KARI INDIA YANG SANGAT MUDAH DAN SEDAP

Sebelum ni dah janji dengan en suami, kalau ada blog, nanti nak share resepi.. hihi. so inilah resepi pertama saya. ' KARI INDIA'.

First time buat, en suami makan nasi 3 pinggan. Jarang en suami makan banyak melainkan betul2 kena dengan tekak dia.. hihi.. Kalau adik tak sah cerita la, masak untuk tengah hari, tak sempat sampai ke malam, habis dia makan.. Tapi siapa yang dah terbiasa dengan santan maybe kurang minat la. 😊😊

Asyik cerita je, bila nak start resepi nya.. ngeh3.. okay.. boleh tengok resepi di bawah yer.

Sumber : Group fb MAHN

Bahan - Bahan
Bawang besar ( Hiris )
Kentang ( potong 4 )
Tomato ( potong 4 )
Lada besar ( dibelah dua )
Cili api
Halia ( kisar )
Ayam/ Daging
Serbuk kunyit
Daun Kari
Air

Bahan Tumis
Buah Pelaga
Kayu manis
Bunga Lawang
Cengkih


Cara memasak

1. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis.
2. Masukkan bawang dan daun kari. Tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan lada besar dan cili api. Kalau nak pedas, bubuh la lebih sikit cili api.
4. Bila dah garing, masukkan ayam, serbuk kunyit dah halia.
5. Gaul ayam biar masak separuh ( jangan tambah air sebab kita nak ayam tu garing di luar dan juicy di dalam.
6. Kemudian masukkan rempah kari ayam.
7. Masukkan air sedikit sahaja sebab kita nak rempah tu masak dah pecah minyak. ini untuk prevent the raw smell of the spice.
8. Langkah terakhir, agak2 semua dah sebati masukkan air, garam , gula , tomato dan kentang.

Sedia untuk dihidang.. 😊