IJM LAND HALF MARATHON 2016

Pada 15 August 2016 hari Ahad, telah berlangsungnya acara IJM LAND HALF MARATHON 2016 di Seremban 2 Negeri Sembilan

Lebih 6000 peserta mengambil peluang dalam larian ini dan ianya telah disertai oleh semua lapisan masyarakat dan peringkat umur. Mereka berkumpul seawal pagi di Dataran Centrio, Seremban 2 untuk sesi pendaftaran dan seterusnya permulaan larian.



Ia merupakan acara tahunan yang ke 5 dan ianya mendapat kesan yang positif daripada penduduk setempat di Seremban 2, dimana mereka sedar akan pentingnya mengamalkan gaya hidup sihat. Ianya juga disokong oleh Mr Edward Chong selaku Pengarah Urusan IJM Land Berhad. 




Kali ini, jarak larian adalah sepanjang 21 km bagi lelaki dan wanita yang berumur 18 tahun ke atas dan 10 km bagi kategori lelaki dan perempuan berumur 12 hingga 17 tahun serta kategori "Fun Run ".  Semua peserta akan mendapat goodies bags daripada  Platinum Sponsor,BMW Millenium Welt Seremban, medal yang ditempah khas dan juga sijil penyertaan.

Majlis pembukaan diserikan oleh persembahan pukulan gendang daripada pelajar sekolah dan juga flashmob daripada wakil komuniti setempat. Mr Edward Chong selaku Pengarah Urusan IJM Land Berhad telah merasmikan dan seterusnya menyampaikan sumbangan kepada Pertubuhan Penyakit Lisosomal Malaysia dan Petubuhan Hospice Negeri Sembilan. Beliau juga menyampaikan hadiah kepada pemenang. Para peserta juga berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah.

















Antara pihak sponsor yang terlibat dalam IJM LAND HALF MARATHON 2016 ini ialah, BMW Millennium Welt Seremban, Sworke, TDK, 100 Plus, Ice Mountain, Mydin, Matrix, Yakult, Mc Donald dan Spine &Joint. 






Terima kasih IJM Land kerana membuat aktiviti  ini. Bertemu lagi pada 13 August 2017. Diharapkan tahun hadapan lebih meriah dan ramai lagi penyertaan. 












8 comments:

  1. bestnya..tp masa ni zaza gerak ke kuantan utk temuduga.. next time if ada lg nak sgt join..

    thanks mummy jasmeen follow zaza...zaza follow balik :D

    ReplyDelete
  2. bestnya, marathon ramai2.
    done follow back

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. tahun depan kita lari reramai yek :D

    ReplyDelete