Bihun Goreng Pedas


Assalam,

Hari ni saya nak kongsikan resepi bihun goreng pedas kebabom. hihi. Resepi ni memang pedas sangat pon. So, sape yang gila pedas, boleh try. 

Resepi ni dapat masa pergi melawat saudara di Mersing. Waktu tu ada perkaja indonesia, tengah renovate rumah. Dia kate, org indonesia ni tak makan cili kering/ cili boh yang biasa kita guna tu. So, kena ganti la dengan cili api.. Lepas makan rasa sedap pulak. Tu yang mintak resepi.. hihi.

So, sekarang saya pulak nak share resepi mudah dan ringkas ini.


Bahan- Bahan
Bihun sebungkus ( rendam dengan air biasa )
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 4 ulas
Cili Api ( 1 mangkuk kecil / ikut atas kepedasan masing2)
Telur 2 biji
Ikan Bilis
Serbuk Kunyit
Sayur ( Kubis, Carrot, Taugeh ) Optional

Cara memasak
1. Panaskan minyak dan buat telur hancur. Kemudian
goreng ikan bilis.
2. Blend bawang besar, bawang putih dan cili api.
3. Tumiskan bawang2 tersebut sehingga garing. Masukkan gula, garam secukup rasa dan sedikit serbuk kunyit. * kalau nak isi ayam/daging/udang/sotong pon boleh*
4. Bila dah garing masukkan bihun yang telah direndam tadi. masukkan air sikit jika bihun tu masih keras.
5. Apabila bihun tu dah okay, akhir sekali masukkan taugeh dan telur hancur.
* saya suka buat telur hancur dulu, baru la telur tu besar2 sikit.. hihi.
6. Angkat dan letakkan di bekas. dah siap baru taburkan ikan bilis kat atas. So, ikan bilis akan rangup lagi.

Okay.. selamat mencuba.. Nanti kalau dah cuba, tolong la gtau, jadi ke idok?? huhu

Ni la rupa telur hancur dan ikan bilis tadi 

Lepas tu tumis bawang2 semua. Waktu ni nak letak ayam pon boleh


Dah sekata semua, baru masuk taugeh. Saya suka taugeh yang masih rangup

Taraaa.. ini lah hasil nya.. 



Hihi.. Selamat mencuba semua =)

MOVIE DAY OUT : ZACK KAPCAI

Alhamdulillah. Hari Jumaat lepas kami dijemput menghadiri tayangan filem  terbaru terbitan MIG Picture iaitu Zack Kapcai di e-curve , Mutiara Damansara. Untuk pengetahuan semua, filem ini mula ditayangkan pada 14 Julai 2016.

Ini merupakan filem ke 113 terbitan MIG Pictures dan filem ini sudah mula ditayangkan di pawagam pada 14 Julai 2016. Hasil garapan Azaromi Ghozali dan Rosli Mohd Taib ni, mengetengahkan barisan pelakon dan pelawak hebat seperti Fad Bocey, Syuk SYJ dan Rahim R2. Pelakon lain yang turut membintangi filem ini seperti Serina Redzuawan, Epy Kokdiang dan pendatang baru Julia Marin.

Filem ini berkisarkan tentang Zack ( Fad Bocey ) mencari adik serta bapa nya yang merupakan Raja Kapcai pada ketika dahulu. Selain itu rakan baik Zack iaitu Roy ( Syuk SYJ) turut membantu mencari bapanya walaupun pada permulaan nya mereka ada perselisihan faham.  Pelbagai perkara menarik yang berlaku sepanjang pencarian bapanya.





So, Jumaat lepas  kami berkumpul di Pak John Steamboat untuk pendaftaran. Terima kasih sebab bawa kami makan di sini. Memang terbaik makanan dia. Macam – macam  jenis seafood ada.





Gathering kami malam itu juga disertai oleh Mejar David Teo, Serina Redzuan dan Epy Kokdiang. Sebelum menuju ke pawagam, Mejar David Teo sempat membuat ucapan raya dan  mengagihkan duit raya kepada semua blogger dan ahli keluarga yang hadir. 







p/s : Laki koi gelak berdekah2 tengok movie ni. Dia memang suka tengok cerita lawak. Audience pon berdekah jugak.. huhu.. Maknanya cerita ini memang kelakar la.. huhu. 

Jom tengok ZACK KAPCAI!