tunang abang long call. Dan bekas tunang nya bertanya, “ Tak jadi apa2 ke kat sana?” Apa yang dimaksudkan itu? Hmm.



So sekarang ni, kami masih tidak tahu, ianya adalah perbuatan daripada siapa. Kawan baik ataupon bekas tunang.

************************************

Kenapa tetiba cerita pasal kisah alam mistik ni? Ni cerita tahun yang lalu. Tulis cerita ini sebab tak lama lagi ada cerita seram yang akan ditayangkan. So sekarang ni nak fefiling seram dulu..


Misteri Volkswagen Kuning 


Baru baru ini MIG Picture Sdn Bhd telah melancarkan filem seram yang terbaru iaitu Volkswagen Kuning. Sempat tengok trailer filem ini di TV hari tu.


Cerita ini berkisarkan tentang Fuad (Pekin Ibrahim) dan juga tunangnya Sarah (Atiqah Suhaimie) dalam perjalanan balik ke kampung Fuad. Ketika di dalam perjalanan, mereka telah diganggu oleh kereta volkswagen kuning ini sehingga menyebabkan mereka eksident. Raudhah, kakak Sarah datang untuk menjemput Sarah pulang ke bandar sementara menunggu Fuad pulih dari kecederaan. Tanpa diduga, Sarah membawa pulang "sesuatu"bersamanya.


 Apa yang terjadi seterusnya? Jom la kita ke panggung. =)

Jom tengok trailer ni sikit.




Contest ini merupakan anjuran Bro Framestone dengan kerjasama MIG Pictures Sdn Bhd. Nak join? Meh klik sini


CONTEST VOLKSWAGEN KUNING

Ada berita baik semua..  Nak tau tak ada hadiah best.  Anda semua bakal memenangi OPPO F1, pakar selfie anda.  Jom semua join contest ni.





JUALAN BORONG DI SUNGAI JELOK KAJANG

Assalam..


Hai semua.. lepas lunch tadi kawan office ajak turun bawah. Ingat kan nak buat ape, rupa rupanya ajak kita memborong.. Dah la turun bawak handphone jer.. So, saya cuci mata dulu.. Tengok bajet berapa, naik atas balik ambik duit.. huhu.. Bila dah jadi mak2 ni, bila tengok mainan murah2, mula lah macam orang tak betul. Abis  semua nak beli.


Yerla, mainan RM 5 satu.. biasa RM 10 taw.. tu pon dikira abis murah dah.. Cucur pulak RM 1 sahaja sebungkus.. hadoi.. banyak pulak beli ni nanti.


Jom la tengok brg ape yang ada.. 



2 barang RM 5




Semua jenis cucur dan rempah tepung Adabi RM 1 sebungkus



Kicap kena beli sekotak mcm ni. Harga dalam RM 76.30. 24 botol. Harga berbeza mengikut jenis kicap.



Set alat tulis ni RM 1 



Penyidai ni RM 3




Rempah ni RM 05.0 sebungkus.. maaf gambo gegor sikit



Rak kasut RM 5


 RM 1



RM 1



RM 3/ peket besar






Katanya besok ada cadar patchwork.. size queen RM 50.. waa.. murah ni.. tapi saya tak tahu la dalam jam berapa ada nanti. Mungkin esok banyak lagi barang yang akan diletak.


Borong ni start hari ini sampai hari Jumaat. Tetapi kalau semua habis awal, lagi cepat la diorang tutup.. Borong ni daripada jabatan Koperasi Penjara.


So, ni lokasi nya


Jalan Pusat Perniagaan 2  
Sungai Jelok.

Belakang KK, berhadapan dengan Koperasi Jabatan Penjara Kajang.

Bermula dalam jam 10 pagi sampai 4 petang