SUMBER AYU MAMPU MERAWAT KAWASAN INTIM SECARA SEMULA JADI

Assalam,


Pernah tengok tak iklan Sumber Ayu di television dulu? Duta dia adalah Ayu Raudhah. Sampai sekarang saya ingat lagi sebab Sumber Ayu memang menjadi pilihan sejak dulu lagi. 

Pembersih Wanita Daun Sirih Sumber Ayu ini telah berwajah baharu dan paling menarik formulasinya telah dipertingkatkan. Waa.. best kan? Erm, sebelum kita share manfaat Sumber Ayu ni, kita kena tahu dahulu masalah yang sering dihadapi oleh kaum wanita.

Sebenarnya, bahagian intim wanita ini sangat sensitif. Wanita sering mengalami masalah keputihan dan menyebakan kegatalan. Pada yang sudah berumah tangga, kawasan intim ini sangat dititikberatkan.  Jadi, SUMBER AYU ini memang membantu kaum wanita untuk menyelesaikan masalah di kawasan intim mereka. 




Antara soalan yang sering diajukan oleh pegguna, " ada kesan sampingan tak?"

Jawapannya adalah tidak. Buat pengetahuan anda semua, Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu ini diformulasi dengan bahan semula jadi. Kawasan intim wanita sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih serta bebas daripada bakteria jahat, kegatalan dan juga bau yang kurang menyenangkan. Kawalan pH pada paras pH3.5 merupakan paras ideal agar ekosistem berada dalam keadaan baik.

Paling penting, ianya telah diperakui Halal  oleh JAKIM. So. akak akak adik adik semua tak perlu risau. 



Kalau anda semua nak tahu, pembersih kewanitaan daun sirih sumber ayu ini, merupakan produk ideal bagi semua wanita di setiap peringkat umur. Sekarang ni, ada 6 rangkaian wangian yang menarik. So, boleh pilih la nak guna yang mana satu. 


1. Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Orkid 

Haruman segar dari kuntuman orkid, memberikan wangian ringan dan rasa bersih yang kekal sepanjang hari. Amat sesuai buat wanita ayu yang sentiasa mengekalkan keanggunannya dalam pelbagai cara.

2. Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Mawar

Wangian mawar mekar yang manis memberikan aroma yang menyenangkan dan rasa
bersih sepanjang hari. Pilihan bagi mereka yang berjiwa romantis.

3. Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Floral

Kombinasi percikan aroma pelbagai bunga memberikan rasa segar sepanjang waktu.
Ciptaan ideal bagi wanita yang sentiasa ceria dan bersahaja.

4. Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Musk

Aroma semula jadi kasturi yang ringan menyuntik kesegaran optimun agar kekal  
sepanjang hari. Varian ini sesuai dengan wanita yang sentiasa kehadapan dan meminati haruman patchouli yang terkenal dengan nuansa anggun.

5. Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Gambir

Bauan herba yang harum serta memberikan kesegaran semula jadi. Pilihan terbaik buat wanita klasik yang sofistikated dan menghargai sentuhan alam di dalam kehidupan.

6. Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Fruity

Aroma manis buah buahan tropika mampu memberikan anda rasa bersih dan segar sepanjang hari. Pilihan terbaik bagi si gadis yang ceria, lincah dan sentiasa bersedia dan yakin dalam apa jua keadaan.





Saya dah cuba yang ni. Memang terbaik. Semuanya wangi taw. Amat selesa bagi wanita yang aktif. Cuba perhatikan botol ni. Macam lekuk tubuh wanita kan? Haa, inilah yang dikatakan berwajah baru.. Cantik kan? 

Macam mana nak dapat? Anda boleh pergi ke farmasi ataupon pasaraya utama. Ada dijual di situ. 

Harga? Jangan risau, harga mampu milik. RM 3.60 untuk ( 90 ml ) dan RM 5.80  untuk 
(200 ml).

Jom dapatkan sekarang. Kasi tagline sikit. hehe  =)


SUMBER AYU MERAPATKAN KEMESRAAN

MERDEKA FOOD PROMOTIONS!

Ahamdulillah. 


Hari Rabu ini kita akan menyambut Hari Kemerdekaan dan pastinya ianya disambut dengan penuh kemeriahan. Paling seronok, ramai peniaga yang akan membuat "MERDEKA SALES". Wow.. best2.

Antara yang sempat saya lihat adalah bab bab makanan.. huhu. Promosi makanan ni kena alert sikit. Nanti terlepas rasa macam rugi pulak.. hihi. Jom kita tengok makanan apa yang ada promosi.


AYAMAS




AUNTIE ANNE'S


Terms & Conditions

Please present this photo before ordering
Valid for specialty Pretzel Only
Valid at all Auntie Anne's Store Throughout Malaysia ( Except KLIA2)
Not Valid On Other On Going Promotion And Combos
Promotion Period : 29 th August- 2nd September 2016


KENNY ROGERS ROASTERS


Terms & Conditions

Valid for take away only from 26 August- 4 Sept 2016
Limited to 3 packs per person per day
Not Valid with other promotions/ discount / offers.
Purchase of discounted item is not entitled for any KRR Cards bonus
All prices above are final price inclusive of 6 % GST




Terms & Conditions

Valid for dine only
Valid for every purchase of Red Hot Meal or House Favorite Meal
Not valid with other promotions.discount/others
Price varies at different locations


BASKIN ROBBINS





CHATIME



Terms & Conditions

Buy your 1st cup at normal price and get your second cup at RM 1- RM1 applies for lower/ equal value drink only.
Not in conjunction with any other on-going promotion and/or voucher- Excluding chatime Quensbay Mall & Gurney Plaza.
Not applicable for delivery services.



FAMOUS AMOS





Haa.. Seronok kan banyak promosi macam ni.. paling terliur tengok ayam tu ha.. huhu.. Tapi macam nak order Baskin Robbins jer.. lama dah tak makan aiskrim ni.. hihi.. Yang mana ada TC tu sila tengok betul2 yer.. Bukan apa, takut frust pulak nanti.






Selamat Hari Merdeka semua 


Formula Tarik Rezeki Ini Mampu Merubah Hidup Anda Menjadi Lebih Baik

Bismillah.. Assalamualaikum.. =)

Saya nak kongsikan pengalaman saya membaca buku 111 Formula Tarik Rezeki ( FTR ) . Bila dilihat daripada tajuk ini, kita boleh simpulkan bahawa ianya mesti buku genre motivasi kan? Ianya memang buku motivasi tapi tidak sama seperti buku motivasi lain. Setiap buku yang kita baca, ianya memberi kesan yang berbeza kepada seseorang termasuk juga saya. 

Antara buku yang saya sering ulang baca adalah buku ini, Menjemput Rezeki dan juga Bisness Cara Kami. Tapi kali ini saya ingin berkongsi mengenai buku FTR ini kerana ianya limited edition. Setakat ini, buku FTR tidak dipasarkan di mana - mana kedai buku lagi. Apa yang menarik, ia didatangkan dengan 2 versi, iaitu versi elektronic dan juga fizikal. Jadi anda boleh download di handphone anda dan boleh membaca nya dimana sahaja. Anda boleh KLIK DISINI




Erm.. saya nak tanya anda semua, pernah tak anda mengalami kebocoran rezeki? Contohnya kan, setiap bulan kita dah peruntukkan hasil pendapatan kita, kita juga berniaga. Tetapi hasil nya kita masih lagi kebocoran duit. Ada sahaja masalah timbul yang memerlukan wang ringgit. 
Contoh masalah yang sering dihadapi ialah

1. Sering ditimpa pelbagai masalah atau sakit
2. Barang barang sering rosak. contoh terdekat adalah handphone
3. Miliki hutang yang tinggi dan merasakan tidak mapu untuk membayar
4. Hubungan antara keluarga bermasalah
5. Duit masuk tapi tak tahu pergi kemana
6. Diri gelisah, asyik memikirkan bagaimana nak mencari rezeki
7. Selalu berdoa nak rezeki banyak masuk, tetapi doa masih belum dimakbulkan lagi. Rezeki seperti susah nak masuk. 


Cuba kita bayangkan, semua perkara di atas tu diselesaikan dengan mudah sekali. Tak ke rasa bahagia dan tenang je hidup.. Hidup sangat happy dan perjalanan hidup semakin mudah.

Sesetengah orang akan terpikir, buku FTR ni mesti sama macam buku lain. Buat rugi jer beli nanti sebab perkara yang sama di ulang. Jika anda berfikir sebegini, anda silap. Tak rugi sebenarnya anda memiliki buku ini.





Kita kadang - kadang seperti buntu untuk membuat sesuatu perkara, tetapi alhamdulillah, mungkin jawapan kepada masalah anda ini, terdapat dalam FTR.










Setakat ni, saya dah ulang membaca 2x keseluruhan buku ini dan saya juga catat perkara penting. So, setiap hari saya akan baca perkara - perkara penting tersebut. Dah macam nak ambil exam pulak kan? Yerla sebab kita takut, kita menguruskan diri dengan cara yang salah. =)



Ada juga pembaca yang mendapat hasil yang berlipat ganda selepas mengamalkan formula yang terdapat dalam buku ini. Dia pon seperti tidak menyangka. Siapa kita untuk menidakkan hasil kerja  Allah kan? =)




Kalau diikutkan, harga buku ini tidak setimpal dengan apa yang terkandung.




Apa yang akan anda pelajari  dalam FTR ini?


MODUL 1 :  MENGAPA REZEKI SEMAKIN SEMPIT, SEMAKIN BOCOR?

MODUL 2  : TEKNIK MENARIK REZEKI YANG BERKESAN

MODUL 3 : TIPS REZEKI PANTAS, BERSIH KOLAM JIWA

MODUL 4: 7 BONUS REZEKI


APA KATA MEREKA?






Sebenarnya banyak sangat yang nak dikongsikan. Terlalu banyak. Anda kena selami buku ini sendiri baru anda tahu apa kelebihannya. Untuk melihat testimoni yang lain, anda boleh dapatkan disini .

Jika anda  ingin mengubah diri menjadi lebih baik, dipermudahkan rezeki dan menjadikan hidup lebih baik anda harus mendapatkan buku ini.

Bagaimana caranya?

Anda boleh layari website ini :  http://bit.ly/RezekiDariDia

Ataupon, anda boleh hubungi saya  Puan Izzati 017 987 9178, atau add & pm di 
fb Radhiah Izzati



Anda masih ragu- ragu? Jangan risau. JAMINAN WANG akan dikembalikan  100% dalam masa 14 hari andai anda tidak berpuas hati dengan buku ini, dan tidak beroleh hasil yang diinginkan.

Dengan syarat, anda telah konsisten melakukan apa yang terdapat dalam buku ini.






CAMELLYA GOLD : A PERFECT NATURAL SKINCARE

Assalam,


Baru baru ini, saya berpeluang untuk mencuba satu produk  day cream daripada Camellya Gold.
Sebenarnya, saya pernah berjumpa dengan pengasas produk ini di seminar sekitar KL tahun lepas. Daripada jauh lagi saya tengok dia ni, kulit muka dia sangat cantik.. Lumrah perempuan memang akan tertanya tanya, dia ni pakai apa  sampai  cantik sangat kulit dia.. hihi.. Selepas kelas baru saya tau yang dia ni merupakan pengasas Camellya Gold dan pernah menjadi hotseat untuk IMKK. 

Okay, berbalik cerita pasal produk ni, ianya memang best. Ni apa yang saya rasa lepas pakai. Day cream dia tidak melekit, cepat meresap, teksture cream yang sangat lembut dan bila letak secalit rasa sejuk sedikit. Tidak perlu calit banyak sangat di muka, sedikit sahaja untuk meratakan wajah. 

Inilah wajah Camellya Gold







Nak tau tak perbezaan antara Camellya Gold dan produk lain?

  • Produk ini tidak mengandungi sebarang bahan kimia yang berbahaya, ianya 100% organik. Ia dirumuskan dengan inovasi gabungan Triple Stem Cell ( Swiss Apple, Alp Rose & Symphytum) dan bahan semula jadi seperti daun sireh, minyak tea tree,  minyak kelapa dara dan vitamin E yang telah terbukti berkesan dan selamat.
  • Sesuai untuk semua jenis kulit dan membantu merawat masalah kulit seperti jeragat, jerawat, kulit kusam, tona tidak sekata, juga untuk mencerahkan kulit, melicinkan dan melembapkan kulit.
  • Setiap satu komponen mendapat kelulusan KKM dan merupakan produk muslim Bumiputera serta dikilangkan di kilang yang bertaraf GMP

Terdapat 4 jenis dalam 1 set 





Ramai yang dah cuba produk ini dan sangat berpuas hati dengan hasil yang diperolehi.

Jom kita tengok testimoni yang diberikan











Selain itu, mereka ada penambahan produk yang baru. Bedak compact dan juga lipstik.





Erm. Rasanya hanya perlu pakai CG ni sahaja boleh mencantikkan wajah anda.. 



Tengah tengok testimoni,  lepas itu ternampak seseorang yang dikenali.

.
.
.
.
.
.





Eh, diri sendiri rupanya.. hoho.. Yang before tu memang tak pakai apa - apa di muka. Di tempat yang sama dan pengcahayaan yang sama.. Saya rasa macam flawless sikit.. haha.. puji diri sendiri.


Jadi, bagi yang berminat anda boleh hubungi stokis dan agent yang berdekatan. Atau anda boleh hubungi maklumat yang disediakan.



Facebook : Azura Abas

Contact : 013 735 1557








Mee Udang Special

Bismillah.


Minggu lepas en suami bawak balik udang sebab dia memang tau tu feveret saya dan juga jasmeen. Biasa kalau saya masak 10 ekor udang, 9 ekor untuk jasmeen sorang jer. hihi.. bak kata orang, hantu udang . Tapi jasmeen memang suka makan seafood.

So, disebabkan jasmeen suka udang dan juga mee, saya pon cuba la masak mee udang. Ni kali pertama saya buat. So, macam biasa saya suruh la suami tolong rasa sedikit. Then dia komen, ada letak pes ker? hihi.. Of course la tidak. Buat sendiri la..  Okay. jom terjah resepi di bawah.


Sumber : Azie Kitchen 

Size Hidangan : 2 orang 

Bahan - bahan

8 ekor udang besar
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar cili kisar 
4 ulas bawang putih (kisar )
6 ulas bawang merah (kisar )
2 biji tomato * saya tak letak
1 biji ubi kentang ( rebus )
sos tomato
sos cili
garam, gula, serbuk perasa

Bahan hiasan

Telur - rebus
Sawi - celur
Taugeh - celur
Lada Besar - Hiris halus
Daun Bawang- Hiris halus
Bawang goreng 


Cara Memasak


Pertama sekali saya rendamkan dulu udang kering dengan air panas agar ianya lembut, rebuskan kentang . Kemudian ambil 2 ekor udang dan kupas kulit. 

Kemudian tumis bahan bahan kisar ( bawang putih, bawang merah, cili kisar). Biarkan sehingga garing.

Sambil kita menumis, kita kisar  udang kering, kentang dan 2 ekor udang tadi.

Bila tumisan dah garing, masukkan pula hasil kisar . Tumis sampai naik bau dan letakkan air sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan garam, gula, serbuk perasa, sos tomato dan sos cili. 

Akhir sekali masukkan udang dan tunggu sehingga masak.. Saya suka letak akhir sekali sebab saya tidak mahu udang itu menjadi keras.

So, bila nak makan, ambil mee yang sudah di celur, tuangkan kuah dan letakkan bahan hiasan tadi.

Dah siap =)


















CHIA SEEDS MAMPU MENGURANGKAN BERAT BADAN


Assalam.

Sebelum ini ramai yang update di facebook mengenai Chia Seeds. Ingatkan biji selasih tapi rupanya bukan. Nampak sama tetapi khasiat berbeza.

Hari ini kali pertama minum air masak yang direndam dengan chia seeds. Rasa air sama sahaja, tidak pahit. Cuma apa yang menarik ialah, ianya mengenyangkan. So, rasanya lepas ni minum jer la.. mana tau boleh kurus ker.. hihi.. Tapi dinasihatkan agar pengambilan hanya sesudu kecil teh sahaja sehari. 

So, saya nak kongsikan kelebihan yang terdapat pada chia seeds ini. 









  •   MEMBANTU MENGURANGKAN BERAT BADAN


 Selepas direndam dalam air, Chia Seeds akan berkembang saiznya sehingga 10 kali ganda dan akan menjadi membran di dalam perut supaya melambatkan proses penyerapan karbohidrat dalam perut. Chia Seeds akan menghasilkan rasa kekenyangan dan membekalkan tenaga badan serta mengelak semua kesan sampingan dalam proses perlangsingan. 



  • MENGAWAL PENYAKIT KENCING MANIS
Keistimewaan Chia Seeds membentukkan gel yang memanjangkan masa penghadaman. Ini baik untuk menstabilkan gula darah serta menggelakkan kenaikan gula darah selepas makan. Ia mempunyai kesan yang tertentu untuk mencegah dan mengawal penyakit kencing manis.


  •  MENGUATKAN FUNGSI JANTUNG
EPA (Asid Eicosapentaenoic) yang terdapat di dalam Omega-3 memberi kesan yang baik dalam sistem pembersihan saluran darah dan mencegah serangan jantung. 


  •   MEMBEKAL TENAGA
Chia Seeds yang telah menyerap air mempercepatkan proses pencernaan dan penyerapan. Ini akan memudahkan proses organisasi nutrisi untuk penggunaan sel badan. Ia juga dapat mencegahkan dehidrasi dan menyeimbangkan elektrolik dalam badan. Selain daripada itu, ia juga baik untuk wanita mengandung, wanita menyusu bayi, atlet, ahli bina badan dan mereka yang sedang berdiet.


  •  ANTI-PENUAAN
Omega-3 di dalam Chia Seeds bukan sahaja mengandungi fungsi antioksidan tetapi dapat mempertingkatkan keanjalan kulit dan mengawal wajah agar sentiasa muda.


  • MEMBANTU MENCEGAH SEMBELIT
Chia Seeds yang mengandungi selulosa yang tinggi bantu membuangkan toksin dalam badan serta mempertingkatkan metabolisme.







*Sumber *   http://bijichia.blogspot.my









IJM LAND HALF MARATHON 2016

Pada 15 August 2016 hari Ahad, telah berlangsungnya acara IJM LAND HALF MARATHON 2016 di Seremban 2 Negeri Sembilan

Lebih 6000 peserta mengambil peluang dalam larian ini dan ianya telah disertai oleh semua lapisan masyarakat dan peringkat umur. Mereka berkumpul seawal pagi di Dataran Centrio, Seremban 2 untuk sesi pendaftaran dan seterusnya permulaan larian.



Ia merupakan acara tahunan yang ke 5 dan ianya mendapat kesan yang positif daripada penduduk setempat di Seremban 2, dimana mereka sedar akan pentingnya mengamalkan gaya hidup sihat. Ianya juga disokong oleh Mr Edward Chong selaku Pengarah Urusan IJM Land Berhad. 




Kali ini, jarak larian adalah sepanjang 21 km bagi lelaki dan wanita yang berumur 18 tahun ke atas dan 10 km bagi kategori lelaki dan perempuan berumur 12 hingga 17 tahun serta kategori "Fun Run ".  Semua peserta akan mendapat goodies bags daripada  Platinum Sponsor,BMW Millenium Welt Seremban, medal yang ditempah khas dan juga sijil penyertaan.

Majlis pembukaan diserikan oleh persembahan pukulan gendang daripada pelajar sekolah dan juga flashmob daripada wakil komuniti setempat. Mr Edward Chong selaku Pengarah Urusan IJM Land Berhad telah merasmikan dan seterusnya menyampaikan sumbangan kepada Pertubuhan Penyakit Lisosomal Malaysia dan Petubuhan Hospice Negeri Sembilan. Beliau juga menyampaikan hadiah kepada pemenang. Para peserta juga berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah.

















Antara pihak sponsor yang terlibat dalam IJM LAND HALF MARATHON 2016 ini ialah, BMW Millennium Welt Seremban, Sworke, TDK, 100 Plus, Ice Mountain, Mydin, Matrix, Yakult, Mc Donald dan Spine &Joint. 






Terima kasih IJM Land kerana membuat aktiviti  ini. Bertemu lagi pada 13 August 2017. Diharapkan tahun hadapan lebih meriah dan ramai lagi penyertaan. 












APLIKASI PERCUMA UNTUK PEMBACA DAN PEMINAT NOVEL

Assalam,



Dulu masa zaman2 sekolah, bila abis periksa je, kami n the geng mesti bawak novel kat sekolah. Sebabnya tak tau nak buat ape kan. So kitorang main tukar baca novel la. Antara novel yang kitorang pernah baca ialah Ombak Rindu, Bicara Hati, Jauh, Tercipta Untukku dan banyak lagi lah.. Ni kira tahap femes dah dulu buku ni.. Paling koman bila bace je mesti tacing lebih. hadoi bajet betol.. huhu

Tu kisah zaman dulu la.. zaman sekarang mane ade student bawak novel g skolah.. Bawak handset jer sudah. semua ada kat ctu.. Novel pon ada dalam handset ni tau. Okay, kalau ade sesiapa yang berminat nak baca novel melalui telephone, anda hanya perlu install di  Applikasi Percuma ini.. Mudah jer, just download applikasi ni di google Play Store







So, kalau dalam perjalanan nak balik dari tempat kerja tu, naik train ke naik lrt ke, boleh la baca sikit sikit. Tak ada la asyik maen game, layan fb, ig, twitter semua tu.. hihi.


Okay. Selamat membaca semua =)

Jom install di HP anda.. Free jer kot =)