Kisah Keluarga

Kisah ni baru jer berlaku tengah hari tadi.


Tengah hari tadi pergi ke Tesco untuk pos barang customer. Masa tengah cari parking tu, tetiba ada seorang budak perempuan ingin melintas jalan. Tetapi sebenarnya dia meluru ke arah bapa nya.

Bapak budak tu tarik ke belakang sedikit dan hampir2 ingin menampar anaknya.. Kemain tinggi tangan dia angkat. Masa tu jugak aku terpandang kat anak dia.. Allah.. Muka anak dia takut sangat. Aku memang tak pikir lain dah, ingat terus kat Jasmeen. Sebab lately aku kerap marah dia.. *tetibe rase nyesal*

Aku tak derk la pandang lebih2 sebab takut bapak dia perasan kan. Pastu dah siap parking pergi la kat pintu utama.. kebetulan budak tadi lalu depan aku bersama ibu dia.. Cantik ibu dia, pakai tudung. Ingatkan orang cina, tapi melayu rupanya.  Ibu dia tengah pregnant. Budak tu ajak main kereta mainan kat depan tu, tapi mungkin ada hal lain, so ibu dia pujuk suruh main lain kali.


Then, aku masuk tesco nak g bank jap. Tetiba aku nampak bapak budak tu depan aku. Aku tak kisah pon dengan bapak budak ni tapi ada sesuatu yang pelik. Bapak dia pakai seluar pendek. Tetiba aku terperasan sesuatu kat betis dia.. Ada tatu!

Aku terus teringat kat anak dan bini dia.. Macam mana ketua keluarga boleh ada tatu ni? Hmm.. Sedih rasenya bila ingat balik.. Seorang bapak yang sangat baran dan ada tatu.. Seyes. aku tak boleh terima.

Tapi aku think positive.. May be dia mualaf kot. sebab muka dia macam  chinese look.. 



p/s: Jasmeen.. sory taw ibu kerap marah jasmeen. mood ibu swing sikit.. harap anak ibu  tak marah ibu . =(







2 comments:

  1. sama gak..kerap marah anak. Pastu menyesal huhu

    ReplyDelete
  2. tapi yang pasti kita boleh marah anak kita. jangan orang lain marah anak kita..suami pon.. x smpi ati tgk.. hahaha

    ReplyDelete