Anak Kecil Sering Menangis Kerana Diganggu Makhluk Halus

Assalam...


Minggu lepas anak sedara saya kerap sangat nangis. Tak tahu pasal apa. Macam ada jer yang tak kena. Kebetulan pulak masa tu tak sihat. Asyik muntah berak. Umi dia takut dehydration jer. tapi bila bawak ke klinik As Salam, doktor kate tekak zara ni bengkak. That why dia sering muntah dan tak lalu nak makan. Susu pon dia muntahkan balik. Zara umur dalam 7 bulan rasanya..



Tapi bila asyik meragam jer, family decide suruh bawa ke Darul Syifa. Dekat jer dengan rumah so mudah jer la. Lepas balik dari Al Syifa tu, alhamdulillah. Zara okay dah. Boleh bergelak ketawa semua. Kalau tak, kita agah pon buat muka tak tahu jer.. Sekarang seronok dah main main dengan Zara.

Haritu mak mertua teringat yang sebelum Zara tak sihat haritu, diorang dengar macam ada orang beri salam. Dalam jam 6 petang macam tu. Diorang ni terus jawab salam dan anak jagaan mak ni terus bukak pintu. Yerla, diorang ingat mak diorang dah sampai. Tapi tak ada orang rupanya kat luar  rumah tu.

Hmm.. Bila mak cerita balik kat saya, tiba tiba teringat kisah Jasmeen yang pernah ternampak "abang" di luar rumah. Wallahualam. Sampai sekarang tak tahu macam mana rupa "abang" yang Jasmeen maksudkan tu.







Char Kuew Teow Sedap di Negeri Sembilan

Assalam.

Alhamdulillah.. Dapat juga saya merasa Char Kuew Teow yang sedap nih. Haritu kebetulan balik daripada Rompin, memang lalu dekat Kuala Pilah nih.. Makanya dapat la makan.. Saya punya nak makan sampai terbawa bawa dalam mimpi taw.. huhu



Untuk pengetahuan, diorang baru jer bertukar lokasi. Alamat seperti di atas yer.. hihi. Waktu operasi pula bermula jam 3 petang. Waktu saya pergi ni baru 3 hari diorang berpindah. Sebenarnya en suami siap buat video tapi apa kan daya. Ada kesilapan teknikal pulak. Kalau tak boleh tengok in real kitorang makan. hihi.

Saya order Char Kuew Teow Sotong, anak pulak ambil yang biasa dan suami amek yang burger. Gambar burger tak ada sebab sedap sangat. Lupa nak snap.. huhu. Apa yang saya suka adalah seafood mereka ni fresh.. Sotong tu segar sangat taw.. Bila makan tu rasa puas hati sangat.. 


Dan jangan tak tahu yang Char Kuew Teow ni dah viral. Giler kentang dah masuk, Rizal Hakimm pon masuk, dan juga pernah bersiaran di Roy Jalan Jalan Cari Makan di TV 9.. Dasyat kan? huhu.
Semoga berjaya untuk mereka. Char Kuew Teow memang sedap. saya kasi 5 bintang.. hihi

Nah, saya belanja gambar yang saya ambil daripada fb owner  Char Kuew Teow ini iaitu Siti Azlina Nordin





Jom makan

Resepi Pajeri Nenas

Assalam.


Bismillah.. Waktu balik kampung haritu macam macam request kat mak. Antaranya ialah pajeri nenas.. Actually saya suka pajeri terung tapi sebab en suami tak gemar sangat, dia lebih sukakan nenas. Makanya terjadi la pajeri nenas. Saya jenis suka yang pekat pekat macam nih. Kalau makan dengan nasi kuah tu masih melekat di jari.. huhu.. nyum nyum. Nak lagi sedap, letak kicap sikit.. hihi.. Tiba tiba rasa lapar pulak.



Okay. Jom terjah resepi di bawah.

Bahan Bahan A

  1. Nenas - 2 biji
  2. Santan pekat
  3. Udang
Bahan bahan B
  1. Rempah kari - 6 sudu besar
  2. Bawang merah - 5 ulas 
  3. Bawang putih - 2 ulas  
  4. Halia - 1 inci  
  5. Kunyit- 1 inci  
  6. Cili kisar - 4 sudu besar
  7. Kerisik - 1 sudu besar


Cara memasak Pajeri Nenas,

Campurkan kesemua bahan bahan B tadi di dalam satu mangkuk. Kemudian panaskan minyak dan tumis sehingga garing. Kemudian masukkan santan, udang dan nenas.. Santan tu saya beli kat pasar. Saya order santan pekat. Sambil masak tu boleh la kacau kacau sikit. Takut berkerak kat bawah kan. Lepas tu masukkan garam dan gula secukup rasa. Biarkan sehingga pekat atau mengikut cita rasa anda. hihi.. 



Selamat mencuba



Jualan Pecah Kontena No 1 Di Malaysia

Assalam, Bismillah

Sebelum ni Thai Food Festival telah buat di Kuala Selangor. Okay. boleh Baca Di SiniKali ni pihak Thai Food Festival akan buat di Kips Mart  Senawang Negeri Sembilan.. Jualan pecah kontena katanya.. huhu.. Habisla kalau saya pergi nih..



Bukan setakat makanan Thai tau, katanya mereka akan buat jualan murah pelbagai barangan. Diorang akan buat jualan Happy Hour selama 5 jam. So, korang harus shopping betul betul la. Ambil yang berkenaan jer.. Jangan membazir sudah.. hihi

Barang apa yang ada masa jualan nanti?
  •  Barangan Elektrik bermula RM10
  •  Barangan dapur
  •  Bantal RM3, Carpet, Tilam, Pinggan Mangkuk
  •  Beg berkualiti - Semua harga rm30 (Harga Biasa RM50-RM80)
  •  Beg sekolah, beg travel, handbeg, Beg berjenama
  •  Baju Gred AAA - semua RM10




Ni details untuk hari tersebut.
TARIKH : 23 DIS 2016 | Jumaat 
MASA : 5.00 petang - 10.00 malam
LOKASI : Kips Mart Senawang




Beribu ribu orang telah hadir di Johor dan Kuala Selangor, KINI TIBA GILIRAN EKAU !!!

p/s : Sumber daripada page Thai Food Fest 2016

Lirik Sedalam Dalam Rindu

Assalam.


Jangan pelik kalau tiba tiba saya share lirik lagu ni. hihi. Actually nak bagitahu yang si Jasmeen ni memang suka nyanyi. Ada sekali dalam kereta dia kata nak dengar lagu. Kitorang tak tahu lagu apa yang Jasmeen nak. Alih alih Jasmeen nyanyi 2 baris lagu. Ibu dengan babah gigih la meneka.. Lepas tu saya rasa jawapan saya yang paling tepat. hihi. Babah tak percaya. Terus saya bukak you tube. Dan pemenang nya adalah saya la.. hihi..



Kena hafal lirik ni sebab nanti boleh perbaiki kalau Jasmeen salah nyanyi.. hihi. Ni kepada pengecam antarabangsa, bukan Jasmeen tau nyanyi lagu jer, surah, zikir dan doa pon Jasmeen dah hafal.. Kena mention perkara ni sebab kita memang duduk di kalangan kaki kecam. haha..

Panjang pulak mukadimah.. Dah, jom layan lirik lagu Sedalam Dalam Rindu daripada Tajul.
Untuk pengetahuan Tajul merupakan adik arwah Achik Spin. Sekarang dah mencecah
1,850,083 views di You Tube


Bila kau hadir di dalam diriku
Indahnya bagai irama dan lagu
Bila kau jauh terasa merindu
Wajahmu terbayang di hatiku

Biar pun engkau jauh di mataku
Serasa bagai purnama merindu
Begitu sedalam-dalam cintaku
Sayangnya pada dirimu

Sungguh ku terasa pilu dan sayu
Bila kau berjauhan dariku
Namun kau yang tertakhta di hatiku
Jangan kau pergi meninggalkan diriku

Hanya kau yang tersemat di jiwaku
Hanya kau yang sentiasa di hatiku
Cuma kau yang ku harapkan selalu
Moga kau terus merasa merindu

Tiada lagi ku berasa sangsi
Walaupun tanpa dirimu di sisi
Cukup sekadar diriku diuji
Namun kau tetap di hati

Sungguh ku terasa pilu dan sayu
Bila kau berjauhan dariku
Namun kau yang tertakhta di hatiku
Jangan kau pergi meninggalkan diriku


Hanya kau yang tersemat di jiwaku
Hanya kau yang sentiasa di hatiku
Cuma kau yang ku harapkan selalu
Moga kau terus merasa merindu

Tiada lagi ku berasa sangsi
Walaupun tanpa dirimu di sisi
Cukup sekadar diriku diuji
Namun kau tetap di hati




Al Fatihah buat arwah Achik

Muaz Textile Akan Dibuka Di Bangi

Assalam.

Waahh. Tak lama lagi Muaz Textile akan dibuka di Bangi Seksyen 9, bersebelahan dengan PKNS. Kalau tak silap 24 December 2016. Semalam baru perasan ada iklan kat TV 2.



Makin jammed la Bangi nampaknya.. hihi.. Biasa kalau pergi Jalan TAR mesti singgah ke Muaz ni. Beli la sepasang dua tudung.. Lepas ni tak tahu la pulaknya.

Warga Bangi. Anda dah bersedia nak shopping runcit dengan harga borong?

3.7 Juta Pengunjung MAHA 2016

Assalam. Bismillah.

Wow. Tahniah kepada MAHA 2016 kerana telah berjaya mencecah pengunjung seramai 3.7 juta. Satu pencapaian yang sangat bagus. Bukan sahaja pegunjung daripada  negeri Selangor, malahan saya rasa ramai pengunjung yang datang adalah daripada seluruh negeri. Walaupun anda semua penat tetapi saya rasa mesti berbaloi kan sebab banyak sangat perkara menarik yang berada di MAHA.


Waa.. tengok tu. Daripada pagi sampai ke petang, orang masih berkunjung ke MAHA. Macam zati juga la. Dari 8 pagi sampai 7 petang ada kat sana. Itupon bukan semua tempat zati berjaya terjah. Dah tak larat dah. hihi. Harap nanti boleh pergi ke semua booth. Jadi, kepada sesiapa yang tidak berkesempatan untuk datang tu, boleh la tengok bagaimana ramai yang datang ke sini. Meriah sungguh. Mak kat kampung pun teruja.. hihi




Kalau nak tau, waktu malam pon masih ada pengunjung kerana waktu malam pula MAHA diserikan lagi dengan artis yang terkenal seperti Khalifah, Projektor Band, Man Bai, Ramli Sarip dan ramai artis lagi.




Menurut Berita Harian Online, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Ahmad Shabery Cheek, pendekatan agrotainment seperti Kampung Mok Cun, Upin Ipin dan Festival muzik memberi impak positif apabila dapat menarik golongan sasar baharu yang selama ini tidak tahu mengenai MAHA. Saya paling tertarik dengan Upin Ipin Kampung Durian Runtuh. Ni kalau ada lagi nanti, memang nak duduk kat sini je dengan Jasmeen.. hihi. Macam macam aktiviti.

Cuba tengok video daripada Khalifah nih. Biasa kita dengar Hang Pi Mana kan?
Sekarang kita tengok Hang Pi MAHA pulak.. hihi. Sangat terhibur sampaikan Jasmeen asyik nak tengok jer..




Tahniah MAHA 2016. Jumpa lagi nanti..




Kelebihan Susu Kambing

Assalam.. Bismillah.

Dua minggu ni saya amalkan Lazz Susu Kambing Kurma Cafe. Wah. Panjang pulak nama dia.. hihi. Alhamdulillah. Ada jugak orang yang memperkenalkan susu kambing perisa baru iaitu tambahan kurma dan cafe. Sebenarnya saya ni jenis yang mudah untuk merasa makanan seperti kambing nih. Mesti ada yang macam saya kan? Haa.. Disebabkan itu la founder Lazz Susu Kambing nih memperkenalkan perisa baru. Perisa cafe.. Memang sesuai la dengan saya.. Minum suam suam memang sedap.




Nak tau tak perubahan saya selepas minum susu kambing nih? Saya hanya makan sekali sehari jer taw.. Saya ambil susu ni semasa sarapan pagi sahaja. Kemudian makan malam dalam jam 7. Alhamdulillah, memang kenyang. Saya ingat saya sorang jer rasa macam nih, rupanya ada lagi. Meh Baca Di Sini

Lagi satu saya juga ingin hamil anak yang ke dua. Jadi susu kambing dan kurma memang membantu untuk proses kehamilan. Kalau sebelum ini ada orang yang minum susu kambing, lepas tu minum pulak pati kurma. Nampak macam leceh sikit kan? So sekarang ni hanya minum Lazz susu kambing kurma la.. Mudah kerja. hihi.  Sebenarnya ada 3 perisa taw. So anda semua boleh pilih la kesukaan masing masing. 
  • Lazz Susu Kambing
  •  Lazz Susu Kambing Kurma
  • Lazz Susu Kambing Kurma Cafe. 




Kepada yang ingin hamil, boleh juga baca di sini 






Okay. Dah baca ke belum? Harap banyak manfaat yang diperoleh. Lepas dah mengandung tu, jangan pula stop taw. Amalkan terus sebab anak yang dikandung pon akan beroleh khasiat. Kalau anda semua nak tau, semasa mengandung kita sangat digalakkan menjaga makanan. Jangan tak tahu, anak juga boleh terkena penyakit selepas dilahirkan. Perkara biasa yang kita dengar adalah demam kuning ataupun jaundice. Jadi minum susu kambing ni dapat mencegah anak daripada terkena demam kuning.

Siapa yang mengandung boleh juga membaca info di bawah ini.






Perasan tak sekarang ni, kerap sangat kita dengar yang bayi pon boleh terkena ekzema.. Sedih taw tengok diorang macam tu. Kulit sensitif. Merah je badan. Hmm. Sebagai ibu bapa, mesti nak anak cepat sihat kan?  Lazz Susu Kambing ini juga mampu untuk merawat anda anda daripada ekzema.
Boleh dapatkan Info Di Sini.

Nak tau tak kenapa Lazz Susu Kambing Kurma ini ada perisa Cafe? Sebab majoriti kaum adam ni mana la nak minum susu kan? Diorang lagi prefer minum air kopi. Disebabkan itu, terhasillah  Lazz Susu Kambing Kurma Cafe. Kiranya ni khas untuk kaum adam la.. Tapi kaum ibu pon boleh minum jugak. Jom baca yang bawah ni pulak.


Anak saya pon minum susu kambing ni. Sedap katanya. Okay la tu. Satu keluarga amalkan susu kambing. Satu keluarga sihat. 



Nak tengok video jasmeen minum susu boleh KLIK DI SINI.


Jom ubah cara hidup kita dengan mengamalkan Lazz Susu Kambing.









Tempat Menarik di MAHA 2016 MAEPS SERDANG

Assalam. Bismillah.

Alhamdulillah.. Hari Jumaat lepas dapat juga saya pergi ke MAHA 2016 di Maeps Serdang ni.. Dulu tak dapat pergi, sekarang bila dapat pergi, habis semua tempat terjah. hihi.



So dekat sini saya nak kongsikan tempat yang menarik yang wajib anda pergi.

1. Nafas Cube

Bagi saya tempat ni cute dan unik sebab ianya daripada kontena. Bila masuk jer kat sini, rasa teruja sebab cantik design yang diorang buat. Suasana dah macam hotel.. huhu.




2. Jabatan Perikanan

Dekat sini banyak aktiviti dan pameran yang  menarik. Ada ikan nemo, lobster, ikan jerung, dugong, dan lain lain lagi. Lepas tu ada aktiviti menangkap ikan. Ni kalau bawa anak anak mesti mereka akan suka.


Bila datang ke booth ini, jangan lupa try Satay Tuna. Rasa yang sangat sedap. Tak macam makan ikan taw. Rasa macam makan satay ayam pon ada. hihi.. Rempah semua complete. Memang sedap.


3. Upin Ipin : Kampung Durian Runtuh

Dekat sini sangat best. Saya syorkan siapa yang bawak anak itu, harus kunjungi di sini sebab banyak sangat aktiviti. Anak anak berpeluang tanam pokok sendiri. Lepas tu ada tayangan dan Upin Ipin pon ada. So ni aktiviti santai la. Mak ayah boleh duduk sekali tengok. 


4. Food Empire.

Haa. Sampai kat sini je jem otak sebab tak tahu nak makan apa. Banyak sangat. Kalau nak tau apa yang ada boleh refer di link ini.
BOOTH MAKANAN SEDAP DI MAHA 2016


Saya cuba Mee Bandung Udang Special daripada Johor, Mee Kolok daripada Sarawak, dan Satay Tulang. Satay tulang tak sempat nak ambil gambar sebab sedap sangat. hihi


Sebenarnya banyak lagi perkara menarik yang ada di MAHA 2016 ni. Jom kita layan gambar di bawah ni.



Best sangat MAHA 2016 kali ini. Rasa macam tak puas nak pergi, tak habis pusing lagi sebenarnya. So esok 11/12/2016  hari terakhir dan saya harap ramai lagi yang dapat datang. Selain daripada jualan barang barang yang segar, pengunjung juga boleh melihat konsert daripada artis terkemuka.

Pelbagai produk usahawan bumiputera dan rasanya lebih 100 jenis produk. Macam macam produk ada jadi jangan lepaskan peluang untuk datang ke MAHA 2016. 

Harap MAHA tahun hadapan lebih meriah. Tak sabar nak pergi. Lagi satu nak ucapkan tahniah kepada MAHA 2016 kerana telah berjaya mencecah 3.7 juta pengunjung. Jom layan video kat bawah ni.